🌙 ㅡ 97

370 38 5
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Macam mana Hana? Dah jumpa? " Tanya Daniel. Matanya asyik mengerling ke arah cermin pandang belakang. Kusyuk Hana memandang telefon untuk mengesan lokasi Jungkook. Sudahlah lelaki itu tak tahu tempat dia berada. Macam mana dia boleh pergi sendiri ke tempat yang dia tidak kenali, Daniel pun tak tahu. Nasib baik ada Hana. Senanglah sikit nak faham Jungkook bila dia ikut sekali mereka.

" Dah. Nah, ikut ni. " Telefon di tangan Hana, Daniel capai. Maklumat lokasi yang terpapar di skrin telefon Hana, Daniel pindahkan ke GPS dalam keretanya. 

Sejurus itu, dia baru sahaja berhasrat untuk memulakan perjalanan namun pedal minyak tidak disentuh tatkala dia terfikir akan sesuatu.

" Kita belum beritahu ayahanda atau sesiapa di bulan tentang ini. " Hoseok menoleh ke arah Daniel. " Perlu ke? "

" Lucas... " Hoseok mengeluh kecil. " Kau lah beritahu dia. " Pandangannya kembali beralih ke arah luar tingkap. Daniel menarik nafas panjang. Punat telefon di keretanya ditekan. Seketika bunyi deringan telefon kedengaran sebelum panggilan disahut. 

" Ya, Tuan Daniel. "

" Oh, Ethan. Tuanku ada? "

" Ada, Tuan Daniel. Tuan Daniel nak bercakap dengan Tuanku ke? "

" Ya. "

" Baiklah Tuan Daniel. " Suasana sepi seketika sebelum Raja André bersuara. 

" Ya, Daniel? Kenapa nak cakap dengan ayahanda? "

" Erm, sebenarnya ada seseorang yang nak bercakap dengan ayahanda. "

" Siapa? Luna? "

Lengan Hoseok disiku lembut oleh Daniel. Hoseok masih tidak berganjak dari posisi tadi. Langsung tidak memberikan sebarang tanda untuk dia bercakap dengan ayahandanya sendiri. 

" Cepatlah! " Bisik Daniel. Perlahan, namun kasar dan keras bunyinya.

Hoseok masih berdiam. Tangan Hana sudah mencapai lengan Hoseok. Digosoknya lembut lengan itu. " Oppa, demi Luna. Demi Jungkook. Demi Hana. Oppa cakap ya? " Hoseok memandang Hana seketika. Senyuman lembut Hana hadiahkan kepada Hoseok. Hana mengangguk. 

Hoseok menarik nafas panjang sebelum bersuara. 

" Hello Daniel? Kenapa lama sangat ni? "

" Ayahanda, ini Lucas. "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now