❣: 07

911 116 46
                                    

"Lambatnya cikgu niiii" rungut Yuha a.k.a budak pandai dalam kelas aku.

"Bagus apa cikgu datang lambat. Tak payah belajar" balas Eric.

"Ha! Apa yang tak payah belajar. Siapa yang cakap tu?" Soal Saem Song yang akhirnya masuk kelas.

Saem Song datang bukan seorang diri seperti biasa. Dia datang bersama dengan seorang pelajar lalaki.

Oh?! Bomin!

"Eric, Saem!" Beritahu Yuha.

"Ouh kamu ye. Okey, kalau macam tu, Saem akan tambah 5 kali ganda kerja sekolah kamu semua untuk hari ni dan kerja sekolah itu perlu dihantar esok" kata Saem Song dengan senyuman sinis.

"ANDWAEEEE!!!"

"YES!"

99.9% bercakap tidak manakala 00.1% bercakap ya dan orang itu ialah Yuha a.k.a budak pandai di kelas aku.

Habislah aku tak dapat main game malam niiii😣.

"Okey semua, seperti yang kamu lihat sekarang ini, kelas kita ada pelajar baru. Saya harap kamu tak buli dia" kata Saem Song sambil memegang bahu Bomin.

Bomin hanya melemparkan senyuman seperti kali pertama aku jumpa dia.

Ceria betul budak Choi ni.

"Bomin, sila perkenalkan diri kamu pada rakan baru yang khanat ini" arah Saem Song.

"Bukan saya ye." Sampuk Yuha.

Mereka yang lain pandang Yuha menyampah.

"Annyeonghasaeyo, Choi Bomin imnida..." sapa Bomin.

"Uwuu...handsomenya"

"Comelnyaaaaaa"

"Aku cop dia!"

"Tak boleh! Aku yang cop dia!"

"Aku yang nampak dia dulu!"

"Mana boleh! Dia yang pandang aku dulu!"

"Eh-Eh- kamu ni bergaduh pulak. Bomin awak boleh duduk dekat belakang Younghee tu. Younghee tolong angkat tang--"

"Gwenchana Saem. Saya kenal Younghee" potong Bomin.

Saem Song memandang Bomin pelik.

"Kamu kenal dia?"

"Nae. Dia yang bawa saya ke pejabat."

"Ouh okey. Kamu pergilah duduk di tempat kamu"

"Baiklah saem."

Bomin sempat melemparkan senyuman kepada aku semasa dia berjalan melepasi aku.

Aku balas dengan senyuman yang kekok.

Minji di sebelah aku menyiku lengan aku.

"Kau kenal dia? Tak cakap dengan aku punnn" marah Minji.

"Mian...aku lupa"

"Handsomelah Bomin tu. Aku suka" kata Minji malu-malu.

"Kau suka? Nak aku tolong kenal-kenalkan dia pada kau? Kot-kot jodoh kuat. Boleh korang bersama memandangkan kau single lagi" pelawaku.

Minji tersenyum lebar.

"Kau nak tolong aku? Seriouslah?"

"Ye. Serious"

"Tapi kalau dia dah ada yeochin macam mana?"

"Emm...tak pe. Nanti biar aku siasat dulu. Kalau dia single aku bagitahu kau"

"Okey! Boss!"

•••

[Selepas waktu rehat]

"Younghee, bila kau nak kenal-kenalkan Bomin pada aku..." rungut Minji.

"Ala kau ni. Sabarlah...Kita baru jumpa dia beberapa jam yang lalu. Tunggulah lama sikit" pujukku.

Minji hanya mencebik.

"Eh? Kenapa ramai sangat orang berkumpul dekat kelas kita? Budak Sunwoo bergaduh lagi ke?" Soalku pada Minji apabila ternampak ramai pelajar perempuan berkumpul di depan kelas kami.

"Aku rasa taklah. Kalau budak Sunwoo bergaduh, mesti ramai pelajar lelaki yang berkumpul. Ini yang ramainya ialah pelajar perempuan" bantah Minji.

"Kajja kita tengok"

Aku menarik tangan Minji mendekati kelas kami.

Kami ke kiri dan ke kanan cuba mencari ruang untuk masuk ke dalam kelas.

"Haih...macam mana nak masuk ni?" Rungutku sambil bercekak pinggang.

"Kita rempuh je lah. Lantaklah diorang nak marah ke tak. Ini kelas kita kot" cadang Minji.

"Betul juga tu. Kajja!"

Baru sahaja kami nak berlari rempuh diorang, Sunwoo datang menghalang aku.

"Yah! Yah! Kau nak buat apa ni? Dah serupa macam kerbau nak rempuh kain rentang merah je" Soal Sunwoo sambil berdiri di hadapan aku.

Aku memandangnya menyampah.

"Diorang buat apa dekat sini?" Soal Sunwoo yang terkejut melihat ramai orang berkumpul di hadapan kelas kami.

"Entahlah" jawabku.

Sunwoo memerhati mereka sekilas lalu...

"EHEM!"

Semua pelajar perempuan disitu memandang Sunwoo apabila Sunwoo berdehem.

"Tepi" kata Sunwoo datar sambil masukkan tangan ke dalam kocek seluarnya.

Mereka menundukkan kepala ke bawah lalu beri laluan pada Sunwoo.

Sunwoo memberi isyarat kepada aku untuk masuk ke kelas memandangkan mereka dah beri ruang.

Apabila aku dan Minji berjaya masuk, Sunwoo berjalan pergi ke tempat lain.

Aku bingung.

Ingatkan dia nak masuk jugak. Ini mesti nak pergi lepak. Haih...

"Wow. Bergayanya tunang kau" bisik Minji.

Aku hanya mengelengkan kepala aku.

"Pembetulan. Tunang sementara" kataku lalu duduk di tempat aku.

Sekejap.

Aku lupa sesuatu.

Diorang berkumpul dekat luar tu nak tengok apa sebenarnya?

Aku melihat sekeliling aku.

Tak ada orang. Cuma ada...

Bomin.

Aku kembali memandang sekumpulan pelajar perempuan di luar kelas kami.

Mereka kembali bergedik sambil memandang Bomin yang sedang bermain telefonnya.

Ouhhh...okey. Aku dah faham.









TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now