Bab 11 : Aku tak nak!

4.2K 228 18
                                    


Mebu 11

"Ingat aku takut?!" Jerkah Far tidak mahu kalah. Aku dah mula risau, kalau bos datang habislah aku. Apa pasallah Ash nak cari pasal dekat tempat kerja aku ni? Cari pasal di luar sahajalah cukup.

Hish, leceh betullah.

Aku bertindak memegang bahu Far lalu berbisik.

"Dah lah, Far. Takut bos datanh. Habis kita nanti." Aku pandang dia, berharap dia tidak meneruskan perbalahan yang tidak membawa manfaat ini.

"Argh, sakit!" Jeritan tiba-tiba mengejutkan aku yang sedang bermain mata dengan Far. Far nampak lain bila dipandang sedekat ini. Dia handsome dan aura seorang lelaki jelas hampir membutakan mataku. Ara, what are you talking about? Gatal tak bertempat! Kau tak layak nak menggatal macam ni tahu tak! Kau tu perempuan hodoh, tolong sedar diri sikit!

Aku terus menoleh ke depan. Kelihatan Ash sedang memegang kepala siap memejam mata rapat-rapat. Gaya macam tengah tahan sakit. Aku kerutkan dahi, tidak percaya. Dia mesti tengah berlakon. Acah sangat sakitnya itu terpampang.   

"Ara! Tolong aku! Sakit ni!"

Aku masih kaku tidak bergerak. Far di sebelah turut berdiam. Kami tidak percaya tindak tanduk Ash, sakit benar ke? 

"Kalau sakit sangat, kau balik jelah. Pergi klinik. Sini pun takde alat-alat untuk pembedahan." Selamba sahaja jawapan itu terluncur di bibir Far. Aku hampir nak tersenyum. Pandai Far menjawab, tolonglah kahwini aku. Aku suka lelaki macam kau Far. Mahu saja aku katakan itu pada Far. Namun, itu hanya di dalam hati. Siapalah aku pada dia, kan?

Sebelum ini, aku perasan dia pernah tersenyum-senyum melayan handphone. Tak lain tak bukan mesti dengan pujaan hati. So, eloklah aku bunuh perasaan yang menjelma tidak diundang ini. Forever alone sahajalah aku.

"Far, saya minta cutilah eh hari ni. Lagi lama lelaki gila ni dekat sini, dengan awak sekali jadi tak betul. Tolong cakapkan pada bos saya tak sihat. Terima kasih Far. Maaf susahkan awak." Anak mataku mencari wajah Ash. Dia tengah menunduk. Sakit sangatlah tu. Aku tahu dia sengaja, biarlah aku tengok perangai dia macam mana. Aku nak bincang elok-elok dengan dia, biar dia takkan ganggu hidup aku lagi.

Aku penatlah diganggu dia. Tak aman langsung!

"Untuk apa cuti sebab jantan tu?

"Saya nak selesaikan masalah dengan dia. Saya tak susahkan Far pulak."

Far merenungku dengan riak serius. Dia pegang tanganku. Aku pula hanya membiarkan walaupun sedikit pelik.

"Kenapa Ara kena layan dia? Pedulikanlah! Far boleh halau dia berhambus. Ara buat je kerja, jangan hiraukan dia
You should care abiut yourself. Kenapa nak biarkan lelaki macam tu pijak-pijak Ara sesuka hati?"

Kelu lidahku untuk membalas. Rasanya dah terlalu lama tiada lelaki kesahkan tentang aku. Sebelum ini hanya ayah sahaja ambil berat tentang aku. Kini, ayah sudah tiada. Betul juga kata-katanya itu, namun apalah aku boleh buat jika Ash mengganggu aku seperti ini.

Mungkin, takdir ini sudah tersurat. Dia jadi perosak hidup aku.

Jika aku tidak hiraukan dia, Ash tetap mengganggu. Aku perlu basuh dia juga hari ini. Apa nak jadi pun jadilah. Segera aku teruskan langkah tanpa fikir Far. Biarlah dia. Dia hanyalah simpatikan aku, bukan dia kesah sangat pasal aku.

