surely💌

89 5 0
                                    

Daisy Hafeeya P.O.V
Jarum jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dah 1 jam aku berada di atas tikar sejadah dengan tafsir al-Quran milik arwah Ibu di atas pangkuanku. Jujur, aku dah start melakukan solat istikharah dari hari aku berjumpa semula dengan Dean di Venice. Hari ini, masuk hari yang ke 24. Pelbagai petunjuk sudah aku dapat, dan hari ini, aku memutuskan untuk bersua dengan lelaki itu. Moga Allah permudahkan segala galanya.

Dean P.O.V
Ayah call mengatakan Fee nak jumpa aku.
Allahu. Bercampur baur perasaan aku. Aku terus menempah tiket dari Venice ke Malaysia tadi. And ya, now aku officially on plane untuk berjumpa dengan Fee.
Aku tahu, dia mesti nak bagi kata putus untuk semuanya. Jika perpisahan yang kau minta,
aku redho dengan segalanya. Mungkin kita tak dapat bersama di dunia, in sha Allah, di akhirat kelak. Tapi, hati kecilku masih berharap yang dia akan terima aku untuk jadi teman hidup dia. Namun, harapan tak aku letak setinggi gunung cause expectations kill everything.
Aku serahkan segalanya kepada Allah.

Daisy Hafeeya P.O.V
Aku baru tahu yang Dean terus balik semula ke Venice lepas hari aku marah dia. Now dia on the way balik Malaysia. Kalau aku tahu, aku tak ajak dia jumpa sekarang. Menyusahkan je.
"Fee?Ayah keluar sekejap tau. Nak belikan makanan sikit untuk Dean yang datang dari jauh tu. Fee jaga rumah baik baik. Kunci semua pintu"pesan ayah yang melihat aku sedang membancuh air teh di dapur. "Okay ayah, Fee dah buat kek lapis sikit ni, ayah belilah apa yang ayah nak tambah. Take care"kataku lalu ayah pamit untuk keluar. 15 minit ayah hilang dari pandangan aku, tuba- tiba aku dengar gate rumah terbuka kembali. Aku hanya meneruskan kerja membersihkan habuk habuk di ruang tamu dengan focus. "Awal ayah balik-"kataku tapi tekakku tiba tiba rasa tersekat. Rasa takut mula meresap dalam diri.

"Kau buat apa dekat sini?"tanyaku pada lelaki yang berada di depanku. "Berani kau eh tunjuk muka kat sini, menyusahkan ayah nak jaga kau"kata lelaki itu lagi. Rasa takut semakin membuak buak. Aku cuba mengatur langkah untuk naik semula ke bilikku tapi lelaki itu terus merentap tangan aku membuat jarak kami rapat. Aku dah mula meronta ronta.

"Kau nak lari mana?
Jangan harap aku nak lepaskan kau kali ni.
Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, aku akan pastikan orang yang rampas benda tu menderita sama macam aku rasa"kata dia dan menolak aku ke atas sofa. Air mata mula mengalir deras. Ya Allah, aku takut. Makin lama dia makin rapat. Dia memegang pergelangan tangan aku erat untuk memastikan aku tak dapat lari. Aku mula rasa lemah. Nafas seakan tersekat. Dalam hati menjerit nama ayah.

Tolong aku, ya Allah. "Ou you smell so nice"kata dia membuat aku rasa jijik. Dasar binatang. Baru sahaja dia mahu meneruskan perilaku keji dia, aku dengar seseorang menghentak pintu rumah dengan kuat. "Let her go bastard!"kata suara itu dan lelaki keji di hadapan aku terus melepaskan aku.

"Kau memang tempah maut ke Salman?Dah lama sangat kau hidup sampai kau berani cari pasal dengan adik tiri kau sendiri?Dah kemaruk sangat ke kau?"tanya suara itu lagi.
Aku memandang pemilik suara itu dengan sayu. Siapa lagi kalau bukan orang yang aku tunggu dari tadi, Dean. "Kau lepaskan Fee dan kau berambus dari rumah ni sekarang sebelum aku report polis" kata Dean tegas dan lelaki yang bernama Salman itu terus berlari laju meninggalkan rumah ayah.

"Fee, are you okay?"tanya Dean sambil mengambil langkah mendekati aku.
Aku hanya mengangguk lemah. Air mata masih mengalir. Aku takut. "Shhh, don't cry, saya ada dengan awak ni, tenangkan diri awak dulu. Saya tunggu luar selagi ayah belum sampai"kata Dean membuat aku bertambah sayu.

Encik Arash P.O.V
Aku park kereta di dalam garaj dan terlihat Dean sudah sampai. Dia terus mengatur langkah ke arahku. "Assalammualaikum, ayah"
sapa dia lantas menyalam tanganku.
"Waalaikumussalam, Alhamdulillah, sampai dah pun tetamu yang ditunggu. Jom masuk Dean. Fee dah tak sabar nak jumpa Dean"kataku laju dan kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi, keadaan Fee membuat aku terkejut. Dia senang menangis teresak esak di ruang tamu.

"Astagfirullah, Fee,
kenapa ni sayang?"tanyaku laju. Fee memandang aku lantas memelukku erat.
"Fee takut"kata Fee. Aku mengusap belakangnya perlahan. "Kenapa ni?Apa dah
jadi?Dean?Apa dah jadi ni?"tanyaku mana tahu kalau Dean tahu apa jadi dengan si Fee ni.

"Ayah dah boleh inform imam dengan tok kadi, majlis esok kita teruskan, Dean nak kahwin dengan Fee esok, no excuses"kata Dean pendek membuat aku terkejut.
"Fee dah terima Dean ke?"tanyaku lagi. Fee hanya diam membatu.
"Tadi Salman datang"kata Dean membuat aku lebih terkejut. "Dia cuba apa apa kan Fee"kata Dean membuat tangisan Fee semakin kuat.

Ya Allah. Apa dah jadi ni. "So, Dean dah buat keputusan, walau apa pun jawapan Fee, esok tetap kena nikah, Dean dah taknak letak Fee dalam keadaan bahaya lagi. Dean nak jaga Fee, dengan cara yang halal"kata Dean lagi dan memandang ke arah Fee dengan lembut.
"Baiklah, ayah akan contact semua orang penting untuk majlis esok"kataku dan suasana sunyi sepi. Hanya bunyi jarum jam berdetik dan tangisan Fee yang dapat didengar.

fiôreWhere stories live. Discover now