(7years ago)-sayonara🌻

82 5 2
                                    

Daisy Hafeeya P.OV
Aku terduduk kaku apabila doctor mengesahkan yang Ibu dah tiada. Allahuakbar, hari ini adalah hari lahirku. Kenapa semua perlu berlaku hari ni?Aku rasa dunia bagai menghempap diriku. Nek Yui di sebelah memelukku erat. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang. Segalanya berubah. Aku kehilangan seorang insan paling berharga dalam hidup aku.

My inspiration, my everything. Air mata tidak dapat aku tahan tapi face mask di muka masih aku pakai kerana aku rasa ia sebagai simbolik yang sangat bermakna sebelum Ibu meninggalkanku. Aku memerhati keadaan sekeliling, kosong. Hati rasa kosong. Melihat tubuh Ibu terbujur kaku, sejuk seluruh anggota badannya buat hati aku bagai disiat. Too soon Ibu, too soon. Air mata laju mengalir. Ayah akan sampai dalam berapa jam dan jenazah Ibu akan diuruskan seratus peratus oleh pihak hospital. Ibu sudah pesan, dia tak mahu jenazahnya di bawa pulang ke Malaysia. Dia mahu dia dikebumikan di Jepun iaitu di Yawara Muslim Graveyard, Ibaraki.

Dean P.O.V
Dari jauh aku melihat gadis kecil itu cuba menahan perasaan. Aku tahu segalanya berlaku secara tiba tiba. Lebih- lebih lagi pada hari lahirnya. It must be hard. Nenek diarahkan oleh doctor untuk berehat. Tanpa aku sedari, aku mengatur langkah kecil menuju ke arah Feeya. Dia masih nangis teresak esak. "Hey Mimmo, dah lah tu, Ibu mesti tak suka tengok awak macam ni kalau dia ada"kataku lembut sambil melutut di depan Feeya yang sedang duduk di atas kerusi di luar bilik mayat. "No, kenapa kena hari ni"kata Fee buat aku sayu.

"Fee, you Muslim kan, I yang bukan Muslim pun tahu bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. You tak boleh salahkan Tuhan macam ni"pujukku lagi. Mata coklat Feeya betul betul berada di hadapanku. Kening dia yang tebal buat aku yakin bahawa gadis yang menutupi mukanya dengan face mask ni sangat cantik orangnya. Feeya diam membatu. Haih, nasiblah tak boleh pegang dia, kalau tak aku dah peluk dia ni.

Jujur, sepanjang aku kenal dia, dia selalu bagi aku motivation yang nenek boleh hidup lama lagi. Dia sangat cheerful & positive. Tengok dia macam ni, sedikit sebanyak buat aku rasa sedih. Mungkin aku dah mula sayang dia ni, maybe as adik.

Daisy Hafeeya P.O.V
Alhamdulillah, segala- galanya dah selesai. Proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar. It's okay Ibu, you've suffered so much, it's time for you to rest. I love you so much my world. Berehat dengan tenang di sana Ibu, wait for me. I will probably join you, maybe sooner or later. Mati itu pasti. Itu janji Allah. Di sebelahku, ada ayah yang tak lepas memberiku kata kata semangat untuk teruskan hidup.

Ya, dia selalu sibuk dengan hal kerja di Malaysia, aku rasa diabaikan. Tapi hari ini, sedikit sebanyak dia memberi kekuatan kepadaku. Di sebelah kananku, Nek Yui, ya, aku sangat terkejut bila dapat tahu yang Nek Yui dah convert to Islam. That's why dia boleh teman aku dalam kawasan tanah perkuburan ni. Nek Yui cerita, Ibu lah yang banyak mengajarnya tentang Islam & dia mula terbuka hati untuk memeluk Islam selepas mendengar Ibu mengalunkan bait bait ayat suci al -Quran. Allahu, sungguh suci hatimu Ibu. Fee bangga dengan Ibu. Semoga tenang di sana Ibu, sayonara, Ibu .

fiôreWhere stories live. Discover now