Bab 17 : Tiahani?

3.5K 237 164
                                    

Malam itu, aku duduk bersimpuh di atas lantai. Aku sedar aku siapa, mana layak nak duduk atas sofa atau katil dia tu. Aku sekadar termenung merenung lantai kerana tiada apa boleh aku lakukan selain itu. Nak belek handphone, dah ranap berkecai.

Hmm. Nasib aku bila nak jadi baik ye? Telinga aku masih lagi berdengung dengan suara kasar Ash petang tadi.

"Rizq dah takde. Just shut up, jadi isteri aku sampai mampus!"

Sungguh, aku terkejut. Amaran itu, kejam. Padahal sebelum ini, dia kata nak lepaskan aku. Tapi, sekarang suruh jadi bini dia sampai mampus? Bila nak tunggu aku mampus? Ke dia nak bunuh aku?

Aduh, malas nak fikir. Kepala Ash tu bukan boleh ditebak. Kepala ular berbelit agaknya, cakap semalam lain. Cakap hari ni lain. Dah biul!

Kelibat dia keluar dari bilik air membuatkan aku tahan nafas. Mana tidaknya dia selamba macam petang tafi tidak berbaju dan bertuala sahaja. Apa kena entah nak selamba sangat macam tu? Geli tahu tak, asyik tayang body dia tu. Ingat aku terliur sangat, ke?

Bayang dia terasa mendekati aku, tatkala kaki dia selamba berpijak di lantai tempat aku cucukkan pandangan. Relaks lah, kalau dia nak apa-apakan aku lagi. Ada pisau dalam kocek, kau toreh je muka dia. Bisikku cuba cucuhkan sumbu keberanian. Mana boleh menyerah macam tu sahaja. Ini aralah, Ara pantang mengalah!

"Sedap sangat duduk lantai ni? Kau ingat duduk jauh macam ni kau boleh terlepas daripada aku?"

Gulp! Kesat pula air liur. Masih awal lagi nak takut, Ara! Jangan takut setan tu! Jangan takut!

"Kau bisu dah? Mana mulut?" tegur Ash sambil duduk mencangkung. Rambut aku di kuis-kuisnya, dan setiap helaian itu dicium baunya.

Aku terkejung kejap. Sewelnya Ash! Apa dia cuba buat ni?!

Tangannya aku tampar dan segera aku tolak batang tubuh si gatal itu. Aku bingkas bangun, dan destinasi aku ke toilet. Tempat itu sahajalah aku dapat fikir untuk larikan diri.

"Kau kasar sangat, kenapa?! Kau tahu tak sekarang ni kau isteri, aku?!" Jerkah Ash kuat. Entah sejak bila Ash mendekat, rambutku direntap seperti petang tadi. Namun, kali ini tidak sekeras itu.

"Apa kau cuba buat ni, Ash? Kenapa kau nak sentuh-sentuh aku? Kau kata kau nak ceraikan aku! Apa motif kau sebenarnya?!" Tidak mahu kalah, aku hamburkan amarah yang semakin membebankan perasaan. Aku bencilah diperlakukan dan diperbodohkan begini. Apa mahu dia, sebenarnya?

"Kau jangan harap akan dengar lafaz cerai dari mulut, aku! Better, kau tunduk dengan kemahuan aku! Kau tu isteri aku! Aku berhak ke atas kau! Suka hati akulah nak sentuh ke, atau nak buat apapun dekat kau, bodoh!" Pipi aku ditampar kuat. Pedih. Aku cuba mengangkat tangan, untuk membalas. Namun sia-sia, dia bertindak mencengkam kedua belah tanganku. Aku cuba meronta macam nak gila, tetapi dia lebih awal bertindak memeluk aku daripada belakang. Aku dah terpenjara. Ya Allah, tolong aku.

"Relax. Jangan gelabah. Aku bukan binatang. Aku manusia, Ara. Hahaha. Kau tak payah nak takut sangat. Aku belum gila lagi. Aku tak gila. Taste aku masih lagi perempuan cantik, semestinya bukan, kau!"

Dia lepaskan pelukan dan memaparkan senyuman sinis. Senyuman jijik sambil melihat aku atas bawah. Entah, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Aku sedar tu semua, dan aku pun tak ingin dengan jantan keparat macam dia! Taste aku pun bukan mamat setan! Taste aku sweet and charming macam Rizq. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak mintak, aku pun lagi tak hingin. Eh, main hentam je peribahasa.

...

Aku tidur kat lantai je malam ni, beralaskan karpet. Bantal pun tiada. Tengok muka setan tu atas katil, memang tak lah aku nak tidur sebelah dia. Aku tahu dia tak mungkin nak apa-apakan aku, tapi tahulah kan manusia mesti sengaja nak ambil kesempatan. Dia mungkin akan main-mainkan aku macam sejam yag lepas.

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √Where stories live. Discover now