tied the knot💌

100 6 2
                                    

Daisy Hafeeya P.O.V
Aku menatap cermin di dalam kamarku dengan pandangan kosong. Aku sudah siap didandan. Shawl putih yang aku pakai sedikit sebanyak menaikkan seri wajahku pada hari ini.

"Feeya, meh sini akak pekatkan lipstick sikit"kata Kak Lily merangkap mak andam aku yang ditempah khas oleh Dean sendiri. Ya, segala urusan majlis nikah aku pada hari ini sudah diatur dengan sempurna. Dari baju, hinggalah ke hal hal catering. Segalanya perfect. Aku tak perlu buat apa apa.

"Fee dah siap ke?"tanya seorang wanita anggun yang baru masuk ke dalam kamarku.
Mummy Dean, Madam Hanawa. "Oh, look at
those eyes, incredibly beautiful"kata dia sambil membelek mukaku dengan teliti. Aku hanya tersenyum lembut. Ini baru hari kedua aku kenal dengan dia tapi dia sangat baik. Lepas kejadian semalam, Dean inform dekat parents dia yang dia dah nak kahwin hari ini. And Mummy dia minta aku untuk datang dan stay di rumah family Dean semalam. That's why
aku tak berapa awkward dengan Mummy ni.

"Smile honey, today is your special day, don't be sad, you know that my son has been waiting for you for a long time, I am so happy for him cause the girl that he loves the most finally accept his love"kata Mummy Dean membuat aku sedikit sebak. Kalaulah arwah Ibu ada waktu ni. Mesti dia happy. "Are you ready my dear?"tanya Mummy  Dean. Aku mengangguk kecil dan wanita anggun itu mengiringiku untuk pergi ke ruang tamu rumah di mana majlis akad nikah aku akan berlangsung. Aku tak percaya dengan wedding planner yang decorated rumah ni.
Satu malam sahaja, dia ubah ruang tamu menjadi satu ruang yang gah pada hari ini.

Saat aku menuruni tangga, aku dapat rasakan semua mata tertumpu kepadaku biarpun para tetamu yang datang hanyalah saudara mara rapat, jiran tetangga dan Caitlin. Hati aku semakin berdebar.

Dean P.O.V
Aku melihat ke arah Fee sekilas semasa dia menuruni tangga sambil diiringi oleh Mummy.
She looks absolutely gorgeous dengan busana serba putih. "Dean?"kata ayah memecah lamunanku. Baru aku perasan yang semua perhatian terarah ke arahku sekarang.
"Eloklah kalau kita mulakan majlis sekarang ye?Apa nak ditunggu lagi ya kan?"kata tok imam dan aku mengangguk. Lantas ayah mengambil tempat di hadapanku. Bismillah.

"Dean Hanawa bin Abdullah"kata ayah. "Ye saya"jawabku pendek. "Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Daisy Hafeeya binti Arash dengan mas kahwin 200 ringgit tunai"kata ayah dan aku menyambut lafaz akad itu dengan tenang. Dengan sekali lafaz, Fee sah menjadi isteriku. Aku terus melalukan sujud syukur dan melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum sesi pembatalan air sembahyang.

Pertama kali aku memegang tangan lembut Fee untuk menyarungkan cincin, dua dua seakan terkejut namun aku cuba mengawal perasaanku.
Fee kelihatan sangat tenang. "Thank you for letting me to enter into your life back, I love you Mi Fiôre"bisikku dan Fee menggenggam erat tanganku. Dalam hati masing masing tak habis habis mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga.

Alhamdulillah, ya Allah, terima kasih kerana memperkenankan doaku untuk mengahwini wanita hebat ini. Tiada kata yang dapat aku ungkap kerana dia lah manusia yang membuka hatiku untuk mula mengenali Islam. And now,
we finally tied the knot.

fiôreWhere stories live. Discover now