Bab 4 : So great!

5.1K 284 57
                                    

“Asal kau nangis?” tanya dia dengan muka kereknya. Kedua lengannya di sandarkan atas meja.

Satu jelingan aku lemparkan pada lelaki gila itu. Hangat betul hati ini mendengar soalan dia.

“Lantak akulah nak menangis ke, nak meraung ke, nak berguling ke, kau sibuk pahal?” Aku menyedut air untuk meredakan marah. Tak hingin aku hendak melihat muka berlagak dia.

“Well, muka kau buruk sangat bila nangis, kalah kera. So, mata aku ni sakit tengok.” Bibirnya terherot sinis.

Darah makin mendidih kembali. Aku cuba mengawalnya agar kesabaran aku tetap ada. Kau tak boleh mengamuk dekat Café! Kau kena tahan Ara! Biarlah dia nak menyalak, nak mencaci maki kau sekalipun asalkan kau jangan mengamuk dekat sini. Kalau kau buat hal di khalayak ramai, kau juga yang akan dapat malu. Kau perlu tahan sampai balik nanti, waktu itu kau nak bunuh dia pun boleh kalau kau tak takut penjara. Desiran hati sedang memujuk hatiku agar kuat membedil hasutan syaitan. Sabar itu lebih indah, bukan?

“Kalau sakit mata tu, biar aku tambah dengan cucuk garfu kat mata kau. Lepas ni, bahagialah hidup kau tak dapat tengok muka aku lagi! Sebab kau dah buta!”

Garfu itu aku acah mahu mencucuk mata dia. Dia mengelak sedikit ke belakang,  kemudian tidak kusangka. Bibirnya terbelah tawa. Kalau perlahan aku boleh tahan, tetapi masalahnya ketawa dia serupa nak gegarkan ruang Café ini.

Agaknya, dia ada penyakit mental kut?

“No, no… Ingat senang ke nak dapat mata helang macam aku. Suka-suka kau je nak rosakkan mata aku. Well, aku tahu kau dnegki dengan ke-handsome-an aku, right? Hati kau memang takkan berubah ke, stoplah dengki dengna orang kacak dan lawa. Bukan dapat apa pun, dapat malu wei! Dapat malu!”

Aku menggigit bibir dan gigiku ketap sekuat hati. Ish! Kenapa, kenapa dia tak serik-serik nak hina-hina aku? Walaupun aku pernah mendengki Tia, tetapi tak pernah lagi hak buruk terjadi pada Tia. Dan, selepas aku berhambus daripada kolej tersebut, bukan menjadi masalah aku jikalau Tia accident dengan mamat setan depan aku ni.

“Muka kau pun dah buruk, tak payah nak berlagak sangat. Aku doakanlah lepas ni, muka kau kena acid. Lebih bertambah kacak, kan? Good luck, eh!” Dalam nafas tertahan, aku terus lempar kata kejam.

Riaknya terpamer sinis sahaja, bibirnya menyenget menandakan dia sedang mempersendakan aku.

“Mata kat tepi parut ni tak jejas handsome aku. Hahaha. Kau ingat doa kau makbul? Hati pun kotor ada hati nak doakan buruk-buruk tentang aku. Sia-sialah, Ara!”

Dengar sahaja namaku disebut di bibirnya telah membuatkan telingaku nak berdarah. Jijik tahu tak dengar nama aku disebut dia. Eee, menyampahnya! Lebih baik aku blah lagi bagus daripada layan mamat sakit jiwa ni. Dia sengaja hina-hina aku mesti kerana aku mendekati kekasih hatinya, Lya itu. Baiklah, aku takkan ganggu kesayangan dia! Aku takkan!

Punggung aku angkat, dan bingkas bangun. Sempat aku menjeling dia sebelum meneruskan langkah. Namun, eh! Tiba-tiba sahaja lenganku disambar. Aku kerut dahi, tak faham seraya aku merentap balik lengan ini. Tetapi, boleh pulak dia tak lepaskan.

Ya Allah, dia ni dah kenapa?

“Sebelum aku tumbuk muka kau, baik kau lepaskan!” ugutku beri amaran. Ini bukan sekadar main-main, aku cakap, aku akan buat! Lagipun dah lama aku aim nak tumbuk muka dia dari awal dia hadir tadi.

“Relaks, aku nak tanya pasal curang tu. Siapa curang, pakwe kau? Seriuslah kau ada pakwe? Siapa lelaki buta or maybe low taste tu. How shameful dapat makwe muka mintak kaki ni.”

“Woi, setan! Bukan pakwe aku curang! Pakwe Lya! Dah, kau lepas sebelum aku kira 3 saat. Aku pantang betul orang sentuh-sentuh aku.” Aku sudah kepal penumbuk. Nafas yang berombak kencang aku cuba kawal sehabis baik. Sabar sikit lagi, Ara! Sabar!

