08

186 26 1
                                    

park seonghwa's pov

aku memegang erat tangan chaeseol dan berharap sangat yang dia akan sedar. dia mengalami keracunan makanan dan tidak cukup nutrisi. sudah puas aku menghalang dia daripada teruskan diet tapi dia degil.

" chaeseol...tolonglah. "

makin risau pula aku sebab dia masih belum sedar dari tidurnya. Dia pun dah dibawa pulang ke rumah atas bantuan cikgu.

" noona tak apa-apakan? " soal yunho.

" dia keracunan makanan. kau boleh tak tolong belikan lobak merah nanti? "

yunho menganggukkan kepalanya.

" tapi hyung nak buat apa dengan lobak tu? "

" nak buat bubur untuk chaeseol. muka dia pucat semacam dan dia perlukan sesuatu untuk dimakan selepas sedar nanti. " kata aku.

" oh...kalau macam tu yunho pergi dululah. bye. "

8:00 p.m.

" seonghwa..."

aku terus tersedar dari tidur dan mencapai tangan chaeseol. suaranya begitu lemah. chaeseol , aku betul-betul risaukan kau.

" ya? kau nak air ke? " soal aku.

chaeseol menggeleng perlahan. dia cuba untuk duduk dan aku terus memberikan bantuan kepadanya.

" aku ada sediakan bubur untuk kau. sekejap aku pergi ambil. " kata aku.

aku terus berdiri dan mahu bergegas ke dapur. chaeseol mencapai tangan aku dan menggeleng perlahan.

" aku nak kau ada dekat sini. tolong jangan tinggalkan aku. "

perlahan-lahan air matanya mengalir. dia memegang erat tangan aku. chaeseol, kau sangat lemah bila kau sakit. aku tak sanggup lihat keadaan kau macam ni.

" ya, aku takkan pergi mana-mana. janganlah nangis lagi. aku tak suka tengok kau macam ni. " kata aku.

aku kenal sangat dengan chaeseol. setiap kali dia sakit, dia mesti menjadi manja macam ni. sesaat pun dia tak mahu berjauhan dengan aku.

" aku tak nak makan. aku tak lapar. " kata chaeseol.

" mana boleh macam tu. kau keracunan makanan dan kurang nutrisi. "

chaeseol menunduk. akumemegang kedua-dua belah bahunya dan memandang ke arahnya.

" jung chaeseol, berjanji pada aku yang kau takkan teruskan diet lagi. kau cantik apa adanya. aku tak suka bila kau sakit macam ni. " kata aku.

" mianhae...sebab aku banyak susahkan kau. "

aku menggelengkan kepala laju. dia tak pernah susahkan aku. aku ikhlas untuk jaga dia sepanjang masa.

" mana ada. kau tak pernah susahkan aku. tapi satu saja aku minta, tolong makan bubur yang aku masak tu. kesian tau pada yunho...dia yang pergi beli bahan-bahan tadi. "

Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

" aku pergi turun ambil bubur tau. tunggu aku. "

" okay. "

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now