🌙 ㅡ 109

301 32 0
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Kalau waktu tu saya tak ketuk pintu rumah awak dan cakap yang saya perlukan tempat tinggal, mesti semua ni tak jadi kan? " Kata Luna, lembut.

Hatinya diruntun rasa sayu. Semuanya salah dia. Dari hubungan Yeona dan Jungkook putus sehinggalah Jungkook diculik macam sekarang ni, memang semua berpunca dari dia.

" Semua salah saya. Saya degil. Saya tak dengar cakap ayahanda, saya lari dari Raérlevla, saya datang sini, saya musnahkan hidup awak. Banyak lagi lah! Kalaulah kita tak kenal, mesti hidup awak dah bahagia sekarang kan. " Air mata mulai bertakung di tubir mata Luna. Terasa sesak di dada bila memikirkan tentang segala sesalan yang ada.

" T-tapi aku takkan kenal cinta kalau tak jumpa dengan kau. " Kepala Luna berpusing laju memandang Jungkook.

Dia bangkit dari pembaringan bila mendengar suara halus itu.

" Awak dah sedar? " Panas mukanya bila menyedari Jungkook mendengar apa yang dia kata. Dia sekadar membuat luahan kosong disebabkan rasa kesal yang terbuku di hati.

" Lama dah, " balas Jungkook perlahan. Suaranya masih menunjukkan bahawa dia masih menahan kesakitan.

" Dan kau jangan salahkan diri kau. Aku percaya semua benda ni dah tertulis. Hei, kau kena bersyukur tau? Aku takkan buat benda yang aku buat sekarang ni untuk perempuan lain selain daripada omma dan Hana. Kau istimewa untuk aku, jadi kau jangan rasa kau bebankan aku. Aku sendiri yang rela untuk tanggung semua beban kau. " Balas Jungkook. Tangannya mengusap pipi Luna, mengelap air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

Bibirnya mengukir senyuman kecil.
" Aku sayang kau, gadis bulan. "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now