Bab 16 : Dia berubah

3.5K 231 117
                                    

"Kau gila ke pukul Rizq macam tu, hah!?" Aku memukul bahu dan dadanya, berulang kali. Tika ini, aku dan dia di dalam kereta.

Rizq. Dia tiba-tiba terima panggilan daripada hospital, sebab ada emergency. So, dia pergi macam tu aje setelah habis mukanya lebam di pukul oleh Ash yang tidak berguna itu.

Mak Lin menghalau Ash siap dipukul penyapu atas kepala Ash. Aku pula terpaksa keluar rumah kerana Ash tarik tangan aku tidak mahu lepas. Mak Lin pun seperti tidak mahu hiraukan aku pun. Dia tidak melarang tika aku dibawa pergi oleh Ash.

Dalam diam, sungguh aku mengumpul kecewa yang bukan sedikit. Tetapi, aku redha kerana aku dah buang jauh-jauh pengharapan kepada Rizq dan Mak Lin. Setiap saat aku tanam erti sedar diri.

"Kenapa orang hodoh selalunya bodoh?"

Sentap! Darah hangat serasa naik mendadak pada tahap tertinggi. Dia boleh tanya aku soalan macam ni?!

"Kenapa kau bodoh sangat, Ara? Kau percaya lelaki s*** tu? Hei, wake up lah! Takde siapa dalam dunia..."

Bibir Ash aku tampar. Terjegil matanya dan bibirnya di pegang kejap. Bara api tengah membakar kerana dadanya berombak kencang.

Sakitnya hati. Aku tahu apa yang dia nak cakap. Aku tahu! Ya Allah. Sampai bila dia nak sakitkan hati aku?

"Sekali lagi kau tampar mulut aku. Kau jangan tanya, apa yang aku buat pada kau malam pertama nanti."

Aku hilang bicara. Ingat aku takut?! Aku akan pastikan pisau dan segala benda tajam ada dalam poket. Ataupun aku patut pakai baju besi yang tajam-tajam. Eh, kejap. Rasanya sempat aku cari kat shopee dan order sekarang.

...

Riyy dah cakap jangan kahwin dengan dia. Kenapa Ara degil?

10.20

Ara. Ara, are you okay? Ash ada buat benda tak elok pada Ara, ke?"

10.53

Ara. Send location. Riyy xnak Ara jadi mangsa dia. Please, I begging you.

11.49

Pesanan teks daripada Rizq aku biarkan tidak berbalas. Aku tidak tahu hendak merasai perasaan apa sekarang.

Adakah aku sedih? Atau terharu menerima pesanan teks dari Rizq? Ataupun adakah aku takut menghadapi Ash nanti?

Aku takut hendak membayangkan.

Apalah nasib aku.

Tudung di kepala aku tenung, hendak buka pun aku tiada keberanian padahal aku di dalam bilik air. Aku tak nak keluar menghadap Ash yang entah dah masuk bilik atau belum.

Majlis kahwin kami hanyalah kecil-kecilan. Kenduri sahaja. Saudara yang datang pun hanya beberapa sahaja, boleh dikira. Entah mengapa, hambar sekali seperti bukan majlis kahwin. Seperti kenduri, untuk kematian.

Banyak jelingan hinaan aku terima entah siapa. Dari segelintir tetamu. Ya, aku tahu makna jelingan itu. Mereka bencikan aku kerana fikir mereka aku perangkap si Ash dan berniat hendak merampas harta Ash. Hmm, paling teruk mereka fikir aku guna cara kotor. Bomohkan Ash.

Ini bukan sekadar sangkaan aku. Aku dengar sebijik demi sebijik fitnah dan cacian melalui deriaku. Depan mata pula tu, waktu tu Ash tiada di sisi. Mungkin dia juga merancang supaya aku terima tohmahan ini. Mungkin di belakang aku, dia ketawa gembira melihat keadaan aku sehina ini.

Bunyi gedegang di luar pintu mengejutkan aku. Handphone terus aku simpan di dalam kocek. Bimbang dia nampak Rizq mesej aku. Eh, nak bimbang apa. Kesah pulak dia, kan?

