BAB 2

22.1K 647 18
                                    

Hari ini merupakan hari yang sangat bahagia bagi Puan Marina kerana kedua-dua puterinya akan kembali ke Malaysia. Puan Marina berdebar dan pada masa yang sama tidak sabar untuk memeluk Qaseh dan Zahrah. Puan Marina mengemaskan tudung di bahunya. Jam yang berlingkar di tangan dikerling, hampir enam petang! Ini bermakna Qaseh akan sampai tidak lama lagi. Mak Embun yang berdiri di tepi Puan Marina turut merasakan debarannya lalu bahu Puan Marina dipaut. Mereka saling memberi semangat dan kekuatan. Di saat itu juga, sepasang mata Puan Marina tertumpu pada pintu pagar. Puan Marina dan Mak Embun berdiri di muka pintu sambil berharap agar masa akan pantas berlalu kerana mereka tidak terdaya lagi menahan rindu.

Ketika itu juga, sepasang mata tua Puan Marina dan Mak Embun menangkap sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan kediaman mewah itu. Sejurus selepas itu, Puan Marina melihat dua susuk tubuh yang sangat dikenali. Qaseh Mikayla dan Nur Zahrah!

Qaseh Mikayla tidak dapat menahan sebak tatkala matanya menyentuh wajah dan tubuh seorang mama yang telah lama dirindui lantas air matanya mula jatuh menuruni lekuk pipi. Tanpa berlengah, Qaseh berlari anak ke arah Puan Marina. Laluan dari pintu pagar ke pintu rumah tempat Puan Marina berdiri agak panjang. Rambut panjang Qaseh yang dibiarkan bebas melepasi bahu seperti menari tatkala Qaseh melajukan lariannya. Sepasang jeans dan sandal yang dipakai banyak membantu Qaseh untuk berlari.

"Mama!!!"

"Ya Allah, Qaseh, anak mama." Puan Marina merasakan waktu seperti berhenti seketika saat di mana Qaseh jatuh ke dalam pelukannya. Mutiara jernih dari mata Puan Marina jatuh ke atas bahu Qaseh. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya Puan Marina rasakan saat ini. Puan Marina mengetatkan pelukan sebelum kepala Qaseh diusap manja, memeluk Qaseh membuatkan rindu Puan Marina kepada Qaira kembali mekar. Andai Qaira masih hidup, tentu keluarganya telah lengkap sekarang.

"Mama, Qaseh rindukan mama, sangat rindukan mama. Tiap-tiap hari Qaseh rindukan mama. Tak pernah sesaat pun, Qaseh melupakan mama." Qaseh bersuara dalam sendu. Dia menyembunyikan wajahnya pada dada Puan Marina. Bahu Qaseh terhinjut-hinjut dengan kuat.

"Mama pun rindukan Qaseh, sayang." Hanya Allah yang tahu apa yang mama rasakan selama kita berjauhan, luah Puan Marina. Dahi dan kedua-dua belah pipi Qaseh dikucup lembut. Kepala Qaseh diusap sekali lagi semasa Qaseh menunduk dan mencium tangannya. Qaseh juga tidak lupa mendaratkan bibirnya pada dahi Puan Marina.

Selepas Qaseh, giliran Zahrah pula untuk memeluk Puan Marina. Air mata wanita itu jatuh entah untuk keberapa kalinya. Dahi dan kedua-dua belah pipi milik Zahrah turut dikucup sebelum membawa Zahrah dibawa ke dalam pelukan.

"Mama," Zahrah bersuara. Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih dapat merasakan kehangatan kasih dan pelukan seorang wanita yang bergelar ibu.

"Anak mama," Puan Marina menepuk belakang Zahrah. Lagak Puan Marina seperti memujuk Zahrah agar berhenti bersedih.

Mak Embun mengenggam erat tangan Qaseh yang ketika ini berdiri betul-betul di hadapannya. Mak Embun mengusap lembut pipi Qaseh. Wajah Qaseh ditatap dengan mata yang berkaca.

"Anak-anak kita dah balik, Embun," ucap Puan Marina. Mak Embun mengangguk kecil tanda bersetuju.

Terima kasih Allah untuk segalanya! Bisik Qaseh di dalam hati. Penantiannya selama ini akhirnya berakhir. Alhamdulillah!

 Alhamdulillah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now