Bab 3 : Asal kau nangis?

6.5K 343 83
                                    

Percaya atau tidak, aku terpaksa juga bermuka tembok berkerja di tempat puaka ini.

Bukan kerana muka aku tidak reti malu, namun ini semua disebabkan Mak Cik Milah dah mengamuk sakan kerana aku tidak bayar sewa rumah untuk bulan ini. Dia siap mengugut untuk melempar semua harta karun jikalau aku tidak membayar wang sesen pun untuk kali ini.

Ah, malang sungguh nasib aku.

Bilalah aku nak hidup senang?

Keluhan berat terlepas, menghadirkan kegusaran dalam hati.

Jari bertenggek menguis jerawat yang bukan main melarat di atas hidungku. Tidak lama, jari gatal memecahkan isi itu hingga keluar darah pekat.

Auch, pedih.

Sapu tangan yang berada dalam beg sandang segera aku capai dengan tangan kanan, lalu aku kesat darah itu hingga kering.

Hish, bila stress je musuh utama aku ini sibuk sahaja hendak mencantikkan muka aku yang tersangat indah ini. Huh, menyebalkan sungguh!

Berbalik kepada bidang kerja aku hari ini, aku lebih kepada menghidangkan air dan selebihnya menjadi mak cik cleaner secara berhormatnya di sini. Memang melampau Ash itu, tapi hendak buat apa lagi dah dia bos. Perangai dia mesti takkan berubah. Tidak mengapalah kan, asal aku ada kerja dan itu rezeki halal. Cukup memadai untuk tanggung hidup aku yang serba tunggang langgang.

"Elly... Mai sini!"

Ha... Siapalah yang gedik sangat panggil aku dengan nama begitu? Serius, geli.

"Ada apa?" Sahutku malas.

"Datanglah cepat, lembablah kau!"

Amboi, ikut suka kucing kau ya panggil aku lemban? Dah lama sangat, hidup? Nak aku tamatkan riwayat kau lebih awal?

Aku hentak-hentak kaki kerana geram, panas hati ni tahu? Apabila pemilik suara dah tertayang depan mata, aku pamer senyum plastik.

"Hei, kau tak payah sengih macam tu, lah! Geli aku!" Dia menggulingkan mata ke atas dengan riak menyampah.

"Apa yang Lis nak ni?" soal aku laju. Malas nak endah apa yang dia kata. Dan, malas juga nak layan dia lebih-lebih risau  perangai kang menjadi-jadi.

Lis itu ketua atas aku. Memang gediknya kalah sajat. Hari ni aku ke sana, ke situ, ke sini akibat arahan dia. Aku agak dia mesti bersekongkol dengan Ash, sebab itulah perangai dia asyik menjengkelkan dan tak habis hendak mendengki aku aje.

Baju blouse ketatnya yang berwarna merah aku tilik tanpa sengaja. Untunglah muka lawa, boleh tayang segala. Semua jantan pakat scan dan menggeletis, kalau aku...

Hampeh!

"Eh, yang kau tengok dada aku apasal? Kau menyamar jadi betina ke apa ni? Mata tu galak sangat tengok aku!"
Lis bercekak pinggang dengan mata membulat sakan, eyeliner hitam pekat makin menambah kebesaran matanya. Haha, dah mulalah nak berlagak tu?

"Cik Lis nak ke saya kasi bukti?"
Kening aku naik-naikkan, mencabar. Yelah, dah tak percaya aku ini perempuan tulen, aku boleh tunjuk. Tangan aku dah berada depan dada, bersedia nak buka dah.

"Tak payah! Eee, geli aku nak tengok kau punya. Dah sekarang, tak payah buang masa aku. Aku nak kau buatkan aku kopi, lepas tu copy segala kertas atas meja aku. Ingat! Jangan sampai, lupa. Kalau tak siap semua, siap aku report kat Tuan Ashley!"

Matanya sinis mengarah aku dengan tangan mengibar rambut. Angkuh sangat muka, acah macam cantik sangat.

Hek eleh, ingat aku takut sangat dengan setan tu? Aku tak nak bercekau, maka dengan bodohnya aku terima kerja yang bukan kerja aku.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now