"Apesal lama sangat, hah?! Kau ingat tandas ni kau punya?" Terhenjut bahuku kerana suara dia benar-benar lantang daripada biasa. Mungkin dah nak terberanak kut, perangai gila jadinya.

Aku rapikan tudung dan bersiap untuk keluar. Dalam hati berdebar entah kenapa. Aku cuba tenangkan hati. Jangan risau, setan tu tak berani nak apa-apakan kau. Dia tak herankan kau. Ingat tu, Ara!

Aku pulas tombol dan apabila terbuka ruang sedikit, tubuhku tertolak ke belakang sehingga kepalaku terhantuk ke dinding.

"Sakitlah. Apa masalah kau?"

Terjerit aku sambil mengusap kepala. Tetapi, dadaku rasa mahu pecah tatkala bibirku ditekup oleh satu tangan kekar. Milik siapa lagi kalau bukan Ash. Figura dia terus menjadi tatapan aku.

Dia tidak berbaju, dan mataku mencerun ke bawah. Dia hanya bertuala senteng. Serius, macam nak putus nafas apabila berhadapan dengan dia dengan keadaan begini.

"Aku ada benda nak cakap. Just, keep silent." Suara halus berbisik. Aku keliru apa fungsinya berbisik? Eee, hendak sahaja aku tolak tubuhnya yang dekat sekali dengan aku. Sakit mata aku tengok dia.

"Tak payah nak nervous sangat. Sebab aku takkan buat apa-apa dekat perempuan sehodoh kau. Ingat tu. Kalau nak buka tudung or anything just depan aku. I don't have feeling to look. Understand?"

Serius. Seriau aje rasa. Tergamam aku cuba meredakan nafas ini. Hembusan nafas dia yang semakin dekat di area muka gagal membuatkan aku tenang. Tanpa amaran, bibirku dikucup sesaat.

Terbeliak mataku. Eh, gila!

"Why? Kau nak lagi? Nak yang version lain?"

Dia menekan bahuku, sehingga aku tidak dapat berganjak sedikitpun. Aku menentang matanya, geram bercampur benci. Dia ingat aku sedang mencair? Dia ingat aku rela diperlakukan begini?

"Aku pun tak tahu apa yang aku buat. But, just follow the flow. Let me kiss you again. More deep. Can I?"

Bodoh! S***! Sekuat tenaga aku lagakan kepala aku dengannya. Bunyi berdentum kuat, menandakan aku berjaya menyakitkan tempurung dia. Dia ingat aku jenis perempuan tadah aje? Kau silap percaturan lah, setan!

Tapi, nasibku masih malang apabila dia masih tidak melepaskan aku. Malah, dia bertindak kasar membuka tudung aku dengan paksa. Sampai rosak manik tudung, tidak cukup itu dia menunjal kepalaku sehingga terhentak kembali ke dinding. Perit dan sakit sangat.

Rambutku direntap kuat sampai aku terdongak. Telingaku didekati rapat dengan bibirnya.

"Berani kau melawan. Tunggu setan aku datang, kau tak boleh lawan lagi, bodoh!"

Dia herdik aku dan menolak tubuhku jatuh ke lantai. Aku rasa aku bakal jadi penghuni hospital bahagia nanti. Ya Allah, tolong aku. Tak sedar, badanku tergigil sendiri. Aku takut. Macam mana aku nak kuat?

Baru nak bangun, aku nampak kaki Ash menapak masuk ke dalam bilik air.

Tangannya terhulur padaku tiba-tiba.

Aku keliru. Dia nak tolong aku, atau apa ni?

"Jangan perasan. Aku nak handphone kau. Handphone aku cari tak jumpa tadi."

Memandangkan aku masih takut dengan kejadian tadi, aku hulur saja handphone aku.

Selang beberapa saat, handphone aku terbaring kaku dilempar Ash di tepiku.

Daguku didongakkan dengan tangan dia. Matanya menikam anak mataku yang sedikit berair.

"Rizq kau dah takde lagi. Kau better shut up, jadi isteri aku sampai kau mampus!"

...

Writer's comment : Ash ni mmg betul2 evil ke?

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now