❣: 21

814 113 17
                                    

"Pemenang bagi Cabaran ini ialah...... Group 4!!!!!!"

Taehyun, Beomgyu, Taeri dan Bora bersorak gembira.

Kami berempat hanya mampu menepuk tangan. Tak apalah, nasib tidak menyebelahi group kami.

"Chukahae" ucapku pada group mereka.

"Gomawo." Balas Taeri salah seorang member dari group mereka.

"Gwenchana. Kita dah buat yang terbaik" kata Bomin kepada kami bertiga.

Ye betul tu. Kami dah buat yang terbaik!

•••

🏠🌘

Kami berdua termenung jauh tidak tahu nak buat apa.

Bosan.

Selepas balik dari Pulau itu, kami berdua terus menjadi bosan. Kalau dekat Pulau itu, adalah juga benda yang nak dilakukan. Tapi dekat rumah ni, kami jadi buntu nak buat apa.

"Sunwoo. Aku bosanlahhhh" rengetku.

"Kalau dah bosan, kau nak aku buat apa?"

"Ajaklah aku buat sesuatu yang best"

"Kalau macam tu, kita keluarlah. Jalan-jalan" cadang Sunwoo.

"Tak naklahhhh. Aku malaslah nak bersiap."

"Kalau macam tu, jom main game dengan aku" ajak Sunwoo.

"Tak naklah. Nanti aku asyik kalah je"

"Dah memang adat permainan. Nak buat macam mana." Balas Sunwoo.

Aku mencebik.

Aku merenung wajah Sunwoo memcari sesuatu yang dapat hilangkan bosan aku.

💡

Yes! Aku ada benda menarik yang boleh buat hilangkan bosan aku.

"Sunwoo" panggilku dengan senyuman kecil.

Dia memandang aku.

"Rambut depan kau tu dah panjang. Tak sakit mata ke kena cucuk dengan rambut depan kau tu?" Soalku dengan senyuman sinis.

Sunwoo mengusap rambutnya kebelakang. Ingat aku tergodalah tu.

"Tak. Aku dah biasa. Kau cakap aku, tapi rambut depan kau pun panjang juga. Tak sakit mata ke?" Balas Sunwoo dengan sedikit perlian di hujung ayatnya.

Aku terdiam. Okey...

"Mana ada panjang...Tengok mana ada kena mata lagi. Ha! Ha! Tengok ni" aku mengelip-gelip mata aku di depan wajah Sunwoo.

Sunwoo menayangkan wajah menyampah lalu menolak wajah aku ke belakang.

"Hm. Yela. Jadi, kenapa kau tanya pasal rambut aku ni?"

Aku kembali tersenyum sinis.

"Kau...nak aku potongkan sikit rambut depan kau tu?" Perlahan-lahan aku mendekatinya.

Sunwoo memandang aku terkejut.

"K-Kau nak potong rambut aku?! K-Kau pandai potong rambut ke?!" Soalnya redah.

Perlahan-lahan Sunwoo mengundurkan diri untuk melarikan diri dari aku.

"Aku pandailah potong rambut. Aku pernah cuba potong rambut patung barbie aku masa aku kecil. Jadi, kau tak perlu risau." Pujukku.

"Masalahnya, aku bukan patung nak dipotong sesuka hati!"

"Mana ada aku nak potong sesuka hati. Aku akan potong rambut kau dengan seeeeeeikhlas hati aku." Kataku dengan lemah lembutnya.

Sunwoo menelan air liurnya sambil mengenggam rambutnya.

•••

"Kau dah bersedia?" Soalku yang sudah siap asah gunting.

Sunwoo menjadi beku melihat aku bermain-main dengan gunting itu.

"Gunting sikit je tau" kata Sunwoo risau.

"Jangan risau Encik Sunwoo. Saya akan buat yang terbaik ye" balasku dengan sengihan.

Sunwoo mengigit bibir bawahnya.

Aku berdiri di depan Sunwoo. Sebenarnya aku tak pernah pun gunting rambut orang ni. Selalunya aku tengok orang dekat kedai gunting rambut tu potong.

Aku merendahkan tubuhku bagi melaraskan ketinggian wajah kami berdua.

Aku merenung wajahnya seketika lalu sikat rambutnya ke bawah

Kedua-dua mata Sunwoo ditutup dengan rambutnya.

"Aku akam mula potong" beritahuku.

Sunwoo menutup matanya tidak mampu melihat apa yang jadi.

Aku mendekatkan wajahku dengan wajahnya.

Rambut yang menutup matanya aku potong sedikit demi sedikit.

Sedikit demi sedikit rambutnya jatuh ke bawah.

✂✂✂✂✂

"Sunwoo cuba kau buka mata" arahku apabila aku siap memotong rambutnya.

Perlahan-lahan Sunwoo membuka matanya.

Sunwoo merenung anak mataku yang jaraknya hanya beberapa cm.

"Woahhh...kau nampak lagi handsomelah" pujiku lalu memberi cermin kepadanya.

Sunwoo memandang ke arah cermin yang aku beri tadi.

"Macam mana? Okey tak?" Soalku teruja.

"Hm. Bolehlah..." jawab Sunwoo sambil mengosok-gosok rambutnya bagi hilangkan rambut yang telah dipotong dari terus melekat di rambutnya.

"Tengok. Aku dah cakap. Aku pandai gunting rambut" kataku bangga.

"Hm. Yela"

"Kau pergilah mandi" arahku sambil menyapu rambut-rambut Sunwoo yang ada di atas lantai.

"Gomawo" ucap Sunwoo.

Aku hanya balas dengan Senyuman lalu sambung bersihkan rambut itu.

•••

"Nah"

Sunwoo yang baru siap bersihkan diri terus menghulurkan beg kertas kepada aku.

"Apa ni?" Soalku bingung sambil mengambil beg itu.

"Hadiah untuk hari jadi kau. Semalam hari jadi kau kan. Maaf, aku tak tahu" kata Sunwoo sambil mengambil tempat di sebelah aku.

"Terima kasih" ucapku gembira.

Aku melihat kandungan dalam beg kertas itu.

Jam tangan.

"Woahhh!!! Jam tangan jenama Rolex lah! Mana kau dapat duit beli jam ni. Mahal kot jam ni. Kau curi eh" soalku sambil menyarungkan jam tangan itu di pergelangan tangan aku.

"Banyaklah kau curi. Aku mampu beli jam ni, jadi aku belilah. Emm...kau suka?"

"Suka. Gomawo" ucapku sambil mencubit pipinya.

Sunwoo tersenyum gembira melihatku suka dengan hadiah pemberiannya.








TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now