❣: 09

870 112 26
                                    

[Dreamlike Cafe ]

"Nah tisu" hulur Sunwoo.

"Gomawo" ucapku lalu ambil tisu itu lap mulutku yang comot.

Aku memandang Sunwoo yang duduk di hadapan aku.

"Jadi...kenapa kau ajak aku pergi minum ni?" Soalku.

"Saje..." jawab Sunwoo.

"Saje? Takkanlah. Kau bukan orang yang suka ajak-ajak minum. Lagi orang tu aku. Ke kau ada masalah ni?"

"Mana ada..." jawab Sunwoo sambil memandang ke arah luar cafe itu.

Aku mengeluh kecil.

"Okey. Kalau kau ada masalah, aku sedia jadi pendengar" kataku lalu menyuapkan kek ke dalam mulutku.

Sunwoo merenung aku.

"Macam mana dengan budak baru tu?" Soal Sunwoo tiba-tiba.

"Budak baru? Kau maksudkan Bomin ke?"

"Yelah. Mana ada budak baru lagi dekat sekolah kita"

"Emm...dia okey je" beritahuku.

Sunwoo menganggukan sedikit kepalanya.

"Kenapa kau tanya?"

"Tak ada apa. Saje..."

"Okey"

"Bomin tu...dia sekolah mana sebelum ni?" Soal Sunwoo lagi.

"Halim. Sekejap. Kenapa kau banyak tanya pasal dia ni? Kau suka dia eh?" Soalku sambil mendekatkan jarak kami.

"A-Apa? A-Aku suka dia?! Memabg taklah. Aku lelaki kot!" Bantah Sunwoo.

Aku tergelak kecil melihat riaksinya.

"Hahahaha. Kot-Kot kau ni jenis yang suka lelaki ke..."

"Banyaklah kau"

Sunwoo memandang aku tak puas hati lalu menghirup air kopinya.

"Ark! Panas!"

Sunwoo mengipas-gipas lidahnya dengan tangannya.

Ish-Ish-Ish....😏

Macam budak kecik😂

•••

🌘

Aku melangkah masuk ke dalam tempat kerja aku iaitu Rumah Hantu.

Semasa dalam perjalanan ke tempat aku, aku sempat menyapa kawan-kawan hantu aku yang berada di dalam itu.

"Wow! Younghee! Makeup kau dah di naik taraflah. Aku ingat Zombie betul tadi. Ahahaha!" Tegur Jangjun yang menjadi vampire.

"Biasa..." balasku dengan senyuman sinis.

•••

Uwuuu...jantungku berdegup dengan laju, tidak sabar ingin menyambut tetamu aku malam ini. Huhuhuhuuuu😃😈

Aku diberitahu ada pengunjur yang masuk. Tapi kenapa aku tak dengar sebarang jeritan?🤔

Wow. Ini mesti yang jenis tak takut.

Tak pe. Aku akan pastikan dia menjerit.😈

"Hellooo"

Aku tersenyum sinis apabila ada seseorang muncul.

Seorang lelaki masuk kedalam zon aku.

Dia masuk dengan teragak-agak.

"Ada orang takkk?" Soalnya lembut.

3

2

1

"Ggggrrrrrhhhhhh!!!!!"

"Arg- Oh?! Younghee! Awak Younghee kan!"

Aku tergamam.

Bomin?
Macam mana dia boleh cam aku? Makeup aku dah dinaik taraf kot.

"Awak Younghee kan" soalnya lagi sambil menyelak rambut palsuku yang menutup separuh wajah aku.

Aku tak boleg senang-senang dedahkan identiti aku😓

"T-Tak. Saya buka Younghee. Saya...ZOMBIE. Ggggrrrhhhhh--"

"Awak Younghee lah. Saya kenal suara awak" kata Bomin dengan sengihan.

Aku mengalah.

Aku menyelak rambut palsu yang menutup separuh wajah aku itu.

"Haih. Macam mana awak boleh tahu? Saya habiskan berjam-jam untuk buat makup ni" soalku hampa.

"Mana mungkin saya tak cam awak yang cantik ni" ujar Bomin dengan senyuman manis.

Aku cantik? Dengan pakaian Zombie ni? Gila agaknya.

"Jadi...awak kerja sambilan dekat sini?" Soal Bomin.

"Nae."

"Woah! Best juga kerja dekat sini. Ada kosong? Kalau ada, bolehlah saya join"

"Emmm...buat masa ni tak ada."

"Sayangnya..."

"Emm...Bomin. Boleh tak awak jangan bagitahu orang lain yang saya kerja dekat sini?"

"Boleh je. Lagipun saya mana ada kawan lain selain awak nak bagitahu pasal benda ni"

"Gomawo"

Bomin hanya melemparkan senyuman.

"ARGGGHHH!!!"

"Bomin, saya kena sambung kerja saya balik. Kita sambung berbual nanti ye"

"Okey. Jumpa awak esok"

"Nae..."









TBC

Just U || Sunwoo TBZUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum