🌙 ㅡ 113

317 36 10
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Well hello, my guests! " Kelima-lima manusia yang berada di ruang terbuka di tengah-tengah rumah itu menoleh ke arah suara wanita yang bergema datang dari arah dapur. Hana bangkit dan berlindung di belakang abangnya. Hoseok pula berlalu dan berdiri di sebelah mamanya.

" Kenapa senyap? Takkan kecut kot? " Katanya angkuh. Ekspresinya seperti memandang rendah kepada mereka. Dia berjalan menghampiri Raja André. " Wah, bro? Lama tak nampak. Macam mana dengan kerajaan kau? Dah merudum? " Raja André tersengih. Dia menggaru batang hidungnya sebelum menjawab.

" Aku rasa hidup kau terlebih dahulu merudum berbanding kerajaan aku. " Lady Mearie ketawa sinis. Sanggul rambutnya dibetulkan.

" Kau nak apa? Apa dendam kau dekat keluarga aku?! " Kata Permaisuri Auleira dalam nada yang agak marah.

" Eh? Adik angkat kesayanganku lah! Kenapa tak mulakan perbualan kita dengan salam kasih sayang? " Permaisuri Auleira mencebik. Kening kanannya terjongket. " Well then, apa khabar tangan kau yang kau gunakan untuk hampir bunuh aku dulu? " Raja André menoleh ke arah isterinya. Luna dan Hoseok juga mengangkat muka. Mereka tahu Lady Mearie itu jahat tapi mereka tidak menyangka yang Lady Mearie pernah cuba untuk membunuh mama mereka.

" Apa mama cakap ni? "

Pandangan mata Lady Mearie beralih ke arah Luna. " Wah, masih hidup puteri bertuah? Ingatkan dah slowly hilang disebabkan perla. " Permaisuri Auleira menoleh ke arah Luna. " Mana perla?!

" Awhhh, does my little foster sister does not know her daughter is slowly dying? "

" SEMUA ORANG KELUAR DARI TEMPAT NI SEKARANG! KANDA, BAWA MEREKA PERGI. BIAR DINDA SELESAIKAN SEMUA NI! " Jerit Permaisuri Auleira kuat. Bertempiaran lari 4 orang itu setelah diarah sebegitu rupa. Walau Raja André tidak mahu meninggalkan isterinya sendirian, tapi dia tahu apa sahaja keputusan isterinya itu, semuanya bermanfaat untuk semua.

Setelah mereka berdua ditinggalkan bersendirian, Permaisuri Auleira kembali memandang Lady Mearie. Pedang kecil yang terselit di pinggangnya dikeluarkan. Dia mengancam untuk mengelar leher Lady Mearie sambil tangannya menolak Lady Mearie hingga dia melekap di dinding.

" KAU KENAPA? KAU NAK APA DARI AKU? KENAPA KAU NAK BUNUH ANAK AKU? " Lady Mearie mengeluarkan senyum sinis. Matanya tajam memandang tepat ke arah mata adik angkatnya itu.

" Aku benci tengok kau bahagia. Dulu sepatutnya aku yang dapat harta ayahanda dan bonda. Aku anak pertama mereka dan bukan anak angkat. Tapi kau lahir, Leira. Kau hancurkan hidup aku. Kau buatkan aku hilang kasih sayang dari tempat aku bergantung. Aku bagai hilang keluarga sejak kau wujud! Aku terpaksa berkongsi semua harta benda aku dengan kau! Kau tamak, Leira! KAU TAK LAYAK DIANGGAP SEBAGAI ADIK AKU! " Tangan Lady Mearie mencengkam dada Permaisuri Auleira. Cahaya kuning terang keluar dari tangannya dan dia melempar Permaisuri Auleira ke dinding.

" Kau sedar tak yang kau selama ni rampas kebahagiaan aku? Aku disisih dua orang manusia yang aku anggap keluarga aku. Aku takda pangkat Puteri sebab kau ada. Kau lahir kau terus jadi Puteri Auleira. Aku? Dari aku jadi Puteri Mearie sampai ke Lady Mearie because they said I'm not their true heir. I'm adopted. Aku bukan setakat tersisih dari keluarga aku sendiri. Tapi dari kerajaan tu Leira!

Kau tak tahu betapa aku terasa terhina sebab tu! Aku putuskan nak berkahwin dengan ayah Bima sebab aku ingatkan dekat sana aku dilayan sebagai manusia. Sebagai kerabat diraja. Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya dihalau ke bumi. Aku terpisah dari anak aku sendiri. Sebab apa? SEBAB AKU BUKAN KAU! DORANG NAK KETURUNAN DIRAJA JADI PERMAISURI DORANG! DORANG NAK KAU AULEIRA! BUKAN AKU! " Permaisuri Auleira kini diangkat. Pipinya ditampar rakus oleh Lady Mearie. Berkali-kali. Menyeringai kesakitan dia.

" Berdiri kau Auleira! " Rambut Permaisuri Auleira ditarik. Badannya semakin lemah yang memudahkan Lady Mearie untuk mengangkatnya.

" Dan sekarang, biar aku tarik balik semua kebahagiaan kau! "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now