closer💌

126 5 0
                                    

Daisy Hafeeya P.O.V
Ya, jujur, hari demi hari, aku makin rapat dengan Dean. Haih, aku tak tahu lah. Aku cuba tolak dia jauh, tapi aku dapat rasa dia makin dekat dengan aku. Aku nampak dia ikhlas, ye aku sedar semua tu, tapi kata putus masih belum aku fikirkan. Sisa- sisa hari terakhir aku di bumi Venice sebelum aku tamatkan pelajaran & pulang ke tanah air banyak dihabiskan dengan dia. Dan hari ini, my last preparation for art exhibition esok. Masih ada satu lukisan yang aku belum siapkan.

Dean P.O.V
Aku masuk ke dalam art room yang Daisy sewa dengan bersahaja. No worries, tempat ni ramai orang, bukan kami berdua je. "This one, please complete this one"kataku sambil menunjuk ke arah kertas lukisan Daisy yang agak berterabur di atas meja. "Eeeee awak ni, masuk tu bagilah signal ke apa ke"kata dia sambil membuat muka. Eee, comel. "Sorry sorry, hi my Fiôre"
kataku lagi sengaja ingin menambah amarah si Daisy. Dia hanya menjeling ke arah ku. "Dengar tak?Cepatlah siapkan awak punya lukisan last"pintaku sebab aku dah lapar. Daripada pagi tadi si Daisy ni mengadap kerja kerja dia yang belum siap.

"Ye, sabarlah"kata dia perlahan. "Tu, complete kan gambar saya yang awak lukis senyap senyap tu, gambar tu serious cantik!Okay, I'm not being biased right now, but ya, gambar tu cantik"kataku memuji hasil tangan Daisy. "Seriously nak tayang gambar ni esok?"tanya Daisy mahukan kepastian. "Why not?Lepastu description letak 'Mi Amour' "kataku lantas melarikan diri as a protection sebelum berus lukisan Daisy sampai ke mukaku. Hahaha, sengaja je mengusik.
Garang sangatlah si Daisy ni.

Daisy P.O.V
Ergh, finally siap pun semua lukisan aku.
Stresssss. Banyak meal dah aku skip sebab nak siapkan final project ni. Harap- haraplah usaha ni semua berbaloi. "Here your food Mimmo"kata Dean sambil meletakkan spaghetti carbonara di atas meja. Aku tak tahu la dia ni kerja apa. Hari hari ada je masa lepak dengan aku. Ye, tahulah dia owner gallery tu tapi seriously dia macam orang takde kerja.

"Apa lagi tunggu?Makanlah, ingat spaghetti tu boleh terbang masuk mulut awak ke?Ke nak saya suap?Okay meh sini"tanya dia ingin merosakkan mood aku. "Ouuuu tak payah!Dua tangan yang Allah kurniakan ini, marilah kita gunakan dengan sebaik baiknya"kataku membuat Dean ketawa kecil. Selepas itu, dua- dua menikmati lunch dengan senyap sambil diselang selikan dengan berbual bual kosong. Si Dean macam biasalah dok curi curi pandang aku. Maleh aku nak layan dia, dah immune.

"After this teman saya pergi Starbucks boleh?Terasa nak minum coffee and kebetulan ada
gambar nak kena edit sikit"tanya dia sambil menghabiskan sisa sisa terakhir spaghetti bolognese dia. Mak aih, makan ke telan. "Boleh, tapi sekejap je. Sebab nak prepare barang untuk bawak pergi your gallery esok"jawabku tegas. Dean hanya mengangguk.

Dean P.O.V
Kerja kerja editing aku dah siap & aku tengok si Daisy ni macam mengantuk je. "Wait here"kataku lalu berjalan laju ke arah kaunter.
Aku membeli 2 cup Mocha Frappe untuk aku dan Daisy. "Nah" kataku sambil memberi satu cup Mocha Frappe bersize Venti pada Daisy. Dia tersenyum manis, ada lah dalam 2 ke 3 saat lepastu terus jeling aku and buat muka annoying dia tu. Aku buat tak nampak sambil tangan ligat memasukkan laptop ke dalam backpack aku.

"Seriously, mine?!"tanya Daisy tiba tiba. "Ya, cause you're mine, saje je suruh budak tu tulis macam tu"jawabku dengan bersahaja. "Satu hari tak annoying plus perasan memang tak sah kan?"kata dia dan aku hanya ketawa. Biasalah, nak tackle perempuan play hard to catch macam Daisy ni memang kena fikir cara cara yang pelik sikit. Cara yang tak mainstream.
Kalau tak, sampai ke sudah la dia macam tu je.
Haihlah, Daisy, nasib baik sayang. Eh.

fiôreWhere stories live. Discover now