PROLOG

30.4K 853 8
                                    

Qaira Mellisa melemparkan senyuman ke arah Adam Hazim yang sedang berdiri di seberang jalan. Lelaki sasa itu segak dalam kemeja putih yang dipadankan bersama seluar berwarna hitam. Lambaian Adam dibalas laju. Adam Hazim ialah satu-satunya lelaki yang bertahta di hatinya dari dulu, kini dan selamanya.

"Tunggu kat situ! Saya datang!" laung Adam. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan memastikan tiada kereta yang lalu lalang dan membenarkannya melangkah ke arah Qaira.

"Hati-hati! Saya tunggu awak!" balas Qaira separuh menjerit memikirkan suaranya mungkin tidak jelas di pelupuk pendengaran Adam nanti. Mereka berjanji untuk makan malam bersama. Oleh sebab itu, Adam terus datang menjemputnya setelah pulang dari pejabat.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, Adam mula mengatur langkah ke seberang jalan menuju ke arah Qaira. Dia sudah memastikan bahawa jalan raya yang dilalui selamat untuknya melintas. Matanya tertumpu ke arah Qaira yang masih setia melemparkan senyuman. Cantik!

Jantung Qaira berdegup dengan laju tatkala matanya menangkap sebuah Perodua Myvi meluncur laju di atas jalan. Qaira tahu bahawa Adam tak perasan tentang kehadiran kereta itu yang secara tiba-tiba muncul. Qaira tidak dapat berfikir panjang dan apa yang terdapat di dalam fikirannya sekarang ialah Adam. Dia perlu selamatkan Adam!

Pitttttttttt!!!!!!!!

"Adam" !!!!

Jeritan Qaira bergema di telinga Adam. Matanya menangkap kesilauan cahaya terang yang menusuk terus ke dalam anak matanya. Adam dapat merasakan badannya melayang buat seketika sebelum belakang badannya menghempas permukaan jalan yang berbatu. Dahi Adam berkerut menahan kesakitan yang menjalar ke seluruh badannya. Adam membuka mata dengan laju apabila teringatkan Qaira. Adam terpana apabila matanya menangkap tubuh Qaira terbaring di tengah jalan dan Adam mendapati ada limpahan darah berdekatan Qaira.

"Qaira,.." Adam merangkak mendekati Qaira. Tangan kasarnya diletakkan ke atas pipi Qaira yang disimbah dengan darah.

"Tolong. Tolong!!" Adam menjerit meminta pertolongan namun jeritannya sia-sia kerana tiada sesiapa pun yang ada di situ kecuali mereka berdua. Pemandu kereta tadi juga telah melarikan diri ketakutan.

"Adam,. pandang saya,..." Qaira menyentuh wajah Adam menggunakan kudratnya yang masih berbaki. Air mata Qaira mengalir laju menahan kesakitan yang semakin lama semakin menguasai dirinya.

"Qaira, tolong bertahan demi saya. Tolong bertahan, saya tahu awak seorang yang kuat, saya merayu." Sendu Adam mula berlagu. Air matanya turut tumpah. Sungguh dia takut kehilangan Qaira. Adam tak boleh hidup tanpa nafas Qaira. Tak boleh!

"Adam, boleh....awak janji sesuatu dengan saya? Anggaplah, ini sebagai permintaan terakhir saya. Boleh?" Qaira menatap wajah sayu Adam. Dia tahu dia tak dapat diselamatkan lagi. Dia tahu masanya telah tiba.

"Apa dia sayang?" Adam membawa Qaira ke dalam pelukannya. Dia memeluk Qaira seeratnya.

"Kalau saya pergi,,, cari Qaseh Mikayla. Dia ialah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuk awak. Dia ialah wanita yang ditakdirkan mencintai awak sehingga ke Jannah. Qaseh Mikayla ialah takdir awak, bukannya Qaira Mellisa. Janji dengan saya, awak akan berkahwin dengan dia. Janji Adam,.. " Qaira menuntut janji Adam. Dada Qaira turun naik menahan nafas yang semakin sesak menghimpit dadanya.

"Mengucap Qaira.... "Adam tahu Qaira akan meninggalkannya.

Buat seketika, dunia Adam seakan berhenti berputar. Mata Qaira mula terkatup rapat dan pegangan Qaira di tangannya semakin lemah dan melurut jatuh. Adam sedar akan satu hakikat, hakikat di mana membawa separuh jiwanya pergi dibawa angin. Qaira Mellisa telah pergi buat selamanya.

QAIRA!!!

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now