❣: 13

820 111 39
                                    

Aku memandang kosong ke arah Omma dan Appaku yang sedang masukkan beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta.

"Sampai hati Omma dengan Appa tinggalkan Younghee seorang diri dekat rumah. Younghee pun nak bercuti" kataku sedih.

"Mana ada Omma dengan Appa biarkan kamu tinggal seorang diri dekat rumah. Bukan ke tunang kamu akan jaga kamu." Balas Ommaku.

Aku mengeluh berat apabila Omma menyebut 'tunang aku'

Pandangan aku teralih ke arah sebuah kereta hitam yang berhenti di hadapan rumah aku.

"Oh! Nampaknya tunang kamu dah sampai" kata Ommaku lalu pergi ke arah kereta milik keluarga Sunwoo.

Sekali lagi aku mengeluh berat.

Aku hanya memandang Sunwoo yang berjalan ke arah aku dengan beg pakaiannya.

"Younghee kamu jangan risau. Sunwoo akan jaga kamu" kata Omma Sunwoo.

Aku balas dengan anggukan yang lemah.

"Kami pergi dulu ye. Annyeongg!!"

Aku melambai tangan ke arah Ommaku dengan lemah.

Aku berhenti melambai apabila kereta milik keluarga aku hilang dari pandangan aku.

Aku memandang Sunwoo yang berada di sebelah aku.

"Kajja" kataku lalu masuk ke dalam rumah.

Sunwoo hanya mengikut aku dari belakang sambil membawa beg roda pakaiannya.

"Bilik kau dekat sebelah bilik aku. Kau duduklah dulu. Aku nak bersiap" kataku lalu masuk ke dalam bilik aku untuk bersiap pergi ke sekolah.

Sunwoo hanya mengikuti apa yang aku arahkan.

•••

Aku dan Sunwoo berjalan bersama-sama menunju ke sekolah.

"Younghee, kau nak aku tunggu kau tak balik sekolah nanti?" Soal Sunwoo.

"Tak payahlah. Kita balik asing-asing. Aku tak nak rahsia kita kantoi."

"Hm. Okey"

"Oh?! Kau pakai cincin tu?!" Aku memegang tangannya dan melihat cincin tunang kami.

"Aku tak nak cincin ni hilang macam orang tu" perli Sunwoo.

Aku melepaskan tangannya lalu memandangnya tajam.

"Tapi, kalau saem rampas macam mana?"

"Berani saem nak rampas" balas Sunwoo sambil masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

Wow. Lain macam budak Kim ni.

•••

Habis sahaja waktu rehat, aku dan Minji singgah ke mesin air.

Aku masukkan duit kertas ke dalam mesin itu. Tidak sampai 2 saat, duit itu keluar semula.

Aku ambil duit itu semula lalu masuk ke dalam mesin itu lagi.

Sekali lagi duit itu keluar dari mesin.

Wow. Mesin ni nak bermain dengan aku nampaknyaaa.

Aku cuba bersabar lalu cuba masukkan semula duit itu.

Seperti tadi, mesin itu tolak duit aku.

Woahhhh mesin ni menguji kesabaran aku betullah!

Okey Younghee. Mesin ni cuba nak bermanja-manja dengan aku je ni. Aku perlu bertenang. Huuuu

Aku membelek-belek duit itu jikalau ada yang terkoyak atau terlipat.

Tak ada pulak. Tak apa. Aku akan cuba lagi.

Aku masukkan duit dengan berharap mesin itu ambil duit aku itu.

Yes! Akhirnya mesin tu terima duit aku. Aku menekan butang di bahagian air tin yang aku inginkan.

"Hai Younghee, Hai Minji" sapa Bomin yang muncul di tengah-tengah antara aku dan Minji.

Minji apa lagi tersengih-sengih apabila Bomin berada di sebelahnya.

"Hai" balasku.

"H--"

"Minji, Saem Song nak jumpa kau" Tidak sempat Minji ingin balas sapaan Bomin, Hayoung dari kelas sebalah tegur Minji.

"Kenapa Saem Song panggil aku?" Soal Minji.

"Entahlah" jawab Hayoung.

Minji mencebik.

"Aku nak pergi jumpa Saem Song sekejap. Korang pergilah masuk kelas dulu." Kata Minji.

"Okey"

Minji sempat melemparkan senyuman kepada Bomin sebelum meninggalkan kami.

"Jom masuk kelas" ajak Bomin.

"Nae. Kajja"

•••

"Younghee" panggil Bomin di belakang aku sambil mencuit bahu aku.

Aku menanggalkan earphone aku lalu memandang ke arah Bomin.

"Wae?" Soalku.

"Pusinglah belakang. Saya nak cakap sesuatu dengan awak" arah Bomin.

Tanpa banyak soal, aku terus pusingkan kerusiku menghadap Bomin.

"Awak nak cakap apa?" Soalku sambil memandang ke arah anaknya.

Bomin tidak berkata apa-apa malah terus merenung wajah aku dengan senyuman kecil.

Aku memandangnya pelik. Dah kenapa dengan budak Choi ni?

"Tadi awak kata, awak nak cakap sesuatu. Cepatlah, awak nak cakap apa?" Soalku lagi.

"Awak nak saya jujur atau tak?" Soal Bomin.

Dahiku berkerut.

"Jujurlah. Awak nak cakap apa dengan saya ni? Seram pulak"

Bomin tersenyum mendengar kata-kataku.

"Saya suka awak" kata Bomin jujur.

Aku membeku.

"B-Bwo?"

"Saya..suka..awak" ulang Bomin.

Aku melihat sekeliling memastikan tiada sesiapa yang mendengarnya.

"Hahaha" Disebabkan otak aku jem sekarang ni, aku hanya balas dengan gelakan kekok.

"Emm...Bomin, saya..."

"Hai korang" sapa Minji yang baru balik dari jumpa Saem Song.

Aku memandang Minji dengan rasa bersalah.

Apa patut aku buat? Minji suka dia. Takkan aku nak hancurkan hati kawan aku?









TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now