(7years ago)-encounter🌻

103 6 0
                                    

Daisy Hafeeya P.O.V
Suasana hingar bingar di balai pelepasan KLIA membuat aku lebih rungsing. Aku hanya gadis kecil berusia 15 tahun yang nekad untuk ke Fukuoka seorang diri dek kerana rindu kepada Ibu tersayang. Baru sahaja minggu lepas aku melihat wajah sugul itu, tapi hari ini rasa rindu aku tidak dapat dibendung. Ya, Ibuku merupakan seorang pelukis yang menetap di Fukuoka, Jepun selepas berpisah dengan ayahku. Sekarang, dia sedang bertarung nyawa dengan penyakit Tubercolosis yang dihidapnya sejak 2 tahun lalu.

Aku tahu, bila bila sahaja, Allah boleh tarik nyawa insan kesayanganku itu. Apa yang aku tahu, aku takkan biarkan dia pergi tanpa aku di sisinya. Hidup aku penuh dengan hari hari aku menaiki pesawat berulang alik dari Jepun ke Malaysia. Selalunya ada peneman yang ayah kirimkan untuk menjagaku pergi ke sana, tapi tidak hari ini. Selamat masuk ke pesawat Air-Asia ini, aku terus mengambil sketchbook kesayanganku untuk menghilangkan bosan.

Suasana hening di dalam pesawat adalah satu kebiasaan. Perjalanan ini akan memakan masa lebih kurang 6 jam setengah dan aku sudah lali dengan situasi ini. Sedang aku asyik melakar lukisan pada kertas kosong di hadapanku, suara seorang lelaki di sebelah mengganggu concentration aku. "Yes Mummy. Dean tahu, Dean pandai jaga diri kat sana, no worries, I just wanna accompany her, you know how much I love her right?" kata dia dengan slang ala ala Cina sambil membelek majalah. "Okay, I will come back here as soon as possible, I promise, okay, see ya, love you" tambah dia lagi lalu mematikan I-phone nya. Aku hanya berdiam diri. Sekali dua aku mencuri curi pandang ke arahnya kerana kening kirinya yang lebat tapi seakan terputus di hujung sangat menarik perhatianku. Tambah pulak dengan style rambut middle parting dia tu. Halah lemah aku gini.

Sekali aku curi pandang, tiba- tiba mata kami bertembung tapi dia hanya memandangku dengan pandang dingin lantas memalingkan muka ke arah tingkap pesawat. Eh eh sombongnyaaaa!Harap muka je handsome.
Sepanjang di dalam pesawat aku hanya berdiam diri dan terus hanyut dalam imaginasi sendiri sehinggalah pesawat yang dinaiki jejak di Bumi Nippon ini.

Sampai sahaja di Fukuoka Airport aku terus menuju ke Saisekai Fukuoka General Hospital dengan menaiki bas. Hatiku sudah tidak sabar ingin menatap wajah Ibu yang sangat aku rindui. Wait for me, Ibu.

fiôreWhere stories live. Discover now