BAB 6

17K 579 9
                                    

Zahrah menekan loceng di kondominium milik Syafiq. Tangannya membimbit satu beg kertas yang berisi lauk pauk masakan Puan Marina. Ada kari ikan, kailan goreng dan semangkuk bubur kacang. Dia diminta oleh Puan Marina untuk menghantar lauk ke rumah Syafiq. Zahrah tidak dapat menolak walaupun dia kurang senang berduaan dengan Syafiq. Zahrah rela dalam terpaksa!

"Nah! Mama bagi." Beg kertas ditayangkan di hadapan muka Syafiq sebaik sahaja Syafiq menarik pintu dari dalam. Cepatlah ambik, arah Zahrah. Dia nak balik sekarang!

"Apa ni?" Syafiq mengintai ke dalam beg kertas yang sudah pun berpindah ke dalam genggamannya. Muka Zahrah dikerling sekilas. Dia dapat menghidu bau kari yang menyebabkan perut kosongnya kembali bergendang meminta diisi.

"Lauk-pauk untuk kau makan. Nasi mama suruh kau masak sendiri. Faham! Dahlah, aku nak balik," jawab Zahrah laju. Baru beberapa langkah, jalannya dihalang oleh tubuh sasa Syafiq. Nasib baik dia sempat berhenti sebelum kepalanya terhantuk pada dinding iaitu dada Syafiq. Fuh, lega!

"Tunggu dulu! Aku nak tanya kau sikit," ucap Syafiq. Dia perlu tahu keadaan Qaseh. Sejak kebelakangan ini, Syafiq mengesan perubahan Qaseh. Di klinik, Qaseh banyak termenung dan kurang bercakap dengannya. Ditanya sepatah, dijawab sepatah. Mulut becok Qaseh hilang fungsi begitu sahaja.

"Qaseh dah tahu ker pasal wasiat tu? Aku tengok dia lain macam sekarang? Qaseh dah jumpa dengan Adam?" Bertalu-talu soalan dikemukakan oleh Syafiq. Dia ingin tahu apa yang telah menimpa adik kesayangannya itu. Ketika Puan Marina memberitahunya berkenaan wasiat tersebut, Syafiq tahu bukan mudah untuk Qaseh menerima. Syafiq akui, Adam seorang yang baik, namun belum tentu lelaki yang bergelar CEO itu akan menerima Qaseh sepenuh hati.

"Dah, Qaseh dah tahu dan dia dah jumpa dengan Adam. Sekarang, kita hanya perlu tunggu keputusan Qaseh. Dia terima atau tak, bergantung kepada Qaseh. Walaupun ini soal wasiat, kita tetap tak boleh paksa Qaseh berkahwin dengan Adam sekiranya dia menolak," jelas Zahrah. Kedua-dua belah tangannya disilangkan di dada. Sekali-sekala, wajah Syafiq dikerling.

"Patutlah! Aku pun tak tahu nak buat apa dah sekarang. Aku harap Qaseh buat keputusan yang terbaik buat diri dia sendiri, bukan kerana fikirkan perasaan mama, Qaira atau sesiapa pun." Syafiq bersetuju dengan Zahrah.

"Dahlah, aku nak balik." Zahrah tetap mempertahankan kehendaknya. Dia betul-betul tidak boleh berlama di situ.

"Terima kasih Zahrah sebab kau dah hantarkan lauk ni," ucap Syafiq. Senyuman manis terukir sehingga pipi Zahrah kemerahan.

"Yelah, sama-sama. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam," balas Syafiq. Dia pula bergegas ke dapur. Lapar!

***************************************************************************************************

***************************************************************************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(outfit Qaseh)

Daripada beranda bilik, Qaseh dapat melihat Adam bersama ibu bapanya serta seorang lagi lelaki. Qaseh melarikan pandangan apabila Adam mendongakkan kepala dan memandangnya yang sedang berdiri di tingkat atas. Setelah itu, Qaseh keluar daripada biliknya dan teragak-agak untuk menuruni tangga.

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now