🌙 ㅡ 118

302 32 7
                                    

Jungkook's POV •

Aku membuka mata dengan rasa yang berat memenuhi hati aku. Aku mengeluh dan melepaskan nafas yang terasa berat. Kepalaku dipicit perlahan. Sakitnya bukan main.

Aku berdiri dan mengatur langkah ke ruang tamu. Aku menguap perlahan dan menggosok mata aku. Haruman makanan yang terhidang di atas meja makan menaikkan semangat aku untuk bangun dan makan.

Aku mengambil tempat duduk di meja makan itu. Tak lama kemudian Hana tiba dengan membawa sup rumpai laut di tangan.

" Hati-hati, panas. " Kataku separa berbisik. Hana pun mengambil tempat duduk bertentangan dengan aku. Selepas itu, datang seorang lelaki membawa bekas kimchi dan duduk di sebelah Hana. Terbantut suapan makanan aku dan aku memandang ke arah lelaki itu. " Daniel? Kau buat apa kat sini? "

Daniel mengukir senyuman senget. " Makan dengan korang. Makan sorang tak bestlah. Lonely. "

Aku meninjau sekeliling aku. " Luna ma- " Terhenti kata-kata aku tika menyedari tentang itu. Tanpa aku sedar, air mata mengalir dari mata kiri aku.

" Lu-Luna.. "

Dan terasa bagai dada aku dirobek sehingga dada aku terasa sangat sakit, aku menangis.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now