one day?💌

152 7 0
                                    

Daisy Hafeeya P.O.V
Aku tak dapat gambarkan perasaan aku bila
nampak dia. Ya Allah, rindu, sedih, benci segalanya bercampur baur. Aku tahu, aku tiada hak untuk rasa sebegitu, tapi apa yang berlaku benar benar memberi tamparan hebat dalam hidup aku. Aku tak rasa dia kenal aku siapa, mungkin panggilan "Mimmo" itu memang sudah menjadi kebiasaan dia untuk panggil semua perempuan yang dia kenal. "Daisy" sapa Caitlin yang baru sahaja sampai dari Starbucks yang terletak berdekatan dengan Parco Savognan, sebuah taman yang aku dan Cait sering kunjungi untuk melukis. Masih ada 3 lukisan yang belum aku siapkan untuk dipaparkan masa art exhibition nanti. Sudah ada lakaran, tapi hati aku seakan kosong.

"Daisy?Hello?Kau okay tak ni?"tanya Caitlin lagi. Aku hanya tersenyum tawar. "Okay"jawabku pendek lantas meneruskan kerja mewarna aku yang tergendala tadi. "Daisy, kau ada jumpa siapa siapa ke hari tu lepas aku balik dari cafe?"tanya Cait lagi. "Mana ada, aku lepak sorang je"jawabku tanpa memandang wajah Cait. "Sure?Kenapa aku rasa kau macam lain je eh lepas balik dari Cafe?Malam tadi pun aku jengah dalam bilik kau still tak tidur tengah duduk kat art corner kau sorang sorang"kata Cait panjang lebar. "Takde apa, aku okay, aku rindu arwah Ibu aku je"kataku perlahan.

"Hmmm, sorry aku tanya macam macam pulak, okay okay jangan sedih okay, aku kan ada"kata Cait untuk menenangkanku. Aku hanya senyum. Suasana di taman ini nyaman tetapi agak ramai orang yang sedang picnic bersama keluarga. Lengah aku memandang sekeliling, satu sosok tubuh lelaki yang membelakangkan aku menarik perhatianku. Dia sedang membaca rasanya kerana kepala dia tertunduk sedikit.

Tah kenapa, tangan aku gatal mula membuat lakaran lelaki tersebut. Tangan aku ligat melukis dengan pensel kayu dan dalam 5 minit lakaran itu hampir sempurna. Aku tersenyum lembut, truly inspiring. Bila aku mengangkat muka, mataku membuntang. Allah. "Saya ingat saya sorang je yang suka stalk awak?"tanya lelaki itu tiba tiba. Aku mula membuat muka. Siapa lagi kalau bukan Dean. Caitlin di sebelah hanya memerhati. "Hai Miss Caitlin"sapa Dean kepada Cait. Cait terkejut sambil memandang mukaku meminta penjelasan. "Don't be too shocked young lady, I'm Dean, Dean Hanawa, the owner of D.H Art Gallery" kata Dean kepada Caitlin dan aku hanya diam. Selepas itu mereka berbual bual kosong.

Caitlin P.O.V
Wow. This is so unexpected. Dari dulu lagi, aku teringin nak tahu anak millionaire mana lah yang jadi owner D.H Art Gallery tu. Tak tahu pula owner dia can speak Malay very well. Tapi, macam mana si Daisy boleh kenal dengan Dean?Eh musykil pulak aku. "Korang berdua ni dah lama kenal ke?"tanyaku ingin tahu. "No"jawab Daisy dingin sambil mata dia masih focus pada kertas lukisan dia yang  bersaiz A3. Dean hanya mengangguk setuju.
Aku mula membuat muka pelik. "Saya baru kenal dengan dia last week?Ya last week"kata Dean sambil melirik ke arah Daisy.

"Cait, aku balik dulu lah"kata Daisy sambil tangan dia ligat memasukkan segala alat lukisan ke dalam bag pack dia. "Kau dah kenapa tiba tiba?Kan tadi cakap nak siapkan 3 lukisan hari ni?"tanyaku lagi. "Takpelah, aku rasa macam tak sihat"kata Daisy tapi aku yakin itu hanya alasan semata mata. "Macam ni sekali ke awak benci tengok muka saya?"tanya Dean tiba tiba memecah kesunyian antara kami bertiga. Aku punya terkejut tak payah cakap lah. Dah kenapa lah manusia dua ketul ni. Daisy terus memberhentikan langkahnya. "Cait, can you leave us alone?Just for a while"pinta Dean dan aku hanya menurut.

Dean P.O.V
Daisy masih diam membisu selepas ayat yang aku utarakan tadi. Dia hanya duduk sambil menunduk. Mahu bertentang mata dengan aku jauh sekali. "Apa motif awak nak tanya soalan macam tu?"akhirnya dia membuka mulut. "Tak, tuje cara nak buat awak stay kat sini"kataku sambil memandang dia. "Kenapa pula saya kena stay dekat sini?"tanya Daisy lagi. "Salah ke saya nak borak dengan awak?"tanyaku sengaja ingin menguji kesabaran gadis di depan aku itu.

"Kalau setakat nak buang masa saya macam ni, saya balik dulu"kata Daisy tapi aku menghalang laluan dia. "Tak jawab pun my question?Do you hate me that much?"tanyaku lagi. Daisy melarikan pandangan. "No, tak, tak pernah benci pun"kata dia perlahan. "Then?Kenapa nak kena layan saya ni macam orang jahat? Nak borak macam nak mintak nyawa"kataku seakan terasa hati. "Dean please" kata Daisy pendek. "Okay lah, saya tak mintak banyak, boleh tak bagi saya chance nak spend one whole day with you?Just for one day"kataku membuat Daisy terkejut. "Why?"tanya dia.

"Okaylah, maybe that's too much, here"aku menghulurkan dua keping ticket pada Daisy. "Weekend ni ada my photo exhibition, make sure you come"kataku lalu berjalan meninggalkan dia. Aku sempat melihat Daisy seakan tak percaya dengan perilaku aku. "Kalau awak tak datang, saya cancel your booking for next week"sempat aku mengugut dia. Daisy hanya berjalan laju dengan perasaan kesal. Why Daisy?Just why susah sangat kita nak jadi kawan?Saya tak mintak lebih, kawan.

fiôreWhere stories live. Discover now