BAB 5

17.4K 566 27
                                    

Tidak sampai tiga puluh minit memandu, Qaseh akhirnya tiba di tanah perkuburan. Selendang hitam yang diletakkan di dalam beg tangan dikeluarkan. Selendang lebar itu dibuka lipatannya dan diletakkan di atas kepala. Sebaik sahaja mematikan enjin, Qaseh keluar daripada perut kereta BMW miliknya.

"Assalamualaikum, Kak Qaira," ucap Qaseh separuh berbisik. Dia duduk bercangkung dan menyentuh nisan putih.

"Qaseh datang, tapi Qaseh tak boleh lama-lama sebab Qaseh perlu masuk kerja. Kalau kakak nak tahu, sekarang Qaseh kerja dengan abang. Qaseh seronok sangat kerja dekat sana. Nanti kalau Qaseh ada waktu lapang, Qaseh akan datang lagi," cerita Qaseh. Tangan ditadahkan lantas mulut Qaseh terkumat-kamit membaca surah al-fatihah.

"Qaseh perlu pergi, inshaallah Qaseh datang lagi. Assalamualaikum." Qaseh berdiri semula. Selendang yang jatuh ke bahu dibetulkan kedudukannya. Qaseh mengenggam kemas tali beg tangan yang digantungkan di atas bahu kanannya.

Sejurus Qaseh berpaling, matanya bertemu dengan sepasang mata yang cukup dikenali, siapa lagi kalau bukan Adam Hazim. Sebenarnya, sejak dari tadi lagi Adam memerhatikan Qaseh di kubur Qaira. Dia tidak sangka akan berjumpa dengan Qaseh di sini.

"Kita perlu berbincang." Adam bersuara tegas. Dia memang memasang niat untuk berjumpa dengan Qaseh petang nanti. Dia juga telah dimaklumkan bahawa Qaseh telah mengetahui berkenaan wasiat Qaira. Dia berterima kasih kepada Puan Marina yang telah mempermudah usahanya.

Qaseh mengangguk tanda bersetuju. Dia perlu berhadapan dengan Adam untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Qaseh dapat merasakan jantungnya berdegup kencang tatkala melihat Adam, namun Qaseh menguatkan diri sendiri.

Ya Allah, beri aku kekuatan! Doa Qaseh di dalam hati.

Dari tanah perkuburan, Qaseh dan Adam memandu menuju Taman Tasik Titiwangsa. Qaseh telah mendapatkan keizinan Syafiq untuk datang lewat ke klinik dengan alasan berjumpa dengan kawan lama dari London. Sepanjang pemanduan, Qaseh tak habis fikir apa yang akan berlaku? Ketenangan tidak lagi mendampingi Qaseh.

Bagi Adam pula, walaupun sukar untuk memandang Qaseh, Adam tetap melawan perasaannya. Adam sedar yang mungkin dia akan tertukar Qaseh dengan Qaira. Susah atau senang, semuanya perlu diselesaikan secepat yang mungkin kerana tarikh perkahwinan semakin dekat.

Qaseh halakan pandangannya ke arah tasik yang luas terbentang. Qaseh dapat rasakan dirinya dihantui gelisah apabila Adam berdiri di sebelahnya sahaja. Adam pula mengerling Qaseh dengan ekor mata. Kedua-dua belah tangan Adam masukkan ke dalam poket seluar. Adam memejamkan mata mencari kekuatan untuk bersuara.

"Aku nak kau kahwin dengan aku!" ucap Adam terus jujur. Dia perasan Qaseh tersentak dengan kata-katanya.

Qaseh memberanikan diri untuk membalas pandangan Adam dengan mata yang berkaca. Entah kenapa dia menjadi begitu lemah setiap kali isu perkahwinan dibangkitkan. Qaseh yakin kini bahawa Adam sedar yang dia tidak sekuat Qaira. Qaseh akui dia wanita yang lemah dan mudah banjir dengan air mata.

