❣: 01

1.7K 152 63
                                    

Aku bersembunyi di sebalik rak buku bersedia untuk menakutkan orang.

"Arghhhh!!!!"

"Lari! Lari cepat!!"

"Yah! Janganlah tinggalkan aku! Kau kata nak jalan dengan aku! Yah!!!"

"Weh! Tunggu aku!!!"

"Jangan kejar aku! Kejar kawan aku ni!"

"Yah! Sampai hati kau!"

Aku tersenyum sinis mendengar jeritan yang berkunjung dalam rumah hantu ini.

Suara milik sekumpulan pelajar perempuan itu semakin dekat dengan tempat persembunyianku.

Aku cuba menghayati watak aku sebagai ZOMBIE sebelum menakutkan mereka.

3

2

1

"Ggggrrrrhhhhh!!!!"

Aku menyergah mereka dari belakang apabila mereka melepasi tempat persembunyian aku.

Dengar sahaja sergahan aku, sekumpulan pelajar perempuan itu pecut lari ke arah lain dan tinggalkan seorang rakannya.

Salah seorang dari mereka terduduk kerana terkejut memandangkan dia berada di bahagian belakang sekali dalam kumpulan itu.

Aku mendekati yeoja itu.

"Arghhhhh!!!!" Yeoja itu menjerit apabila melihat aku mendekatinya.

Aku tersenyum gembira kerana aku berjaya menakutkannya.

Aku berhenti membuat suara yang menakutkan apabila yeoja itu mula menangis.

"Huarggggg!!! Tolong jangan makan sayaaaa!!!" Raungnya.

"Yah, Minji-ah. Ini aku lah, Kim Younghee" kataku pada yeoja itu.

Yup! Yeoja tu kawan aku😁.

"Young-Younghee?" Minji memandang aku tak percaya.

"Iye..ini aku..tengok muka aku yang cantik ni. Takkan tak kenal" soalku sambil menolongnya bangun.

Minji memandang wajah aku menyampah.

"Macam mana aku nak cam muka kau kalau kau solek muka kau macam tu!" Marah Minji sambil menyilangkan tangan di dada.

Aku hanya tersengih.

"Sekejap. Sejak bila kau kerja sambilan dekat sini? Bukan ke minggu lepas kau kerja sambilan dekat 7Eleven?"

"Aku dah berhenti dah minggu lepas. Bosanlah kerja dekat sana. Lainlah dekat sini. Best" kataku sambil menunjukkan ibu jari padanya.

Minji hanya mengelengkan kepala.

"Dah. Pergilah sana. Aku nak teruskan kerja aku" halauku sambil berjalan ke tempat persembunyian aku.

"Yah! Temanlah aku keluar..." minta Minji ketakutan.

"Mana boleh. Aku kena teruskan tugas aku"

"Ala...Younghee...temanlah aku..."

"Ish kau ni. Yela-yela. Sinilah"

Aku membawa Mjnji ke jalan pintas.

"Kau lalu laluan ni. Laluan ni jalan pintas keluar dari tempat ni." Beritahuku.

"Terbaiklah kau. Gomawo" ucap Minji lebar.

"Hm. Jangan bagitahu benda ni pada budak lain tau"

"Okey👌"

•••

Hehehehe...

Ada pasangan kekasihlah...

Aku tak sabar nak takutkan dia. Hihihihiii😏

3

2

1

"Ggggrrrrrhhhhhhh!!!!"

Lelaki itu yang mulanya acah-acah melindungi yeochinnya terus berlari litang pukang tinggalkan yeochinnya.

HAHAHAHA!!!

Kesian....

Yeoja itu hanya berdiri tercegat di depan aku kerana takut.

"Oppa!!!! Kenapa Oppa tinggalkan saya!!!!!" Jerit yeoja itu.

'Down For your love, Down For yout love, oohhhh~~'

Aku berhenti mengacau yeoja itu apabila telefon aku berbunyi.

Yeoja itu yang pada mulanya enggan memandang aku terus memandang aku.

"Maaf. Saya kena jawab panggilan penting ni. Awak tunggu sekejap eh" kataku pada Yeoja itu.

Yeoja itu menganggukan kepalanya.

Aku menjawab panggilan dari Omma aku itu.

▪▪▪

"Yobosaeyo, Omma. Waeyo?"

"Omma dah cakap dengan kamu jangan keluarkan selepas balik sekolah. Kenapa kamu keluar juga?"

"Mi-Mianhae...Younghee ada kerjalah malam ni..."

"Kerja! Kerja! Kerja! Omma dengan Appa masih boleh tanggung kamu lagi. Kenapa kamu sibuk nak bekerja?"

"Younghee bosanlah duduk rumah..."

"Dah! Dah! Omma tak nak bincangkan benda ni lagi. Omma nak kamu balik sekarang ni. Kamu dah lupa ke Puan Saemi dengan Encik SeungHo datang malam ni."

"Ala Omma...Younghee tengah kerjalah sekarang ni..."

"Omma nak kamu balik jugak."

"Hm. Yela..."

▪▪▪

Haihhh... bencilah!!!

Aku kembali simpan telefon aku lalu memandang yeoja di depan aku.

"Nampaknya saya kena balik sekarang ni. Jadi.......Ggggrrrrhhhhhhh!!!!" Aku sambung menakutkannya.

Yeoja itu lari litang pukang.

•••

Keluar sahaja dari teksi, aku terus lari ke arah kawasan perumahan aku.

Kelihatan sebuah kereta berwarna hitam di parking di depan kawasan perumahan aku.

Nampaknya mereka dah sampai.

Habislah aku....😫

Aku berdiri seketika di depan pintu rumah aku.

Aku cuba tenangkan diri aku sebelum melangkah masuk ke dalam rumah aku itu.

Oh! Sekejap. Aku terlupa sesuatu.

Aku menceluk tangan aku ke dalam beg galas aku mencari sesuatu.

Aku dah jumpa!

Aku sarungkan cincin di jari aku.

Cincin? Korang pelik?

Okey. Aku akan beritahu korang.

Aku...

Tunang orang.







TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now