Bab 2 : We meet again!

6.3K 332 189
                                    

Bab 2

Boleh jalan! Caw caw caw!

Boleh jalan! Caw caw caw!

Mata keranjang,
Tolong please.
Miang bemban,
Tolong please.
Dato gatal,
Tolong please.

Boleh jalan!
Boleh jalan!
Boleh jalan!

AKU tekup telinga.

Bingitlah, siot! Apehal memekak pagi-pagi buta ni!

Aku golek-golek atas tilam dan gigit-gigit bantal busuk. Tangan duk pukul tilam nipis. Sakit pula sebab tilam ni nipisnya hampir jejak simen sejuk.

Dengan mata masih melekat, aku ngagau tangan sebelah aku. Meraba telefon yang memekak dari tadi. Terus aku jawab telefon tanpa lihat siapa di talian.

"Pehal kol ni, hah?!" Jerkah aku kuat, tikus yang aku bela terloncat kerana terkejut.

Kay, tipu je. Aku tak pengotor sangat sampai bela tikus!

"Halimara. Sila datang ke Pejabat Merak Beria sekarang. Anda diterima kerja sebagai tea lady! Gerak sebelum pukul 9, kalau lewat potong gaji!"

Mata terus terbuka luas. Terkejut bukan kepalang. Aku hentak telefon ke dahi, nak bagi otak aku clear semula. Mana tahu aku tengah bermimpi gara-gara kempunan tak dapat kerja?

"Hah? Serius ke?" soal aku terlebih seronok bercampur tidak percaya.

Tit. Tit.

"Ehhh, setan betul. Boleh pulak dia matikan telefon?"

Aku tersengih-sengih. Tidak mengapalah, asalkan aku dapat kerja.

"Yahooooo! Boleh bayar sewa bilik bulan ni!!!"

Aku terkinja-kinja kalah beruk dengan muka serabai. Kalau orang tengok ni, mesti dah sumbat aku ke zoo.

...

DEMI tempat kerja baru aku, terpaksa aku relakan duit aku melabur ke teksi.

Rm19 ringgit. Pergh, menyesal gila rasa duit mengalir macam tu aje. Alamatnya, malam ni melantak maggi ajelah mampu.

Tok Tok!

Aku ketuk pintu pejabat.

"Masuk!" Kedengaran suara garau menyuruhku masuk.

Aku pun masuk ajelah, dan entah kenapa dalam hati berubah tak enak. Macam ada aura jahat sedang keliling aku.

Abaikan aje.

Aku betulkan tudung bawal dan tshirt hitam dan seluar tracksuit. Semua serba hitam. Aku main cekau aje, malas nak gosok. Inilah gaya orang kena banjir.

"Ehemmmm. Halimara. Tak sangka, we meet again."

Bagai direntap kasar tangkai jantung aku. Jantan ni, lagi? Tak guna!

"Kau pehal duduk kerusi tu?! Jangan cakap kau bos aku?!"

Ash pandang aku dengan riak sinis. Ye, nama dia Ashley Tan. Atau nama manja dia Ethan.

Tengok muka dia dah tanggal cermin mata membuatkan jariku rasa gatal nak cucuk pisau lipat yang sedang aku pegang kemas waktu ini.

Sabar Ara, kau sabar!

"Yeah, aku bos kau. Bos yang panggil kau kerja sini. Tanpa aku, kau tak dapat kerja... So why not, kau cium kaki aku, tanda terima kasih kau..."

Gelak dia meletus berdentum-dentum. Aku ketap bibir geram. Sebelum api lebih marak, aku buat keputusan untuk melangkah keluar.

"Woi! Asal nak blah?! Kau lupa ke, kau tu miskin, baju macam pengemis. Takkanlah berlagak lagi. Kerja ajelah kat sini, senang sikit aku nak buli kau. Takde kau sunyi sangatlah hidup aku. Lepas jumpa kau semalam, aku tak boleh lupa lah muka buruk kau tu. Memang mengamit nostalgia betul. Tak sangka aku satu titik pun tak beza dari dulu sampai sekarang. Kau tak nak try plastic surgery ke?"

Aku pusing badan. Tak boleh jadi ni. Dia memang nak kena. Laju aku keluarkan pisau lipat. Aku pula jadi terkejut sebab dia berdiri belakang aku.

Aku sengih meluat dan unjuk pisau lipat depan mata dia.

Terjojol mata dia pandang aku. Mungkin tak menyangka aku dah jadi hulk.

"Kau nampak ni?! Kau nak aku toreh muka kau kasi lebih kacak atau aku cungkil biji mata kau, biar buta! Pilih-pilih!" Terjuih air liur aku siap sembur ke muka dia.

Terkerdip-kerdip matanya terpaksa tahan geli. Muka dia pun dah kelat. Kelakar gila, jantan tapi penakut dengar ugutan aku.

"Kau nak mampus ke? Kau ingat kau boleh terlepas ke? Last-last kau mereput kat penjara! Kau nak?!"

Tengking dia lebih kuat, nak lawan aku.

"Aku tak kesah. Aku sanggup mati kat penjara, Ethan! Aku sanggup asalkan manusia tan macam kau pupus! Pupus dari dunia aku!"

Tok! Tok! Pintu dari diluar diketuk kuat. Dan belum sempat kami nak beralih badan yang dekat tadi. Orang di luar terus pulas dan buka pintu secara mendadak.

Aku apa lagi. Terhempap badan dia. Menyeringai dia kesakitan.

Tanganku yang terlipat di dadanya, aku cuba usaha untuk bangun.

Dan, secara sengaja aku tumbuk dada dia kuat. Berjaya dan tersenyum nipis. Yes, dapat juga peluang. Tapi, aku terlupa sebelah tangan aku tengah pegang pisau lipat. Dia yang hendak menolak tubuh aku terus terpegang pisau itu.

Suara dia bergema macam nak runtuh bilik ni.

Aku bangun sambil terkekeh-kekeh ketawa.

Namun, tawaku mati tatkala mata aku terpandangan gerangan yang membuka pintu tadi.

Omg! Lawa nak mampus!

Dengan berjubah bagai. Tudung serba bertutup. Kulit putih melepak macam tepung gandum. Pergh, sejak bila patung barbie bernyawa ni?

Aku nak tukar muka dengan dia, boleh?

"Bos... Err, tak apa-apa ke?" soal perempuan itu. Lembutnya suara, macam bunyi seruling indah.

Kay, mengarut sungguh.

"Kau tak payah kesahkan aku. Aku nak kau uruskan perempuan ni. Kasi dia kerja, apa yang patut. Sekarang!"

Hah? Terpinga-pinga aku. Ape masalah tan ni? Bukan ke aku patut dibuang kerja. Ada cacing tersumbat kat otak ke perangai dia ni lain macam?

"Sorry, miss i don't know. Aku nak blah! Aku tak hingin kerja dengan jantan ni!"

Tanpa tengok reaksi muka perempuan tu, aku melangkah laju tinggalkan pejabat.

Habis lesap duit rm19 sebab dia! Tak guna! Kalau jumpa lagi, aku cincang-cincang sampai 19 kali, lepas tu aku lempar ke sungai kasi buaya makan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Writer's comment : Memula kasi can kelakar sikit.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now