❣: 15

827 113 29
                                    

Selesai sahaja aku mengemas baju aku, aku menyinggah ke bilik Sunwoo.

Aku mengetuk pintu biliknya lalu masuk selepas diberi kebenaran oleh pemiliknya.

Nampaknya, Sunwoo masih mengemas baju dia.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Sunwoo yang sedang ralit memilih baju yang hendak dibawa esok.

"Aku nak luah sesuatu dengan kau ni" kataku lalu duduk di atas katilnya.

"Kau nak luah apa?"

"Bominkan...diakan...Emm..Bomin..."

"Kenapa dengan Bomin tu?"

"Dia...Dia...suka aku" beritahuku.

Sunwoo terus pandang aku terkejut.

"Kau janganlah pandang aku macam tu."

"Jadi, kau suka dia jugak?"

"Tak. Aku tak ada simpan sedikit pun perasaan istimewa pada dia. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Lepastu kan, Minji kawan aku tu suka dia. Apa patut aku buat Sunwoooooo" soalku sambil mengoncang-goncang lengannya yang berada di sebelah aku.

"Wow macam drama lah."

"Sunwoo janganlah main-main. Aku serious niii"

"Kau nak aku buat apa?"

"Fikirlah sesuatu supaya Bomin tak suka aku. Kesian dekat Minji. Minji dah lama sukakan dia."

"Kau dah cakap dengan Bomin yang kau tak suka dia?" Soal Sunwoo.

Aku mengelengkan kepala aku tanda 'tidak'

"Kau sepatutnya cakaplah yang kau tak suka dia. Kau cakap yang kau anggap dia macam kawan je"

"Aku memang nak cakap macam tu, tapi tak sempat sebab masa tu Minji ada. Aku tak naklah Minji tahu tentang ni" beritahuku.

"Ouh okey. Kalau macam tu, esok kau jumpa dia lepastu cakap yang kau cuma anggap dia sebagai kawan" cadang Sunwoo.

Aku menganggukan kapala aku tanda faham.

"Okey. Aku akan cuba. Gomawo Sunwoo. Dah lah aku nak masuk bilik aku. Esok jangan lupa bangun awal. Kalau tak aku siram kau dengan air sejuk" kataku lalu berjalan keluar dari bilik Sunwoo itu.

•••

🌇🌇🌇

Teksi memberhentikan kami di depan sekolah kami.

"Awal sangat ke kita datang?" Soalku pada Sunwoo apabila melihat masih tiada sesiapa di tempat perkumpulan kami.

"Memang pun" balas Sunwoo sambil menarik beg roda baju kami berdua.

Aku tak suruh dia bawakan pun. Dia yang nak tolong bawakan. Hehehe

Aku dan Sunwoo duduk di tepi longkang sambil menunggu mereka yang lain. Nak duduk mana lagi, situ je tempat yang sesuai untuk lepak.

"Kau masih pakai cincin ni?" Soalku sambil pegang tangan Sunwoo.

"Yela. Dah keluarga kita suruh pakai." Balas Sunwoo.

"Tapi sebelum ni, kau tak pakai pun. Tiba-tiba je kau pakai kebelakangan ni"

Sunwoo hanya mendiamkan diri.

"Hai korang" sapa seseorang.

Aku dan Sunwoo serentak memandang ke arah pemilik suara itu.

Bomin.

Aku dan Sunwoo saling pandang antara satu sama lain apabila melihat Bomin yang menyapa aku.

"H-Hai" balasku kekok.

Sunwoo hanya balas dengan menundukkan sedikit kepalanya.

Bomin turut join duduk di tepi longkang.

Dia duduk bersebelahan dengan aku.

Aku tidak dapat memandang ke arah wajahnya. Aku hanya memandang Sunwoo.

Sunwoo memberi isyarat pada aku, mengarahkan aku bercakap jujur dengan Bomin.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Bo--"

"Hai korang" sapa seseorang lagi.

Kami bertiga memandang ke arah pemilik suara itu.

Minji.

Aduhaiiii Minjiiii kenapa kau muncul sekarang?!😫

"Em..hai" balasku buat-buat seperti tiada apa yang berlaku.

Minji turut join duduk di tepi longkang bersama kami bertiga. Dia mengambil kesempatan itu untuk duduk di sebelah Bomin yang mempunyai banyak ruang di sebelahnya.

Aku memandang ke arah Sunwoo dengan pandangan yang hampa.

"Nanti kau cuba lagi" kata Sunwoo yang hanya mengerakkan mulutnya.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.









TBC








Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now