Bab 13 : Kejam!

3.5K 257 104
                                    

Air mata tidak tahu erti berhenti. Aku tak dapat terima takdir kali ini. Ya Allah, betapa sukarnya kerana terpaksa terima perkara sekejam ini. Kenapa aku dianiaya lagi dan lagi? Apa salahku lagi, Ya Allah? Kenapa aku diduga begini?

"Tak payah nak sedih sangat. Aku pun tak tahu benda ni akan jadi."

Kejam! Manusia begini lahirnya untuk apa? Untuk sakiti aku? Kenapa semua yang terlahir di bibirnya tidak pernah sesaatpun menabur sejuk di hati?

Aku sendiri bodoh, aku sendiri perempuan bodoh. Masuk dalam kandang sendiri dan meroyan. Patut mati aje aku ini. Memalukan! Menjijikkan! Tak layak aku hidup! Aku tak rela jadi mangsa dia. Mangsa manusia hati kotor. Entah. Aku pun kotor juga, sebab itu aku terjumpa manusia begini.

Tapi, aku tak nak dia jadi suami aku. Ya Allah, tolong beri aku peluang untuk ubah semua. Aku tak nak kahwin dengan dia. Aku tak sanggup, sunguh-sungguh!

"Ash, please... Lepaskan aku. Aku tak nak kahwin dengan kau. Please, aku janji aku tak akan sebarkan pada sesiapa tentang hal ni. Dan, aku akan pergi lebih jauh dari kau. Aku janji bayang aku pun kau takkan jumpa lepas ni. Please... Aku tak nak." Entah, aku dah tak betul. Aku merayu pada dia. Aku rayu dengan suara lirih dan lembut. Belum pernah aku terpaksa merayu selemah ini. Aku terpaksa kerana aku dah tak terdaya.

Kereta terhenti secara mendadak. Aku pegang erat tali pinggang, takut dan menggigil sedikit tubuhku kerana bunyi hentakan kedengaran melambung halwa telinga. Aku nampak jelas dia menghentak stereng kuat.

Bahu aku dipegangnya ketat. Teralih sedikit kedudukan aku. Mata terus tertunak ke anak matanya yang berubah garang itu.

"Kau ingat aku nak? Aku pun tak hingin nak kahwin dengan kau, Ara! Tapi, JAIS dah keluarkan surat dan aku tak boleh nak buat apa dah. Kau kena sedar, kita nak jumpa mama dan papa aku sebab JAIS dah inform everything about that. Kau faham tak, Ara?! Kau terima ajelah, kita kahwin je. Kau jangan risau, aku akan lepaskan kau jugak nanti. Nak buat apa simpan kau lama-lama, buat semak aje."

Tercalar balar perasaan aku. Jatuh air mata bagaikan hujan. Aku tahu aku sedar semua ini akan berakhir juga. Dia dan aku akan berpisah. Dia tak nak dengan aku begitu juga aku. Tetapi, kenapa sakitnya dalam sekali mendengarkan kata-katanya. Umpama aku ini barang buruk yang bila-bila masa akan dihumban tanpa simpati. Kenapa dia tega mengungkap segalanya tanpa mengerti sekelumitpun hati aku yang dah terlanjur berdarah tanpa dapat terubati lagi.

"Aku nak kau lepaskan aku lepas kita kahwin. Tu je aku nak. Aku pun tak nak jadi isteri kepada setan macam kau. Kau tak layak untuk aku." Aku tolak tangannya sehingga terlerai pautan kemasnya tadi. Segera juga aku mengalihkan tubuh, pandangan aku lemparkan ke luar tingkap.

"Jangan risau. Aku pun tak nak jadi suami untuk perempuan sehodoh kau."

Aku pejam mata menerima kenyataan satu itu. Rasanya perkataan hodoh sudah sebati untuk aku. Terima kasih, Ash. Kau hancurkan aku berkali-kali sehingga aku tak ada upaya untuk merawat luka ini.

...

Puan Melissa menarik tanganku setelah keadaan sedingin itu berlalu hampir setengah jam. Masing-masing tika itu berdiam diri, tiada sebarang bunyi kedengaran.

Dia membawa aku ke dalam bilik sederhana besar. Kecutnya perut memandang seraut tua yang masih anggun itu. Sofa berwarna hitam menjadi tempat aku dan dia duduk.

Dia berpeluk tubuh, merenung aku lama-lama tanpa bersuara. Aku terkulat-kulat menghadapi situasi begini. Pasti aku akan terima serangan bertubi-tubi oleh mama Ash. Dari mata galak itu, aku tahu aku bakal dihina dan entahlah.

"Hmm. Bila Ara kenal Ash?" Lembut pertanyaan itu terpacul. Terkedu aku. Ingatkan dia nak mengamuk. Perlahan aku angkat wajah, hendak melihat dia. Takkan lah aku kurang ajar depan orang yang lebih tua. Sekurang-kurangnya, aku perlu lihat wajah dia ketika berbicara.

"Sejak kolej, tapi kami tak bercinta. Puan salah faham tentang kami. Tolong jangan percaya cakap Ash, dia tipu. Kami tak buat benda terlarang pun. Tiba-tiba..."

Kata-kataku terhenti begitu sahaja tatkala tanganku diusap perlahan-lahan. Pipinya jatuh sebutir air mata. Aku tak tahu hendak berbuat apa. Sungguh, aku juga dapat rasai kekecewaan yang sedang melata di hati seorang ibu angkara dosa durjana seorang anaknya. Siapa sahaja tak kecewa apabila anaknya ditangkap khalwat?

"Kamu kenal Tia?" Serak sekali dan tersekat suara itu menyoalku. Aku segera mengangguk.

"Sejak dia kehilangan Tia. Tak pernah lagi dia bawa perempuan ke rumah. Mama yakin dia dah jumpa pengganti Tia. Dia dah jumpa kamu, Ara. Walaupun dia bawa kamu hanya sebab ditangkap khalwat. Mama yakin kamu dan dia tak buat benda terlarang. Mungkin juga dah takdir kamu berdua begini. Kalaulah, semua tak terjadi mungkin Ash tu takkan kahwin dengan sesiapa pun. Ash tu, keras hati tapi percayalah dia tu lelaki yang setia."

Argh, sukar nak percaya dan nak hadam semua ini. Mama Ash pun dah tak betul juga ke macam anak dia? Kenapa boleh dia terfikir aku ni pengganti Tia? Dia tak tahu ke anak dia dah musnahkan hidup aku dan pijak maruah aku sesuka hati dia. Ada ke seorang lelaki sanggup buat seorang perempuan begini jika ada perasaan? Jikalau ada, lelaki itu bodoh. Patut disekolahkan kerana tidak tahu menghargai dan melayan perempuan dengan baik dan sepatutnya.

"Mak cik salah faham. Dia tak suka saya. Dia benci saya," luahku tidak mahu simpan lagi.

Puan Melissa menyeka air mata. Dia geleng kepala dan matanya lembut merenung aku dalam-dalam.

"Masa dia koma, dia sebut nama Ara. Berulang kali... Apa maksudnya tu, Ara?"

...

Writer's comment : Plot twist apekah ini?

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now