BAB 1

24.9K 818 9
                                    

Sudah tiga hari Qaira pergi daripada hidup Adam. Tiga hari jugalah lena lelaki berumur 25 tahun itu diganggu dengan peristiwa hitam dalam hidupnya. Suara Qaira yang meminta dia mengahwini Qaseh Mikayla juga masih setia berngiang di telinganya. Ketenangan dan kebahagiaan yang menghuni hilang tanpa diketahui destinasi.

"Qaira,.. saya rindukan awak. Terlalu merindui awak," luah Adam. Hatinya luluh setiap kali memikirkan Qaira yang terkorban kerana mahu menyelamatkannya. Adam juga kecewa kerana pemandu kereta itu masih tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Pemandu kejam itu menghilang dalam sekelip mata.

Selepas bersarapan, Adam terus memecut kereta BMW miliknya menuju ke tanah perkuburan. Sudah menjadi rutinnya untuk melawat kubur Qaira setiap pagi. Tanah perkuburan masih lengang dan angin pagi terasa begitu dingin.

"Assalamualaikum cinta," ucap Adam. Tikar yang dibawa dibentangkan sekadar muat untuknya duduk sendirian di situ. Surah Yaasin yang dialukan oleh Adam memecah kesunyian.

"Hari ini, saya mimpi lagi. Mimpi di mana awak datang kepada saya dan memohon saya mengahwini Qaseh Mikayla. Saya tak sangka yang awak telah mencari pengganti awak di sisi saya sebelum pergi," bicara Adam sendirian sambil batu nisan yang terpahat nama Qaira digenggam utuh.

" Qaira, kenapa awak seksa saya macam ni. Awak pun tahu awak satu-satunya perempuan yang akan bertahta di hati saya, tak mungkin ada nama lain. Nama awak tak akan terpadam begitu mudahnya daripada diri saya. Qaira,.. awak terlalu berharga dan tiada galang gantinya." Mata Adam mula berkaca. Mindanya membayangkan senyuman manis sang kekasih hati.

"Saya terkilan awak pergi kerana selamatkan saya. Kalaulah hari tu saya berhati-hati, tentu awak masih ada di sisi saya, dan kita akan bergelar suami isteri tak lama lagi. Saya sedar soal ajal dan maut adalah aturan Allah S.W.T. tapi saya kecewa dengan diri saya sendiri sebab saya tak mampu melindungi awak."

"Saya minta maaf Qaira, minta maaf," Adam separuh merayu. Wajahnya diraup kasar. Walau sekuat mana penyesalan, waktu yang berlalu tak boleh diputar kembali. Waktu akan tetap pergi tanpa kita dapat menghalang.

*******************************************************************************************************

Tombol pintu bilik Qaira dipulas oleh Puan Marina dari luar. Puan Marina ingin membersihkan apa yang patut. Walaupun bilik besar itu mungkin tidak berpenghuni lagi selepas ini, namun Puan Marina tetap ingin menjaga kebersihan bilik itu. Bilik yang didiami oleh Qaira merupakan salah satu kenangan daripada Qaira untuknya. Di bilik itu, mereka selalu menghabiskan masa bersama, berkongsi cerita, duka dan bahagia, dan semuanya.

Puan Marina melangkah ke arah katil Qaira. Bantal yang masih lagi menerbitkan haruman rambut separas bahu milik Qaira ditepuk berkali-kali walaupun bantal itu bebas daripada debu. Cadar yang sedia kemas ditarik dan dibetulkan sedikit agar kelihatan lebih rapi. Tindak-tanduk Puan Marina terhenti seketika apabila matanya menangkap gambar Qaira. Gambar itu diambil ketika Qaira menyambut hari lahirnya yang ke-24 yakni setahun yang lalu.

Cantiknya anak mama, patutlah Adam masih tak dapat lupakan Qaira, gerutu Puan Marina sendirian. Puan Marina tersenyum dan seperti membalas senyuman Qaira. Gambar itu dibawa ke dalam pelukannya. Rasa sebak yang mula menguasai dikawal sehabis baik oleh Puan Marina.

"Puan Marina," panggil Mak Embun dari muka pintu. Mak Embun merupakan pembantu bagi keluarga itu dan telah berkhidmat sejak Qaira masih dalam perut Puan Marina lagi.

Puan Marina memusingkan badan menghadap si pemanggil. Gambar Qaira pula diletakkan kembali ke atas meja.

"Kenapa, Embun?" jawab Puan Marina. Pintu bilik Qaira ditarik dan ditutup rapat kembali.

"Adam datang nak jumpa puan. Dia tunggu puan dekat halaman depan. Daripada air muka dia tu nampak macam ada benda penting nak bincang dengan puan. Puan turunlah, kesian dia tunggu puan, jelas Mak Embun." Dia menuruni tangga beriringan dengan Puan Marina. Rasanya, inilah kali pertama Adam bertandang ke banglo itu setelah Qaira meninggal. Kali terakhir Mak Embun ternampak Adam adalah pada hari pengebumian Qaira.

