🌙 ㅡ 66

415 60 3
                                    

Jungkook's POV •

Aku panik. Baru sahaja tadi aku dan Luna berehat sambil berbaring dengan tenang di atas atap ini. Baru sahaja tadi dia menceritakan tentang bulan kepada aku.

Tapi yang aku pegang, yang aku belai dan yang aku tenangkan sekarang adalah orang  yang sama lepak dengan aku tadi.

Luna, aku takut.

Luna, jangan sakit.

Aku takut Luna.

Dia masih terbatuk. Hidungnya kini mula berhingus. Perutnya pula ditekannya dengan kuat dengan tangan sebelah kiri. Tangan kanannya menampar kepalanya dengan kuat. Barangkali untuk membuang rasa sakitnya itu.

Seketika selepas itu, dia menangis. Air matanya mengalir. Kepalanya masih ditundukkan. Aku larikan rambut yang menutupi wajahnya.

Lemahnya jantung aku memandang muka putihnya itu kemerahan. Keningnya berkerut menahan sakit.

Lemahnya aku melihat keadaan dia sebegitu.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku merapatkan badan aku kepada badan Luna. Aku peluk badan kecil itu. Tangan aku masih menggosok belakang badannya.

Dan kemudian aku kucup dahinya.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now