"Saya perlukan waktu untuk buat keputusan. Permintaan Kak Qaira terlalu berat bagi saya. Lagipun, ini melibatkan masa hadapan saya. Jadi tolong, beri saya ruang untuk saya berfikir. Saya harap awak tak ganggu saya lagi selepas ini, saya terima atau tak, saya akan beritahu mama," jawab Qaseh. Tanpa disuruh, Qaseh mula mengatur langkah. Dia ingin pergi sebelum drama air mata ditayangkan di hadapan Adam.

"Aku nak kau tahu yang perkahwinan ini bukan atas dasar cinta. Aku cintakan Qaira dan tidak akan ada sesiapa pun yang akan mengambil tempatnya di hati aku, termasuk kau walaupun kau dan dia seiras. Jadi, aku nak sebelum kau buat keputusan, kau sedia maklum pasal hal ini. Aku tak nak kau salahkan aku nanti. Tapi, apa yang aku tahu, aku nak kau terima. Kahwin dengan aku, demi Qaira!" laung Adam tanpa mempedulikan perasaan Qaseh. Adam mementingkan diri sendiri.

Adam melihat Qaseh sehingga bayangan tubuh kecil itu hilang daripada pandangannya. Adam perasan, bahu Qaseh terhinjut-hinjut. Dia tahu Qaseh menangis kerana kata-katanya.

Qaseh berjalan, berjalan dan terus berjalan sehingga jauh daripada Adam. Qaseh melabuhkan punggung ke atas bangku berdekatan kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat melangkah lagi, tubuh badannya juga hilang kekuatan. Qaseh menyembunyikan wajahnya ke atas lutut lalu tangisan dihambur di situ. Qaseh tidak mempedulikan lagi pandangan orang lain terhadapnya.

Apa yang Qaseh perlu buat, Kak Qaira. Qaseh merintih di dalam hati. Kata-kata Adam terngiang kembali.

 Kata-kata Adam terngiang kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(outfit Qaseh)

*****************************************************************************************************

Pada malam itu, tepat jam tiga pagi, Qaseh tersentak daripada lenanya. Dengan itu, Qaseh bangun dan mengambil wuduk di dalam bilik air. Dia ingin menunaikan solat sunat istikharah sebagaimana yang dicadangkan oleh Zahrah. Di dalam setiap sujudnya, Qaseh memohon petunjuk Allah. Sesungguhnya, dia betul-betul kusut dan buntu.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu Ya Allah. Jika benar Adam Hazim ialah jodoh yang kau aturkan untukku, jika dialah yang terbaik untukku, kau bukakanlah hatiku untuk menerimanya. Kau berikanlah ketenangan kepadaku untuk menunaikan permintaan Kak Qaira. Namun, jika dia bukan tercipta untukku, kau permudahkanlah urusan kami untuk menyelesaikan konflik yang timbul. Ya Allah, selama ini aku mengharapkan hadirnya seorang lelaki sebagai suami di sampingku. Sekiranya Adam ialah lelaki itu, aku tidak dapat menolak. Kau dengarlah doaku ini Ya Allah."

Qaseh meraup muka, kini, dia berserah segalanya kepada Yang maha Esa. Qaseh akan menerima segalanya dengan hati yang terbuka, Qaseh juga telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan termasuklah kemungkinan bergelar isteri kepada Adam Hazim, sebagai pengganti Qaira. Bukan pengganti di hati, tetapi sekadar pengganti di atas surat nikah.

Saat Qaseh membuka mata, bayangan Qaira singgah. Qaseh melihat kakak kembarnya itu cantik dalam persalinan jubah putih. Apabila Qaseh mengangkat tangannya, ingin menggapai tangan Qaira, bayangan itu menghilang. Qaseh sendirian di dalam bilik yang bercahayakan cahaya bulan itu.

"Kak Qaira," bisik Qaseh perlahan. Qaseh merebahkan tubuhnya ke atas sejadah lantas mata yang berat dipejamkan perlahan. Qaseh dibawa ke dunia mimpi dengan harapan menemui Qaira di sana.

JANGAN BENCI ADAM OKAY! HAPPY2 JER

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now