Bab 22 : Shh

3.9K 283 201
                                    

"Just shut up! Aku tak nak lagi kau call aku! Stop make yourself stupid, b*****!"

Tersentak. Lenaku terganggu mendengar carutan itu. Aku buka mata, terhidang siling berwarna putih. Nafas aku gali, sedikit sesak.

Bila dah tenang, aku gerakkan kepala ke tepi. Cuba mengenal pasti di mana aku berada.

Benda pertama aku nampak.

Ash. Setan.

Dia tengah duduk di kerusi sebelah aku. Sedang tayang muka bengisnya depan handphone.

Argh, dadaku sesak sekali. Sukar bernafas. Udara bagai menghimpit ruangan dada.

Aku takut. Kenapa dia ada lagi depan mata? Kenapa aku tak mati, sahaja? Dan, eh...

Aku alih mata, pandang belah kanan pula. Drip air, wayar air bersambung di lenganku. Sedikit pedih.

Tubuhku memang rasa lemah, tetapi tidak sakit seperti di rumah. Mungkin doktor dah bagi ubat dalam badan aku.

"Kau dah bangun?"

Rasa nak terlompat jantung. Dia nampak aku buka mata? Kenapalah aku boleh termenung lagi tadi, hish bodoh betul. Aku merungut memarahi diri sendiri.

"How? Badan kau sakit, lagi?" Tidak keras, suara dia mendatar menyoalku.

Gigi kuketap, dada ini berombak kencang. Lahar amarah sedang bergumpal-gumpal dalam dada. Tak sangka. Soalan itu keluar, mungkin hendak menyakitkan hati ataupun hendak menyindir aku.

Tanganku disentuh dan digenggam. Aku segera toleh dia, aku cuba rentap tanganku. Namun, dia kemaskan pegangan dengan lebih erat.

"Ceraikan aku!"

Riak dia kosong. Dia buat tak dengar dan perlahan-lahan tanganku pula di bawa ke bibirnya dan dikucup lembut.

Gila! Dia gila! Jijik tahu tak!

"Lepaskan tangan aku, setan!" Terjerit aku hampir seoktaf. Perit ditekak mulai terasa, kemungkinan kerana dah lebih sehari aku tidak menjamah walau setitik air. Aku cuba meronta untuk melepaskan tanganku, namun apa lagi kudrat yang aku ada?

Tangan aku masih dalam pegangannya, dia menjauhkan sedikit bibir dan terus lentur di bibirnya tersinggung sinis. Matanya tajam membalas renungan benciku.

"Thanks for that night. Aku puas."

Aku kelu. Berat rasa amarah menyelubungi aku tatkala ini. Rasa nak menangis sangat. Terlalu sakit. Dia sanggup cakap begini pada aku. Ya Allah. Tangisan amarah bercampur derita aku leraikan di pipi, tak dapat aku tanggung. Aku ingin meraung, menjerit dan segala cara untuk buang kesakitan ini jika bisa.

Hinanya aku diperlakukan sebegini rupa. Adakah aku sekadar sampah kotor?

"Kau dah puas, kan? Please, buang aku. Ceraikan aku atau bunuh aje aku asalkan aku tak perlu tengok muka kau lagi. Cukup itu yang aku nak. Tolonglah..."

"Shhh... Why you are crying, sayang?" Ash menggumam dengan suara dalam, bibirnya tidak jemu menyakitkan hati aku. Jarinya bergerak bermain di bibirku yang sedang bergetaran. Diurut ulas bibirku perlahan. Aku tak tahan, sungguh. Dia seksa aku dengan cara begini, makin hatiku berdarah. Ya Allah, matikan aku sahaja. Aku tak nak hidup!

"Puas hanya untuk sehari, sayang. I need it everyday. Kau masih belum terlepas daripada aku. Aku tak nak bunuh kau, it's become thriller story. I want dark romantic story with you, sayang. Don't you wanna try again? I swear, after this. I will become more gentle for you. I swear, sayang."

Aku pejam mata. Sumpah. Aku nak bunuh dia. Dah tak peduli aku sakit atau badan tengah sakit. Aku paksa diri untuk bangun. Baru nak bangkit separuh, tubuhku jatuh semula. Tetapi bukan di atas katil, namun di dalam dakapan setan itu.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now