BAB 10

18.3K 449 14
                                    

"Zahrah, apa pandangan kau tentang Adam?" Syafiq membuka topik perbualan. Dia tertanya-tanya apa pandangan Zahrah tentang Adam. Adakah Adam lelaki yang tepat bagi Qaseh atau sebaliknya?

"Bagi aku, dia seorang lelaki yang sangat setia. Kita semua pun tahu sampai sekarang, dia cintakan Qaira walaupun Qaseh di hadapan mata. Aku selalu berdoa, cinta Adam akan beralih pada Qaseh dan mereka berdua, kekal sebagai sebagai suami isteri sehingga ke syurga. Kenapa kau tanya aku? Kau tak percayakan Adam?" tambah Zahrah lagi.

"Sebab aku percayakan Adamlah aku tak halang Qaseh berkahwin dengan dia. Ishh, kau ni. Jangan fikir yang bukan-bukan pasal aku boleh tak?" Syafiq memberi amaran. Sebagai seorang abang, dia juga mahu melihat Qaseh bahagia. Andai Qaseh terluka, dia juga akan terluka. Dia sayangkan Qaseh lebih daripada nyawanya sendiri dan cukuplah sekadar dia kehilangan Qaira.

"Qaseh dah kahwin. Kau bila lagi? Takkan tak ada calon lagi. Syafiq, ingat sikit. Kau tu dah 28 tahun, bukan muda lagi." Zahrah membangkitkan isu Syafiq yang terus membujang walaupun Puan Marina telah kekeringan air liur untuk memujuk. Setiap kali itu jugalah, Syafiq menjadikan tiada jodoh sebagai alasan.

"Hati aku belum terbuka nak berkahwin. Lagipun, aku belum jumpa perempuan yang aku berkenan. Tunggulah, kalau ada jodoh, aku akan berkahwin suatu hari nanti. Kalau tak ada, aku berserah jerlah. Manalah tahu Allah dah takdirkan aku tak berkahwin seumur hidup," bicara Syafiq. Kesibukan dengan kerjaya menyebabkan Syafiq tidak memikirkan urusan kahwin. Dia tahu Puan Marina inginkan majlis kahwinnya berlangsung, namun Syafiq tidak boleh memaksa diri. Dia belum bersedia.

"Apa kata kau kahwin jer dengan aku. Aku tak kisah jadikan kau isteri. Soal cinta kita fikir kemudian. Amacam?" Syafiq membuat tawaran. Buat apa dia sibuk mencari bunga di luar, sedangkan bunga di taman sendiri kekar mewangi. Hanya perlu dipetik sahaja.

"Jangan mengarut! Aku sanggup jadi andartu asalkan aku tak berkahwin dengan kau. Faham!? Dahlah, malas aku layan kau, baik aku tidur!" Zahrah menolak kerusi ke belakang dengan kasar. Dia berlari menuju ke dalam rumah.

"Aik, merajuk ker! Janganlah merajuk, aku gurau sikit pun nak ambil hati!" jerit Syafiq. Syafiq mendengus kerana Zahrah tidak melayannya. Dia juga mengatur langkah ke dalam rumah. Badan yang kepenatan direhatkan ke atas sofa di hadapan TV. Butang remote control ditekan lalu terlayar satu filem Hollywood.

********************************************************************************************************

"Abang, anak dan menantu saya dah sampai!" tutur Puan Sri Normah keriangan apabila kereta yang dipandu oleh anak tunggalnya, Adam memasuki perkarangan rumah. Tidak lama kemudian, susuk tubuh Adam dan Qaseh yang keluar daripada kereta mula mendekati Puan Sri Normah dan Tan Sri Hamid yang berdiri di muka pintu. Pasangan itu sedang menunggu kepulangan Adam dan Qaseh.

"Assalamualaikum papa, mama," tutur Adam lalu menunduk dan mencium tangan Tan Sri Hamid disusuli tangan Puan Sri Normah. Selepas itu, dia memberi laluan kepada Qaseh untuk bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya.

"Hah Adam! Bawa Qaseh masuk dulu. Nanti tengah hari, kita makan sama-sama. Sementara itu, bolehlah berehat." Tan Sri Hamid mencelah. Dia menarik Puan Sri Normah ke dalam rumah manakala Adam mengeluarkan bagasi kecil milik Qaseh memandangkan Adam dan Qaseh hanya bermalam untuk semalaman.

"Ikut aku," arah Adam tidak terlalu tegas. Dia mendahului Qaseh ke arah tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Bagasi milik Qaseh dibawa sendiri, takkan dia sanggup biarkan Qaseh terkial-kial sedangkan dia boleh menolong. Lagipun, Adam takut Puan Sri Normah dan Tan Sri Hamid fikir yang bukan-bukan. Pada masa yang sama, dia tidak mahu mamanya risau tentang penerimaannya berkaitan Qaseh.

Mata Qaseh melilau ke dalam rumah Adam yang jauh lebih besar dan mewah daripadanya. Dengan lampu chandelier di tengah-tengah, ruang di ruang tamu kelihatan luas dan sangat cantik ditambah lagi dengan set sofa yang elok terletak. Qaseh hanya berjalan di belakang Adam sehinggalah Adam berhenti di dalam satu bilik.

