🌙 ㅡ 38

559 74 7
                                    

Luna's POV •

Mata aku bersinar memandang pelbagai jenis dress yang tergantung di kedai baju itu. Kedai itu yang dicadangkan oleh Hana dan aku rasa kedai itu memang kedai yang paling terbaik buat aku.

Aku memandang Jungkook dengan penuh teruja. Jungkook yang sedari tadi sekadar mengekori aku dari belakang kini tersenyum senget melihat aku.

" Happy? " Tanya dia ringkas. Aku sekadar mengangguk laju tanpa kata. Tipulah kalau aku tak gembira. Dari tadi aku rasa seakan-akan aku di awangan.

Walaupun baju aku di bulan serupa baju seorang puteri yang sebenar tapi aku masih tak suka. Terlalu fancy. Terlalu menonjol. Aku ni jenis yang nak semua benda simple. Pakaian simple, makanan simple, hidup pun simple.

Sebab tu aku pilih untuk menjadi manusia biasa di bumi berbanding menjadi seorang puteri di bulan.

Dan seharian masa yang aku ambil di kedai itu, hanya untuk membeli 20 helai dress baru untuk aku.

Yang paling aku terharu bila aku nak bayar semua dress itu tapi dihalang oleh Jungkook.

" Biar aku bayar. Aku nak belanja kau semua ni. Jangan keluarkan sebarang duit bila aku offer nak bayar. "

Oh bulan! Aku ingin terbang dalam kegembiraan!

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now