(7years ago)-stay🌻

85 5 0
                                    

Dean P.O.V
Sudah 5 hari selepas pemergian Aunty Airen. Feeya masih tenang berada di sisi nenek. Dia kata dia nak tolong jaga nenek sebab arwah Ibunya pernah pesan begitu. Aku terkejut bila dapat tahu yang nenek dah convert to Islam. Kinda impressed dengan Aunty Airen sebab dapat bimbing nenek.

Sepanjang 5 hari itu juga, aku tolong hantarkan Fee pergi menjenguk kubur Ibunya yang tanahnya masih kemerahan. Hari- hari dia belikan Daisy putih untuk Ibunya. Bunga kegemaran arwah Aunty Airen mungkin. Aku jealous melihat keakraban Fee dengan Ibunya. Alangkah baik kalau Mummy sayang aku macam tu.

Daisy Hafeeya P.O.V
Hari ini, aku mengajar Nek Yui mengaji. Memang susah kerana dia sudah berumur. Tetapi usahanya buat aku kagum. Dean yang setia menjaga Nek Yui kadang kadang membuat aku terusik hati. Dia nampak cold outside tapi warm inside. Masih ingat lagi hari dia memujukku selepas Ibu meninggal. Dia sangat matang pada pandanganku.

"Feeya, can you recite the Surah Al-Waqiah for me?"tanya Nek Yui memecah lamunanku. "Yes, sure baa baa"balasku lantas membuka tafsir yang ibu belikan semasa dia pergi menunaikan umrah 5 tahun lepas. Aku cuba yang terbaik dengan segala ilmu tajwid yang ada untuk membaca surah Al-Waqiah dengan sempurna.

Dean P.O.V
Hari berganti hari, siang berganti malam, Feeya masih setia berada di sisi nenek sambil membaca al-Quran. Sedikit sebanyak aku tersentuh hati melihat cara Fee melayan nenek. Solat dia tak tinggal even berada di negara orang. Aku respect. Nenek juga begitu.

Biarpun baru memeluk Islam, dia nampak berusaha memahami setiap ilmu yang Feeya beri pada dia. Aku amaze dengan Feeya, dia baru 15 tahun tapi pengetahuan dia tentang Islam amat luas. Kadang kadang aku turut mencuri dengar apa yang Feeya kata pada nenek. Mana tahu kot kot terbuka hati nak convert. We don't know right, God's plan.

Feeya P.O.V
Pagi itu, aku menunaikan solat subuh jemaah bersama sama Nek Yui. Dia kelihatan agak tenat pada pandanganku. Dean yang tidur di atas sofa aku perhati secara senyap. Setianya dia ni dengan Nek Yui. Selesai solat, Nek Yui memanggilku untuk duduk di sebelahnya. "Feeya-san"kata dia tiba tiba. Aku agak terkejut kerana dia tak pernah memanggilku dengan panggilan san. "Yes baa baa"jawabku sambil memegang tangannya erat. "You know what, today is his birthday"kata Nek Yui perlahan. "Who?"tanyaku ingin tahu. Nek Yui mengalihkan pandangan ke arah Dean. Aku tersenyum manis. "Oh I see, do you want me to buy anything for him?"aku bertanya lembut."No, but I want you to make him happy for the whole day, can you?"minta Nek Yui. Aku termanggu.

"What can I do for him?"tanyaku semula. "There's a funfair near this hospital, around 500 meters away from here, I want you to bring him there so that he can enjoy his birthday"kata Nek Yui lagi. Aku tak pasti Dean akan setuju sebab dia nak selalu ada dengan Nek Yui. Tapi pada masa yang sama aku taknak kecewakan nenek. "I will try to convince him"kataku dan Nek Yui mengangguk kecil.

"Okay it's time to take your breakfast"kataku lalu mengambil bubur yang nurse hantarkan sebentar tadi untuk menyuap Nek Yui. Tolong, ya Allah, bagi aku sedikit masa lagi untuk menjaga wanita uzur ini. Aku dah anggap dia lebih dari kawan Ibu, dia dah macam nenek kandungku sendiri. Let me stay beside her just for another one day.

fiôreWhere stories live. Discover now