Bab 14 : Rahsia Rizq

3.5K 230 109
                                    

"Siapa dia, Ara? Mak cik tak pernah nampak kamu bercinta dengan dia?" Mak Cik Lin menegur depan aku dan Ash. Tak menyempat dia menyoal, depan pintu rumah pula tu. Mesti dia tak menyangka perangai aku seteruk ini, tiba-tiba bawa perkhabaran akan nikah kerana ditangkap khalwat.

Malunya aku. Macam disapu tahi lembu di sekitar muka. Pasti mak cik Lin jijik tengok muka aku.

Tertunduk menekur lantai sahaja dapat aku lakukan. Penat dah diserang dengan keluarga Ash. Mama Ash okay, tetapi Papa Ash iaitu Dato' Darren tegas sungguh. Ash dah kena penumbuk dan aku pula dihina. Patutlah anak perangai begini, warisan turun temurun rupanya.

"Aku tak percaya kau seteruk ni, Ara. Jantan ni mesti perangkap kau. Aku yakin tu." Debar jantung menjadi tak menentu. Aku angkat kepala, mencari gerangan yang berbicara. Rizq! Why dia ada di rumah, aku fikirkan dia kerja. Ya Allah, memalukannya aib kotor tertayang depan crush.

"Kau cakap baik sikit. Kitorang memang saling cinta, dia rela dan aku pun suka. Tak payah kau nak menuduh aku!"

Bergegar ruangan dada. Jantung bagai terhempas ke bumi. Tangan ini segera aku pegang kejap. Betapa hina aku difitnah oleh dia. Mudah sahaja dia mempalitkan najis ke mukaku ini. Bahagiakah dia perlakukan aku seperti ini? Allahu, sabar sabar. Lepas ni, kalau kau dah jadi suami aku. Tahulah apa aku nak buat.

"I don't think that is true, sebab aku dan Ara dah sepakat untuk kahwin tahun ni. So, she's mine not you!"

Hah? Terlongo mulutku. Apa yang Dr ni cakap? Ke aku tengah masuk dalam dunia lain sampai boleh terdengar benda bukan-bukan sekarang ni?

"Apa?! Kau buat lawak?"

"Riyy, betul ke Riyy nak kahwin dengan Ara?" Giliran Mak Cik Lin menyoal anaknya, bahu Rizq di goncang-goncang. Tak sabar agaknya mendengar penjelasan anak bujangnya.

Aku pun masih tidak dapat alih muka daripada merenung Rizq. Entah kenapa, dia membalas renungan aku. Macam nak gila pula waktu ini kerana jantungku bergerak laju luar biasa. Kenapa jadi perempuan cepat sangat berdebar dan cair ni? Entah-entah Rizq tu sengaja nak mainkan aku. Lelaki handsome zaman sekarang ni semua tidak boleh dipercayai. Semua mulut loji dan longkang!

"Betul. Riyy tak tipu. Riyy dapat rasa lelaki ni sengaja nak mainkan Ara. Ara takkan buat benda tak elok dengan lelaki perangai setan macam ni. Kau ingat aku tak kenal kau ke, Ash. Aku tahu kau siapa. Aku jugak tahu siapa Ara. Cuma kau orang tak kenal lagi aku ni siapa."

...

"Ara... Let me explain everything," Rizq tundukkan kepala, daguku dipagut seketika. Aku menjauhkan diri, terkejut menerima sentuhan tanpa pamitan itu.

"Apa awak nak terangkan. Saya tak faham. Bila masa kita nak kahwin padahal nak bercakap pun awak tak nak dengan saya."

Dia berjalan dan dekati aku namun tercipta jarak yang selamat. Tetapi aku tak faham kenapa dia perlu tatap aku sedalam ini. Argh, kenapa dia buat aku nervous? Perlu ke?

"Cuba tengok muka Riyy, tengok betul-betul. Ara mesti dapat tangkap siapa Riyy," pinta Rizq tanpa kuduga. Perangai dia serius dah lain. Dari gaya dia bercakap lembut, sama macam di hospital. Jika perangai dia sebaik ini ketika pertemuan kedua, pasti aku dah terjatuh cinta betul-betul dalam dakapan dia.

Aku liarkan pandangan bersama resah di hati pada ruangan wajahnya. Mataku turun bermula pada kening dan matanya. SubhanAllah! Sungguh sempurna. Tiada cacat cela. Aku tak kenal dia, tak pernah nampak pun wajah lelaki sekacak ini. Hmm, kenapa dia cakap dia kenal aku? Rungsingnya hendak memikir.

"Saya tak kenal awak," jawabku dan segera menunduk semula. Malunya merenung lama-lama lelaki sekacak Rizq. Mesti dia rasa meluatkan bila perempuan sehodoh aku teroka keindahan wajah dia seperti itu. Aduh, malunya rasa. Aku nak berlari sejauh mungkin tika ini. Aku perempuan kotor dan jijik di mata dia sekarang.

"Sa-sa... ya nak balik dulu. Nak kemas baju semua. Terima kasih sudi tumpangkan orang luar macam saya kat rumah awak." Segera aku ingin berlalu apabila kesunyian makin lama menyeksa aku. Dia berdiam agak lama, mungkin dia tengah tahan muntah sebab tengok muka aku terlalu lama tadi. Sedihnya jika itu betul.

Tanganku terasa hangat menerima sentuhan. Aku terkaku tanpa kata. Kedua-dua belah tanganku pula terikat oleh tangan kekarnya itu. Rasa nak pitamlah. Seriuslah ini terjadi pada aku? Apa mahunya Rizq? Kenapa dia lakukan ini? Jika dia tak bermaksud apa-apa, tolonglah berhenti. Aku tak nak berharap kepada lelaki. Cukuplah aku dianiaya seteruk ini, cukuplah.

"Riyy satu kolej dengan Ara dulu. Riyy nampak Ara dengan Ash bertekak waktu tu. Riyy nampak semuanya, Ara. Riyy tak boleh terima perempuan yang Riyy..."

"Rizq. Dah lah, awak tak perlu reka cerita. Saya tak pernah nampak awak dekat kolej dulu. Janganlah menipu. Saya tak perlu penipuan lagi. Biarlah saya pergi, awak pun tak suka kehadiran saya di sini. Saya tahu saya ni siapa, sekadar orang luar yang menyusahkan hidup semua orang. Saya ni patut blah dari rumah ni dari awal lagi bukannya sekarang. Sorry sangat, Rizq. Saya minta maaf susahkan mak awak. At last, saya anggap sahaja kata-kata awak hari ni saya tak pernah dengar." Pedihnya hati. Inilah pengakhiran aku, terpaksa buang rasa suka yang singgah sebentar untuk doktor yang ku sangka baik dan bakal jadi jodohku. Tetapi, sayang seribu kali sayang semuanya angan yang tak dapat aku capai. Terimalah Ara, kau tak berhak memiliki sesiapapun. Kau tak layak.

"Ara. Cuba dengar! Riyy nak cakap Riyy tak boleh terima perempuan yang Riyy suka dalam diam diperlakukan macam tu!"

Aku tak dapat proses apa yang aku dengar. Seakan dunia terhenti sendiri apabila tubuhku tenggelam dalam dakapan Rizq.

...

Writer's comment : Terkejut x? Hahaha

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