❣: 14

838 109 52
                                    

Selepas Bomin luahkan perasaanya pada aku, aku tidak berdiri rapat dan bercakap dengannya.

Malah, Pandang dia pun tidak sebab aku rasa kekok sangat.

Aku pulang ke rumah sambil memikirkan perkara yang perlu aku lakukan agar hubungan aku dengan Bomin tidak menjadi janggal.

Budak Choi tu baik orangnya. Aku tak naklah disebabkan luahan itu membuatkan hubungan kami menjadi janggal.

Pandangan aku teralih ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di depan rumah aku.

Aku mendekatinya.

"hey Sunwoo. Kenapa kau tak masuk lagi?" Soalku.

Sunwoo memandang aku dengan pandangan kosong.

"Macam mana  aku nak masuk kalau aku tak tahu password rumah kau" kata Sunwoo sambil menyilangkan tanganya.

Aku tergelak kecil.

"Hahahaaha padan muka. Siapa suruh tak tanya aku" balasku.

Sunwoo memandang aku menyampah.

"Password rumah ni, 1804. Ingat, jangan beritahu orang lain." beritahuku sambil menekan butang password itu.

"Hm" balas Sunwoo pendek.

•••

Selesai sahaja aku menyarungkan baju tidur di tubuh aku, aku keluar dari bilikku dan turun menunju ke ruang tamu.

Aku mencari kelibat Sunwoo.

Mana pulak budak Sunwoo ni? Lama betul dia keluar. Kata nak beli makanan takkan lama sangat macam ni.

Pandangan aku teralih ke arah pintu apabila terdengar butang password rumahku ditekan.

Terpapar wajah Sunwoo sebaik sahaja pintu dibuka.

"Lama kau keluar" kataku padanya.

"Ramai orang dekat market hari ni" beritahu Sunwoo sambil berjalan menunju ke dapur.

Aku mengikutinya dari belakang.

Aku memandang plastik hitam yang dibawa oleh Sunwoo.

Sunwoo meletakkan plastik itu di dalam sinki.

"Kau beli apa? Kenapa kau letak dalam tu?" Soalku pelik.

"Argh! Yah! Kenapa plastik tu bergerak-gerak?! Kau beli apa sebenarnya?!" Terkejut aku apabila melihat plastik hitam itu bergerak. Macam ada benda hidup dalam plastik tu.

"Kau letak anak kucing ke dalam tu?" Soalku resah.

"Gila kau. Takkan aku nak letak anak kucing dalam tu. Aku beli ikanlah" beritahunya sambil membuka ikatan plastik tu.

"Ikan?! Kau beli ikan?! Ikan yang masih hidup pulak tu! Aku ingatkan kau beli makanan yang dah disiap masak!" kataku tak percaya.

"Ikan fresh barulah sedap. Beli makanan dekat luar memanglah sedap tapi tak tentu bersih. Kau masaklah. Aku nak tukar baju sekejap" kata Sunwoo yang cuba nak keluar dari ruang dapur itu.

Aku cepat-cepat menahannya.

"Wait, Wait. Macam mana kau tahu aku pandai masak?" Soalku sambil menyilangkan tangan.

"Kenapa? Kau tak pandai masak ke?" Soal Sunwoo yang mula rasa risau.

"Ya. Aku tak pandai masak" kataku jujur.

"BWO?!"

•••

Aku dan Sunwoo merenung ikan yang sedang berenang-renang di dalam sinki itu.

"Macam mana kita nak bunuh dia?" Soal Sunwoo ketakutan.

"Mana aku tahu. Itulah kau, beli ikan yang hidup lagi!"

"Aku cuma nak makan ikan fresh je. Orang kata masak ikan fresh sedap"

Aku mengeluh berat.

"Memandangkan kau yang beli ikan tu, aku nak kau sendiri bunuh ikan tu" arahku.

"Ha?! A-Aku?"

"Ya. Kau!"

Sunwoo mengigit bibir bawahnya.

Sunwoo perlahan-lahan mendekati ikan itu lalu memegangnya.

Ikan itu diletakkan di atas papan pemotong.

Aku yang turut takut mengundurkan diri sedikit demi sedikit.

Tidak sampai hati aku melihat ikan itu dibunuh hidup-hidup.

Sunwoo memegang pisau dan bersiap sedia untuk bunuh ikan itu.

Sunwoo mengangkat pisau itu lalu perlahan-lahan mata pisau itu mendekati ikan itu.

Aku menutup mata aku kerana tidak sanggup melihatnya.

Pap!

Bahuku tersentak.

Perlahan-lahan aku membuka mata aku.

"eh? Kau tak bunuh lagi ke?" Soalku pelik apabila melihat ikan itu masih hidup di atas papan pemotong itu.

"Aku tak sangguplah nak bunuh ikan ni. Kita makan benda lain lah" kata Sunwoo lalu meletakkan kembali ikan tu di dalam sinki yang dipenuhi air.

"Habis tu, ikan ni nak letak mana?"

"Emm.. letak dalam akarium ikan kaulah"

•••

Kami berdua memandang ikan itu yang berenang-renang di dalam akarium ikan milik aku dari meja makan.

Aku kembali menatap pizza yang berada di hadapan aku sekarang ini.

"Kata makan luar tak bersih. Tapi kenapa kau order pizza ni?" Soalku dengan sedikit perlian.

"Dah ORANG TU dengan orang ni tak pandai masak, nak buat macam mana" balas Sunwoo dengan perlian.

"Paling tidak pun aku pandai masak nasi goreng okey." kataku tidak mahu mengalah.

"Yela"

"Ouh ye. Esok aku tak ada dekat rumah tau. Aku pergi program Survival in Island tu. 3 hari 2 malam aku dekat sana. Jadi mulai esok, kau tinggal dekat rumah ni seorang-seorang lah" beritahuku.

"Aku pun joinlah program tu"

"Ouh yeke. Bukan ke kau tak minat program-program macam ni?"

"Ingat aku budak degil dekat sekolah, tak minat join program-program macam ni?"

"Ala. Orang tanya je. Tak payahlah marah-marah"

"Mana aku marah"

"Hehehe. Dah lah aku nak siapkan barang-barang untuk esok. Jangan lupa bersihkan semua ni selepas habis makan. Dekat rumah ni tak ada orang gaji" peringatku.

"Hm. Yela"









TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now