Bab 24 : Langkah mayat aku!

3.6K 215 115
                                    

Bab 24

"Wei Ara... Bangun..."

Aku terjaga, mataku terus terbuka kerana terkejut apabila ada suara berbisik.

Mataku hampir nak terkeluar dari soket. Apa pasal gudang buruk ni terhidang lagi depan mata? Malang apa lagi aku kena hadap ni?

Kepala aku cuba gerakkan. Pergh, sakit gila kut macam ada orang ketuk kat leher. Sengal semacam je rasa. Tangan cuba aku gerakkan. Aduh, dah terikat dengan tali pula. Siapa pula yang busuk hati ikat aku ni?

Badanku pula rasa berat, macam ada orang dibelakang aku. Siapa pula? Berat kut, badak mana ni.

"Ara... Kau dengar tak suara aku?"

Eh, suara Ash. Jantan ni ke yang kena ikat belakang aku? But why? Apa yang sedang berlaku. Adakah aku bermimpi di siang hari? Jap, aku mula termenung, dalam fikiran berkejaran mencari kepingan memori tentang apa yang berlaku.

Namun, sia-sia. Ia membuatkan kepala aku makin sakit.

"Ara. Aku tanya ni. Kau dengar tak suara aku? Ke kau pengsan lagi? Kalau tak, jawablah. Aku risau."

Aku sedikit tersentak bila molekul suaranya menyentuh telingaku lagi. Yang merumitkan kepala, apa pasal dia sebut perkataan risau? Buang tebiat ke.

"Apa jadi ni, Ash? Apahal kita kena ikat dan gudang ni, kenapa pulak kita masuk sini lagi." Macam peluru berpandu aku campak pertanyaan yang sedang berlegar-legar di dalam kotak pemikiran. Aku kebingungan menanti jawapan. Tak sedar suara aku boleh tahan kuat. Bahaya tengah menanti.

"Betina s*** tu lah punya kerja. Kau cakap perlahan sikit, kang tak pasal-pasal kau mati awal."

"Siapa? Tia ke?" Aku dah mula cemas. Takut meraja di hati apabila fikiran dah melayang mengingati peristiwa lalu. Bagaimana aku ditampar, dan di kurung seorang diri di sini. Seakan menanti ajal tiba. Kalaulah masa itu Ash tiada mungkin nadi ini dah tiada detik lagi.

"Yes. Betina tu. Kau tak ingat ke, masa aku angkat kau. Konco dia nak tembak aku. Aku baru nak melawan, ada konco lain tarik kau dan letak ubat pengsan dekat hidung aku. Aku dah tak boleh nak lawan. Memang jahanam perangai, asyik menyusahkan aku. Mengacau hidup aku pulak tu. Aku baru nak honeymoon dengan kau."

Selamba betul dia sebut honeymoon tu, aku rasa nak jolok anak tekak dia. Tak habis-habis dengan gatal dia. Tak cukup agaknya dia lunyaikan badan aku ni.

"Kau diamlah. Merepek je tahu. So, motif dia culik aku sekali apahal. Aku tiada kena mengena dengan korang kut. Aku bencilah terbabit sama macam ni. Aku nak bebaslah, penat asyik kena culik. Tak boleh ke bebaskan aku?" Aku luahkan rasa yang membelenggu. Rimas kut asyik nak kena culik aje. Lepas ni, apa pula nasib aku. Kena tampar ke terajang ke. Penatnya nak menghadap benda tu lagi. Sakit tubuh angkara Ash pun masih berbisa, ini hendak ditambah lagi dengan tangan kotor jantan lain pula. Mati terus agaknya aku lepas ni.

"Kau bini aku, of course terbabit sama. Jangan mimpi kau akan bebas kalau aku masih suami kau. Terima aje kenyataan tu."

Ringkas dan padat. Bicara dia tak sah kalau tak menyakitkan hati. Aku pun dah tak tahu nak kutip serpihan sabar di mana lagi. Memang hancur jiwa aku, berkeping-keping macam asam keping.

"Dia nak seksa aku, ke Ash? Seksa kau sorang je tak boleh?" Selamba aku soal, sebab aku rasa tak perlu kewujudan aku di sini. Buat menyemak mata mereka sahaja. Dah lah muka aku hodoh, pakai baju hospital macam orang gila lari daripada hospital. Sekali pandang macam orang tak siuman, dua kali pandang macam hantu mak limah. Dengan rambut serabai, pipi lebam, bibir macam kena kupas. Terkopek dan ada luka sana sini. Haish. Macam mayat hidup. Dengan wujudnya aku makin tambah mata mereka sakit. Jangan sampai mereka tu cungkil mata sendiri gara-gara tak tahan tengok muka aku sudah.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √حيث تعيش القصص. اكتشف الآن