"Hmm, yelah. Saya pergi jumpa dia dulu. Awak pergi buatkan air ya. Bawa sekali kek coklat yang saya buat pagi tadi," arah Puan Marina. Mak Embun mengangguk menandakan dia akan melaksanakan arahan Puan Marina. Setelah Mak Embun ke dapur, Puan Marina menyarungkan sandalnya.

"Adam," panggil Puan Marina. Senyuman manis diukir apabila matanya bertemu dengan mata hitam milik Adam.

"Assalamualaikum Mak Cik, sihat?" sapa Adam. Tangan kanan Puan Marina digapai dan disalami sebagai tanda hormat.

"Alhamdulillah, Mak Cik sihat, duduklah dulu. Nanti Mak Embun bawakan air. Adam macam mana? Sihat?" soal Puan Marina. Kerusi ditarik lantas punggung dilabuhkan. Adam pun telah mengambil tempat di sebelahnya.

"Sihat, Alhamdulillah," gerutu Adam. Fizikalnya memang sihat, tetapi bukan jiwa dan emosinya.

"Sebenarnya, ada sesuatu yang Adam nak tahu daripada Mak Cik. Maaf Mak Cik kalau Adam tanya, siapa Qaseh Mikyla?" Akhirnya, Adam melontarkan persoalan yang terbuku selama ini. Dia berharap pilihannya untuk bertanya kepada Puan Marina adalah tepat. Semoga Puan Marina mempunyai jawapan bagi soalannya tadi.

Puan Marina terdiam dan dia menunduk seketika. Nafas panjang ditarik lalu dihembus lambat-lambat. Puan Marina merasakan dia perlu menjelaskan kepada Adam. Adam pula masih sabar menunggu jawapan daripada bibir wanita yang seusia dengan mamanya itu.

"Qaseh Mikayla, dia adalah kembar Qaira. Qaseh Mikayla ialah adik kembar arwah Qaira Mellisa. Kedua-dua mereka ialah anak perempuan Mak Cik dan arwah Pak Cik Mustafa." Puan marina berterus-terang dengan Adam. Itulah hakikat yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan Adam dan semua orang.

"Kembar?!" Adam terkejut besar. Kenapa arwah Qaira tidak pernah memberitahunya bahawa dia mempunya kembar? Persoalan itu berlegar di benak Adam.

"Memang selama ini Mak Cik tak izinkan Qaira beritahu semua orang yang dia ada kembar. Mak Cik lakukan semua ini bersebab, Adam. Tapi, Mak Cik minta maaf sebab Mak Cik tak boleh beritahu Adam alasan Mak Cik." Puan Marina benar-benar berharap Adam akan faham kerana dia mempunyai alasan yang kukuh.

"Mak Cik, sebenarnya sebelum arwah Qaira meninggal, dia suruh Adam berjanji yang Adam akan berkahwin dengan seorang perempuan bernama Qaseh Mikayla. Setiap hari, peristiwa itu menghantui tidur Adam. Adam tak sangka, Qaseh Mikayla ialah kembar Qaira sendiri,.." Adam bersandar lemah pada kerusi.

"Mak Cik tahu. Beberapa hari sebelum kemalangan, Qaira pun pernah beritahu Mak Cik pasal semua ini. Qaira seperti tahu bila dia akan pergi, Mak Cik pun tak sangka dia membuat keputusan sebegini. Mak Cik tak boleh buat apa-apa memandangkan ini keinginan Qaira." Kata-kata Qaira masih segar dalam ingatannya. Dia perlu menyatukan Adam dan Qaseh secepat yang mungkin.

"Di mana dia sekarang?" tanya Adam ingin tahu.

"Sebenanya, Qaseh dah lama tinggalkan Malaysia. Semasa dia berumur 15 tahun, Mak Cik hantar dia ke London. Sekarang, dia masih di London bersama ibu saudara dia dan anak angkat Mak Cik dan Pak Cik, Zahrah, ujar Puan Marina." Teringatkan Qaseh, dia rasa terkilan kerana Qaseh tak sempat memeluk dan mencium jenazah Qaira buat kali terakhir.

"Bila dia balik?" tanya Adam lagi dengan suara yang sedikit bergetar. Apakah reaksinya apabila bertemu Qaseh nanti? Adam tidak mempunyai sebarang jawapan.

"Tak lama lagi." Semalam Puan Marina ada menelefon Qaseh, dia dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

"Adam akan jumpa Qaseh tak lama lagi." Puan Marina tahu Adam gelisah menunggu hari itu. Namun, Qaseh tetap akan kembali ke tanah air dan lambat-laun Adam dan Qaseh tetap akan bertemu. Mereka berdua tak boleh lari.

OPPS!! QASEH AKAN BALIK MALAYSIA!!!OMG!!

JANGAN LUPA KOMEN AND VOTE

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now