❣: 23

821 105 5
                                    

🏫🏫🏫

Aku berlari ke arah Sunwoo sebaik sahaja aku ternampak dia yang sedang berjalan menunju ke kelas kami.

"Ehhhhhhhh" Aku berhenti secara mengejut apabila Sunwoo tiba-tiba memusing kebelakang memandang aku.

Sunwoo sempat memegang aku daripada terjatuh menghempap aku.

"Yah apa kau buat ni. Nasib baik tak terjatuh" kata Sunwoo risau.

"Aku cuma nak kejar kau je. Tapi kau tiba-tiba berhenti pulak. Itu yang break mengejut tu" jelasku.

Pandangan aku teralih ke arah pergelangan tangan milik Sunwoo yang sedang memegang tangan aku.

"Oh? Jam ni sama dengan jam yang kau bagi aku" kataku sambil meletakkan pergelangan tanganku di sebelah pergelangan tangan Sunwoo bagi mencari persamaan jam kami.

"Samalah! Kau beli jam Couple ke?" Soalku kehairanan.

Sunwoo sedikit gemuruh.

"Emm...ye. Ma-Masa tu...ada promosi untuk jam couple ni, jadi...aku belilah" beritahu Sunwoo gagap.

Aku memandang di dengan pandangan mencurigakan.

"Bukan kau memang nak beli jam couple?" Soalku sambil menyilangkan tangan.

"Ma-Mana ada.." nafi Sunwoo.

"Kau...Suka aku?" Soalku lagi sambil mengecilkan mata aku.

Sunwoo gelabah.

"Sunwoo! Sunwoo! Ha! Tu! Saem Jinyoung panggil aku. Aku pergi dulu" ujar Sunwoo dan berlari pergi.

"Yah! Yah! Sunwoo! Aku ada benda nak bincang dengan kau ni! Yah!!!" Aku mengerja Sunwoo yang berlari masuk ke dalam kelas.

Sampai sahaja di kelas, kelihatan Sunwoo sudah termengah-mengah.

"Yah! Aku nak bincang sesuatulah dengan kau" kataku sambil berjalan ke arahnya.

"Maaf. Aku kena per--" Sunwoo tidak dapat pergi ke mana-mana apabila aku memeluk belakangnya.

"Akhirnya! Kau tak boleh pergi juga" kataku sambil memeluknya erat.

Sunwoo membeku.

"EHEM!"

Kami berdua menoleh ke arah pemilik suara itu serentak.

"Tahulah dah tunang. Janganlah sweet sangat dekat kelas ni. Ramai orang yang cemburu nanti" tegur Bomin dengan senyuman nakal.

Minji yang berada di sebelah Bomin turut tersenyum nakal.

Aku tersenyum kekok lalu lepaskan Sunwoo perlahan-lahan.

Sunwoo memandang ke arah lain cuba hilangkan rasa janggal.

•••

🌘🏠🏠

"Younghee. Esok kamu cutikan" soal Ommaku dengan senyuman yang ada makna disebaliknya.

"Ye. Kenapa?"

"Kawan Omma ada anak lelaki. Anak lelaki dia tu atlet Bola keranjang negara tau."

"Jadi?"

"Omma ingatkan nak kamu kenal-kenal dengan anak lelaki dia tu" kata Ommaku sambil mencucuk-cucuk lengan aku.

"Bwo?! Tapi Omma, Younghee kan dah bertunang" bantahku.

Wajah Ommaku terus berubah sebaik sahaja nama Sunwoo disebut.

"Omma nak kamu putus hubungan dengan Sunwoo" arah Ommaku tegas.

"Putus? Macam tu je? Sebelum ni Omma paksa Younghee tunang dengan Sunwoo. Lepastu dengan mudahnya Omma suruh Younghee putus hubungan dengan Sunwoo pula." Kataku tak puas hati.

"Suka hati kamu nak cakap apa pada Omma. Tapi Omma tetap dengan pendirian Omma. Kalau kamu sayang Omma, esok kamu jumpa dengan anak lelaki kawan omma tu" kata ommaku dan berlalu pergi.

Aku tergamam. Aku peninglah!

•••

[Meanwhile in Sunwoo Home]

"Apa? Putus?!" Sunwoo terkejut dengan keputusan Ommanya itu.

"Ye. Omma nak kamu putus dengan Younghee" arah Ommanya.

"Tapi...kenapa?"

"Kamu tak perlu tahu. Omma tak nak kamu ada apa-apa hubungan lagi dengan Younghee dab jangan lupa jumpa anak kawan Omma esok" kata Omma Sunwoo dan berlalu pergi.

Sunwoo sangat terkejut dengan keputusan Ommanya itu.








TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now