“Dah agak, takkanlah ada lelaki nak kau. Hahaha. Bagus-bagus! Senanglah kerja aku nak pedajal kau. Takde siapa nak belasah aku. So great!”

Terus dia leraikan tanganku dengan kasar. Tanpa menoleh, dia bangun meninggalkan aku macam orang bodoh.

Eeee, geramnya! Dasar setan!

Aku lajukan kaki, turun ke bawah menggunakan tangga. Tak mahu aku bertembung dengan Si Lya mahupun Si Setan itu. Fikrianku teringat kembali Lya mengendeng aku, sempat lagi dia pesan dia nak teman aku naik bas.

Aku diamkan sahaja. Malas nak berbalas apa-apa. Kalaulah dia tidak ada kena mengena dengan Ash, sudah lama aku rela menemani kemana sahaja dia pergi.

Lantaklah jikalau dia berkecil hati kerana tingkahku yang sering tidak menghiraukan dia. Setelah menuruni tangga terakhir, mataku meliar ke kiri dan ke kanan. Dua makhluk itu tiada di ruang legar. Keadaan di sana nampak lenggang, lekas aku memanjang langkah untuk ke bus stop.

Sedang enak duduk dibuai angin sepoi-sepoi Bahasa, bahuku di cuit. Aku tersentak, seraya mata terpandang seraut wajah Lya. Kerutan didahi makin terlukis, bibir ringan sahaja mahu menyumpah geram kerana kehadirannya. Namun, aku terus batalkan niat. Lebih elok aku hanya menganggap dia halimunan.

“Ara… kenapa tak layan Lya? Lya ada buat salah?”

Tu dia… suara lembut, manja dan sungguh mengada-ngada. Menyampah juga hati ni.

“Kalau ada, Lya minta maaf… Lya maaf sangat, Lya tak tahu apa salah Lya, tapi Lya minta maaf jugak. Mungkin Lya ada kecilkan hati Ara,” lirih dan terlebih nada seperti hendak menangis. Sedih betul didengar dek halwa telinga.

Aku terpaksa pandang dia, risau dia menangis. Dan, paling risau dia sedang berlakon drama air mata.

“Lya dahlah, Lya tak salah. Lya tak perlu hiraukan Ara.” Aku bersuara juga walaupun sungguh aku malas nak buka mulut, memujuk lagilah tidak.
“Kalau tidak kenapa buat Lya macam tak wujud?” soal Lya tidak berpuas hati.

“Ara tak nak kacau Lya. Lya makwe Tuan Ashley.” Tatkala tersebut nama “Tuan Ashley”, rasa nak termuntah gila anak tekak. Kerana terpaksa, relakan ajalah lidah ni.

“Eh, bila masa? Mana ada. Lya single, Tuan Ashley pun single dah lama. Dia mana nak bercouple sejak makwe dia mati kat kolej dulu.”

“Betul ke? Biarlah, tapi tadi Ash macam tak kasi Ara dekat dengan Lya. Hmm, better dari Ara kena pecat, Ara patut jauhi Lya,” terangku tak berlapis lagi. Malas lah nak berselindung, dia nak tahu sangat, kan. Ini aku dah berterus terang.

“Apa pulak Tuan Ashley tak kasi Lya berkawan dengan Ara. Dia mana kesah. Ara ni fikir negatif je, kenapa?”

Aku diam tidak berkutik. Dah kenyatannya begitu, nak aku cakap apa lagi.

“Lya, kenapa kita lalu tempat ni? Lorong ni gelaplah, tak bahaya ke? Kang muncul jantan-jantan kaki hisap macam mana?”

Aku menoleh Lya di sebelah. Wajahnya selamba sahaja berbanding aku dah serupa muka tersepit. Gilalah aku ni boleh melayan kerenah Lya. Ikutkan sahaja permintaan dia, dan akhirnya aku berjalan di lorong ini untuk berjalan ke rumahnya. Tak terfikir bahawa dia mempunyai otak bijak, boleh pula dia ajak aku jalan waktu petang-petang. Hendak ke senja ini.

Bahaya tahu, tak? Muncul lelaki gila betina, memang jadi habuan lah kita berdua ini. Otak Lya ke mana?

“Takdelah, Lya dah biasa jalan sini. No worry.”

Belum sempat aku ingin membalas kata-kata Lya. Ada satu suara menegur kami.

“Wahai jelita, nak gi mana?” Figura lelaki botak licin mengiasi anak mataku. Dia menerpa ke arah Lya. Aku terlalu kalut. Tubuh Lya aku tarik supaya menjauhi jantan itu. Namun, badan terlebih besar lelaki botak itu tidak mampu melawan tenaga wanitaku.

“Ara, tolong! Lya… Lya… Lya… takut!”

...

Writer's comment : Lya tu kenapa?
















𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now