Aku dekati Ash. Dia masih memegang kepalanya. Tidak semena-mena tangannya naik menarik bahuku. Dengan mudah dia meletakkan beban di bahuku. Berkerut dahiku kerana tindakan drastiknya.

"Aku sakit, kau kena papah aku." Ash berbisik dengan nada memaksa.

Hatiki diracun sebal. Ikutkan rasa kejam, mahu sahaja aku terbalikkan badan dia. Sabar, Ara. Ini ujian untuk kau.







...



"Aku bagi masa aku untuk kau hari ni. Cuba cakap terus terang apa masalah kau. Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? Cakap semua sekali! Aku nak selesaikan hari ini jugak!"

Mata ralit merenung ke luar tingkap. Entah kemana Ash hendak membawa aku. Aku pun bodoh juga kerana ikutkan sahaja dia bawa aku tanpa hala tuju. Pemandangan luar tingkap sedikit menambah rasa gerun di hati. Mana tidaknya, dia bawa aku tempat asing. Rumah banglo dua tingkat?

Seram pula, kalaulah dia nak culik aku dan jual organ aku untuk dapatkan 100k macam mana? Jauhnya aku fikir.

"Kau hutang duit dengan aku. Kau hutang nyawa dengan aku. Kau fikir kau boleh settle hari ni?"

Aku pusing badan menghadap dia disebelahku, matanya hanya fokus di depan. Entah apa yang dia fikirkan. Aku tak minta semua ni, kalaulah aku tahu dia akan menuntut begini. Aku hancurkan sahaja handphone aku sebelum penculik itu menelofan dia.

Kenapa rumit sekali kehidupan aku apabila ketemu Ash semula? Aku tak nak hidup dibelenggu begini. Aku tak nak. Aku hanya minta hidup sendirian tanpa orang sedar  tentang kewujudanku. Aku tidak kesah jika disisihkan  sekalipun asalkan tidak berjumpa dengan makhluk sebelah aku. Itu sahaja permintaan aku.

"Aku takde semua tu. Aku takde duit! Takde! Aku pun tak minta kau tolong aku. Aku tak minta!" Aku membentak lantang dengan rasa tidak berpuas hati. Diri teraniaya pula apabila dia menuntut bayaran kepada aku yang miskin ini.

"Aku ada cara mudah untuk kau bayar hutang kau."

"Apa caranya?" Fikiranku bergerak laju meneroka cadangan yang bakal Ash lontarkan. Gementar juga menetap di lubuk hati. Janganlah dia minta aku jual organ. Aku masih ingin melihat dunia walaupun semuanya serba kekurangan dan kebahagiaan juga samar-samar sahaja dari jauh.

"Kau kena jadi..."

Telingaku macam tersumbat. Aku tak terdengar suara dia. Macam nak pitam. Apa yang chba dia sampaikan ni? Ya Allah. Dugaan apa lagi aku perlu hadap?

"Sampai mati aku tak nak! Kau ingat aku bodoh nak ikut telunjuk kau? Langkah mayat aku dulu kalau itu yang kau nak!" Aku terjerit nyaring meluahkan kekesalan yang berserabut. Cadangan tidak masuk akal bercampir menyakitkan hati.

Gila! Dia memang gila! Dia memang setan! Dia bukan manusia!

"Hek eleh, bukan ke ini yang kau nak dari zaman kolej lagi? Apa susah sangat. Terima je cadangan aku. Habis je langsai hutang, kau boleh berhambus! Itu tak jadi masalah, aku pun boleh lupakan kau dengan mudah. Dalam dunia ni, takde benda free. Semua bayar. Sedar sikit, Ara. Kau dah guna duit aku. Kalau aku report polis beritahu kau mencuri, kau boleh mereput dalam jail. Kau nak?"

Rasa nak meraung dan menangis. Kejamnya dia! Sanggupnya dia buat aku seperti ini. Kenapa takdir aku berjumpa dia lagi, Ya Allah? Bantulah aku agar terus kuat menempuh segala rintangan.

..

Writer's comment : Apa rancangan dia?













𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now