❣: 25 [LAST]

1.4K 128 71
                                    

🌘🌘🌘

Aku duduk di buaian sambil menunggu kedatangan Sunwoo.

"Hi" sapa Sunwoo yang akhirnya sampai.

Sunwoo duduk di buaian kosong di sebelah aku.

"Hi.." balasku lemah.

"Macam mana dengan date kau tadi?" Soal Sunwoo.

Aku hanya mampu mengeluh dengan soalan yang diterjah oleh Sunwoo itu.

"Wae? Lelaki tu tak handsome ke?" Soal Sunwoo lagi.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa penat dan lemah. Walaupun aku tak buat sebarang aktiviti lasak hari ni, tapi aku tetap rasa penat. Mungkin otak aku penat memikirkan masalah yang timbul sekarang ni.

Sunwoo akhirnya diamkan diri apabila aku tidak mengeluarkan sebarang suara dari tadi.

"Sunwoo. Aku nak kau cakap jujur dengan aku" Selepas beberapa minit aku mendiamkam diri, akhirnya aku bersuara.

"Aku akan cuba bercakap jujur"

"Kau..anggap aku macam mana?" Soalku.

Sunwoo terdiam seketika.

"Secara jujurnya, aku...anggap kau sebagai...Tu--"

"Younghee!"

Terbeliak mata kami berdua apabila Ommaku tiba-tiba muncul.

"Omma.."

"Apa kamu buat dekat sini?! Omma dah suruh kamu putus hubungan dengan Sunwoo kan!"

"Omma..Younghee cuma..."

"Dah! Balik cepat! Sunwoo! Kamu jangan nak jumpa dengan Younghee lagi! Kamu dah tak ada apa-apa hubungan dengan Younghee! Younghee kajja!"

Ommaku menarik tangan aku lalu membawa aku pergi.

•••

🏫🏫🏫

Sampai sahaja di kelas, aku terus duduk di sebelah Sunwoo.

Aku meletakkan kepala aku di atas meja.

Sunwoo memandang aku kebingungan.

"Kenapa ni?" Soal Sunwoo.

"Aku penatlahhh. Omma aku tak habis-habis suruh aku jumpa dengan anak kawan dia. Aku tak sanggup lah nak tengok muka dia. Aku kesian. Muka dia mengingatkan aku pada Harabeoji aku dekat kampung" luahku.

"Ingat kau seorang"

"Yeoja yang jumpa kau tu macam mana pulak? Mesti cantik dari aku kan" soalku ingin tahu.

"Dia tu...dah macam sebaya omma aku pulak. Kasar pulak tu kelakuan dia. Dia terlanggar aku sikit je dah buatkan aku terpelanting jauh dan....kau lagi cantik dari dia" beritahu Sunwoo.

Aku tergama seketika.

"Aku...lagi cantik? Seriouslah?! First time aku rasa gembira kau cakap aku cantik walaupun dah beribu-ribu orang cakap aku cantik." Kataku sambil mencucuk-cucuk lengannya.

Sunwoo mengelengkan kepalanya menyesal memuji aku.

"Sunwoo, apa patut kita buat? Aku tak naklah semua niiii." Rungutku dan kembali letakkan kepala di atas meja.

Sunwoo berfikir sejenak.

"Kita...cakap dengan keluarga kita yang kita saling menyayangi?" Cadang Sunwoo teragak-agak.

"Saling...menyayangi?" Tak tahu kenapa aku rasa berdebar-debar apabila Sunwoo menyebut 'saling menyayangi'.

"Nae. Saling menyayangi. Tak okey ke?"

Just U || Sunwoo TBZOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz