BAB 3

20K 529 7
                                    

Qaseh melangkah dengan kaki yang lemah mendekati makam Qaira. Zahrah yang berjalan di belakang Qaseh turut merasakan kesedihan yang Qaseh lalui. Tangan Zahrah pantas menangkap bahu Qaseh apabila melihat tubuh Qaseh mula hilang keseimbangan. Qaseh tidak dapat melihat dengan jelas akibat dikaburi oleh air mata. Semakin tubuh Qaseh menghampiri makam Qaira, Qaseh dapat rasakan dadanya semakin pedih seperti ditusuk oleh sembilu.

"Kak Qaira,. Qaseh datang ni,.. Kak Zahrah pun datang, Qaseh minta maaf sebab Qaseh datang lambat, Qaseh tak sengaja... Qaseh minta maaf sebab Qaseh tak sempat peluk dan cium akak sebelum akak pergi... Qaseh minta maaf," luah Qaseh dengan batu nisan dalam pelukan. Qaseh membayangkan dia memeluk Qaira walaupun pada hakikatnya bayang Qaira pun dia tidak dapat lihat lagi.

"Tapi.. apa yang Qaseh boleh buat? Walau dengan air mata darah sekalipun, Kak Qaira tak akan kembali ke pangkuan kami lagi. Kalau Kak Qaira nak tahu, kami semua masih merindui Kak Qaira, tak sangka seawal ini akak dijemput Ilahi," tutur Qaseh. Buat seketika, air mata di pipinya semakin kering. Zahrah kelegaan kerana sendu Qaseh mula berhenti. Zahrah memberikan senyuman kecil ketika Qaseh mengerlingnya.

"Kak Qaira, Qaseh doakan akak tenang di sana. Akak dan papa mesti tunggu kami semua supaya nanti, kita sekeluarga melangkah masuk ke syurga Allah sama-sama." Qaseh mengukir senyuman. Tanah merah di hadapan digenggam sekuatnya. Dia perlu kuat jika tidak mahu membebankan Qaira di alam sana. Lagipun, tidak elok merintih kerana orang yang tak akan kembali.

"Qaseh, jom kita baca surah yaasin, ya. Nanti kalau dah panas susah. Lagipun, kita tak boleh lama-lama kat sini. Kesian mama dengan Mak Embun, tak ada orang kat rumah." Zahrah bersuara akhirnya. Dia ingin memberikan ruang kepada Qaseh untuk melepaskan rindunya kepada arwah Qaira. Satu surah yaasin diletakkan ke atas tapak tangan Qaseh.

Qaseh mengangguk kecil. Qaseh dan Zahrah mengalunkan surah yaasin seperti yang mereka cadangkan. Selesai membaca surah yaasin, Qaseh dan Zahrah menabur bunga disertakan dengan siraman air mawar ke atas kubur Qaira.

"Qaseh dan akak Zahrah balik dulu. Inshallah, kalau ada masa, kita orang akan datang lagi," ucap Qaseh sebelum meninggalkan tanah perkuburan itu bersama Zahrah.

Sebaik sahaja menghidupkan enjin, Zahrah terus memecutkan kereta yang dipandu membelah jalan raya meninggalkan kawasan perkuburan. Hari ini, dia bertindak sebagai pemandu Qaseh kerana Qaseh masih belum biasa dengan jalan raya di Malaysia. Zahrah membetulkan selendang yang telah pun melurut jatuh ke bahu. Qaseh yang asyik melihat ke bahagian luar dikerling dengan ekor mata.

"Semasa mama telefon akak, mama beritahu yang Kak Qaira kemalangan sebab nak selamatkan tunang dia kan? Tapi, siapa tunang Kak Qaira? Akak kenal tak ? Yelah, dulu masa majlis pertunangan Kak Qaira, kita berdua tak dapat balik. Gambar yang Kak Qaira hantar pun hanya gambar dia dengan mama, takde pun gambar lelaki tu. Akak kenal siapa dia?" tanya Qaseh dengan penuh minat. Kadang-kadang, Qaseh merasakan Qaira seperti ingin menyembunyikan identiti lelaki itu daripadanya. Namun,sangkaan negatif itu segera ditempis. Fikir Qaseh, mungkin Qaira mempunyai alasan yang tersendiri.

"Qaseh, kalau Qaseh tak tahu, akak lagilah. Nama pun akak tak pernah dengar, inikan rupa, biodata. Memang tak tahulah Cik Qaseh oi! Tunggulah, Qaseh. Akak yakin yang Qaseh akan jumpa dia satu hari nanti, percaya pada akak," ulas Zahrah. Sama seperti Qaseh, Zahrah tahu yang Qaira mungkin ada sebab sendiri.

"Takpelah kalau macam tu," tutur Qaseh lemah tetapi bukan kerana kecewa. Belakang badannya disandarkan pada kerusi. Mata yang memberat mula layu dan lama-lama terkatup rapat.

********************************************************************************************************

Sebaik sahaja turun daripada kereta, Qaseh terus berlari anak ke arah Syafiq yang menantinya di hadapan klinik. Hari ini, secara rasminya Qaseh akan menjadi salah seorang pekerja abang kandungnya itu. Setahu Qaseh, Syafiq dibantu oleh dua orang jururawat. Qaseh cukup bangga dengan Syafiq yang berjaya membuka klinik sendiri dalam usia yang masih muda. Tambahan pula, klinik Syafiq agak besar sekali gus melesetkan sangkaan Qaseh yang selama ini menyangka klinik abangnya itu merupakan klinik biasa-biasa sahaja.

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now