"Ini bilik aku. Kau rehatlah, aku turun bawah kejap." Adam meletakkan bagasi di tepi katil. Dia menutup pintu dan membiarkan Qaseh di dalam bilik sendirian.

Qaseh berkeliaran di dalam bilik Adam sehingga mata Qaseh singgah pada satu gambar remaja lelaki yang terletak di atas meja komputer di sebalik himpunan buku-buku yang dikumpul oleh Adam. Tanpa berfikir panjang, Qaseh menyentuh bingkai gambar tersebut lantas ditatap lama. Firasat Qaseh mengatakan remaja lelaki di dalam gambar itu ialah Adam. Wajah Adam tidak banyak perbezaan dengan sekarang. Tetapi ketika itu juga, Qaseh rasakan matanya berpinar dan kepalanya seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Kesan daripada itu, gambar tersebut terlepas daripada pegangan Qaseh.

Qaseh menekup telinga menunggu kaca pecah apabila menyentuh lantai. Namun, tiada apa yang berlaku dan tidak kedengaran pula bunyi kaca. Qaseh membuka matanya perlahan dan ketika itu juga matanya mengesan sesusuk tubuh yang sangat dikenali olehnya. Siapa lagi kalau bukan Adam!

"Adam, saya," Belum sempat Qaseh menyambung ayat, Adam laju memotong.

"Siapa yang berikan kebenaran kepada kau sentuh barang aku? Nasib baik tak pecah. Kalau pecah, kau nak ganti?" omel Adam. Tuah menyebelahinya kerana sempat menyambar gambar tersebut sebelum terjatuh menyembah lantai. Gambar itu diletakkan kembali ke tempat asal. Adam menyandarkan tubuhnya pada meja sambil berpeluk tubuh.

"Saya minta maaf, saya tak sengaja. Saya terkejut sebab seingat saya, saya pernah nampak gambar yang sama dalam bilik Kak Qaira. Saya minta maaf sekali lagi, saya tak sengaja," pohon Qaseh. Dia baru teringat bahawa gambar Adam semasa remaja pernah dijumpai di dalam bilik Qaira. Qaseh berdiri kaku di hadapan Adam. Nampaknya, dia perlu bersedia menerima kemarahan Adam.

"Qaira pernah cerita pasal aku?" soal Adam ingin tahu apa yang Qaseh sedia maklum berkenaan hubungannya dengan Qaira. Sisi wajah Qaseh yang terpaku pada katil ditatap.

"Qaira tak pernah cerita pasal awak. Apa yang saya tahu semasa saya di London, Kak Qaira bertunang. Gambar awak dengan dia pun saya tak pernah tengok. Saya pun tak tahu kenapa kakak terlalu berahsia dengan saya terutamanya pasal awak," jelas Qaseh. Apabila memikirkan tentang perangai Qaira yang perahsia, Qaseh tidak faham. Kadang-kadang Qaseh sampai terfikir adakah Qaira merahsiakan semua tentang Adam kerana Qaira takut dia akan merampas Adam. Apa yang berlaku pada masa lalu, Qaseh tetap ketepikan. Qaseh akur dengan kehendak Qaira.

"Oh, patutlah. Jadi, kau tak tahulah macam mana aku boleh kenal Qaira?" Adam ingin tahu lagi. Dia juga tertanya kenapa Qaira tidak menceritakan tentangnya kepada Qaseh. Ada kemungkinan juga disebabkan Qaira dan Qaseh tinggal berjauhan dan amat susah untuk berjumpa.

"Tak, saya tak tahu. Tapi, mama pernah cerita yang awak bercinta dengan kak Qaira sejak zaman sekolah lagi. Mama pun beritahu yang awak selalu datang rumah, tetapi hanya saya yang tak nampak awak."

"Aku jatuh cinta dengan dia pada pandangan pertama, dan aku akan pastikan dia akan jadi cinta terakhir aku," luah Adam tanpa sedar ayat-ayat itu menyakitkan Qaseh. Buat kali kedua, Adam keluar daripada bilik itu tanpa menyedari Qaseh tetap berdiri kaku dan menangis terluka.

Qaseh menyapu air matanya. Qaseh sedar dia tidak boleh mengharapkan cinta Adam. Adam begitu dengannya dan Qaseh tahu kedinginan Adam akan berpanjangan sehingga Qaseh sendiri tidak tahu di manakah penghujungnya. Qaseh tidak dapat bayangkan bagaimanakah masa hadapannya sebagai isteri Adam. Oleh kerana itu, dia hanya mengikut waktu dan akan pasrah dengan segala takdir akan datang.

Hai readers, boleh share sampai sini sahaja sebab Takdirku Mencintaimu dalam proses penerbitan, terima kasih sebab sudi baca

Btw, dah ada sambungan kisah Syafiq
Bolehlah singgah baca.

Btw, dah ada sambungan kisah SyafiqBolehlah singgah baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now