story time💌

108 5 0
                                    

Dean P.O.V
Selesai majlis resepsi kami sebentar tadi, aku dan Fee hanya berehat di dalam bilik. Ayah pun taknak ganggu kami katanya. Aku dan Fee baru lepas solat Isya' berjemaah. Aku masih tidak berganjak dari tikar sejadah tapi Fee dah selamat mendarat di atas katil sambil baca novel. Aku memerhati gerak geri dia secara senyap senyap. Sumpah.

This lady is beyond perfect. Selama ni, aku nampak dia yang lengkap bertudung. Tapi hari ni, aku nampak dia free hair. Rambut ikal mayang dia yang melepasi paras bahu menambah kecantikan dia yang sudah sedia ada.

"Tak bosan ke jadi stalker?"tanya Fee tiba tiba membuat aku tergelak kecil. Aku bangun melipat sejadah dan perlahan lahan mengatur langkah ke arah dia. "Cantik jugak isteri abang ni eh"kataku membuat pembacaan Fee terhenti. "Abang?"tanya dia seakan tak percaya.
"Yelah, I am your husband. You should call me abang lah kan?Ke nak lain?Sayang?Baby?"kataku lagi membuat Fee menjelingku laju. "Oh nooooo!Memang tak!Cringe gila!"kata dia sambil membuat gaya geli geleman dia. Haih lah Fee tak penat ke jadi comel.

"Emmmmm, kalau panggil bro je tak boleh ke?
Maksud dia sama je kan macam abang"kata Fee dengan muka takde perasaan dia. Amboi,
ingat aku ni mat rempit ke nak ber 'bro' dengan aku. "Kalau rasa pipi tu nak kena conteng dengan permanent marker masa Fee tidur bolehlah try panggil macam tu"kataku membuat Fee terus menutup muka dia dengan novel yang sedang dia baca. "Bro!"kata dia seakan mengujiku. "Nakal eh, ingat abang tak berani ke nak buat betul betul?"tanyaku sambil mendekatkan jarak muka kami. Fee dah tak senang duduk. "Okay tak tak!Fee gurau je. "kata dia membuat aku rasa geli hati.

"Dah. Sebenarnya Fee ada nak tanya something"kata dia dan aku mengangguk.
"Sure, nak tanya apa tu?"tanyaku kepada dia.

Daisy Hafeeya P.O.V
Okay story time. Aku nak bongkar semua cerita malam ni. "Hari tu, abang ada cakap kan yang abang start suka Fee since masa dalam flight.
Betul ke?"tanyaku kepada Dean. "Betullah,
ingat abang tipu ke"kata Dean seakan merajuk.
Alolo, dah 27 tahun pun perangai macam budak budak. "Takdelah, time tu kan abang busy dengan phone je. Bukannya abang tengok Fee pun"tambahku lagi. "Abang tengok senyap senyap. Stalker berjaya. Tak sangka pulak kita jumpa balik masa kat hospital. Kalau dah jodoh kan"kata Dean sambil membuat muka berlagak dia. Aku rasa nak lempang je. Baik dah jadi suami aku. Tak sanggup nak lempang.

"Bila dapat tahu yang Fee sambung belajar kat Venice?"tanyaku lagi. "Masa your second year.
Abang mintak tolong member abang yang satu class dengan Fee"jawab Dean polos membuatkan aku membesarkan mata. Tah siapa lah yang jadi dalang. "Siapa hah?Wah,
a real betrayer"kataku pendek. "Ada lah, takyah tahu siapa okay?"kata Dean membuat aku sakit hati. "Masa datang gallery abang tu, Fee perasan tak banyak bunga Daisy kat keliling gallery?"
tanya Dean tiba tiba. Aku mengangguk.

"Abang tanam tu semua sebab abang rindu dekat Fee. Your full name is Daisy Hafeeya and daisy is your fav flower. Setiap kali abang lalu, mesti abang teringat dekat Fee"kata Dean membuat aku rasa tersentuh. So betullah apa aku rasa masa first time aku nampak ladang bunga daisy tu. Aku tak perasan okay!Hahaha.
Sedang kami seronok bercerita, tiba- tiba ada satu objek pelik yang terbang ke arah Dean.
Aku dah mula kalut.

"Abang"kataku seakan ingin memberitahu Dean. "Ye sayang"kata dia.
Alah nak sweet sweet pulak dia time ni.
"Adaaa-"kataku tetapi aku terus berhenti apabila 'objek' tu mula merayau rayau atas kepala Dean. Aaaaaaaa takowdddd.

"Ada apa Fee?"tanya Dean ingin tahu.
"Ada lipas atas kepala abang-"belum sempat aku nak habiskan ayat aku dah riuh rendah bilik aku dengan suara Dean menjerit.
"Eee tolong lah abang!Fee!Weh, macam mana boleh ada lipas ni?Fee tolonglah!!!"Dean meminta pertolongan aku. Dia nampak terdesak dan situasi tu betul betul menggelikan hati aku. Ya Allah, kelakar jugak husband aku ni.

"Abang stay still, janganlah gerak!Fee try spray ridsect eh?"kataku. "Ehhhhh, Fee nak bunuh abang ke?Takkanlah nak spray depan muka abang?"kata dia lagi. Hahaha adoi. Muka dia sumpah kelakar. "Eh abang abang, lipas tu kat telinga abang"kataku dan dalam sekelip mata kelibat Dean terus hilang dari mataku. Laju gila dia lari kalah Usain Bolt. Aku rasa lipas tu pun dah kembali ke rahmatullah lepas tengok perangai dia macam tu. Hahaha alahai.
"Eeee tolong tolonggggggg!!!!"aku dengar suara garau Dean meminta tolong dari ruang tamu bawah.

Encik Arash P.O.V
Aku sedang leka membaca surat khabar dengan tenang sehinggalah datang
Dean yang sedang sibuk mengibas ibas rambut dia dengan laju. Dah apesal pulak le budak ni.
Si Fee ni buli dia ke apa. "Kamu dah kenapa Dean?Okay ke tidak?"tanyaku dan belum sempat Dean menjawab aku terdengar suara Fee ketawa.

"Adoiiiii, laju gila lari" kata Fee yang baru sahaja menuruni tangga. Muka Dean dah merah padam. "Fee buat apa dekat Dean ni?"tanyaku ingin tahu. "Fee tak buat apa apa pun. Ayah tanya lah dia kenapa"kata Fee sambil ketawa. "Takde apa lah yah. Ehem"kata Dean seakan control macho. "Yeke ni?"tanyaku lagi.
"Kalau ayah nak tahu, menantu pilihan ayah yang handsome lagi menarik ni harap je tinggi tapi takut lipas!!" kata Fee membuatkan aku ketawa besar.

Dean dan memberi isyarat agar Fee diam tapi Fee buat buat tak layan. Adoyaii, punya lah macho, handsome, tinggi melangit tapi takut lipas. Payahlah anak orang kaya ni. Fee tidak berhenti ketawa dan Dean meminta izin untuk mengajak Fee masuk ke dalam bilik mereka semula. "Ish, Fee ni tak payahlah bagitahu ayah"kata Dean sambil menarik tangan Fee laju untuk naik tangga. Aku yang melihat telatah dua manusia itu hanya mampu tersenyum. Bahagia.

fiôreWhere stories live. Discover now