❣: 16

828 112 45
                                    

Sampai sahaja di jeti, kami semua menaiki sebuah bot untuk ke Pulau berkenaan.

Tipulah kalau tak ada orang mabuk laut.

Masing-masing muka pucat. Hahaha kesian. Nasib baik aku okey. Hehehe😁✌

Sampai sahaja di Pulau berkenaan, kamu semua berkumpul di satu tempat untuk mendengar arahan dari Saem Jinyoung.

"Kamu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan 4 orang."

Sebaik sahaja Saem Jinyoung berkata demikian, masing-masing berlari ke kawan masing-masing untuk jadikan kumpulan.

Sebelum semua itu berlarutan, Saem Jinyoung terlebih dahulu menahan mereka.

"Nanti dulu! Saya tak habis cakap lagi. Pulang ke barisan kelas masing-masing" arah Saem Jinyoung.

"Saya yang akan tentukan kumpulan korang. Ha! Yang dekat hujung tu. Ha! Koranglah. Korang berempat satu kumpulan" arah Saem Jinyoung sambil menunding jari ke arah aku, Sunwoo, Minji dan Bomin.

•••

Selepas selesai kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan, Saem Jinyoung sambung taklimatnya.

"Seperti yang korang tahu, Survival ini akan dijalankan 3 hari 2 malam. Sepanjang waktu itu anda perlu bertahan dengan hanya membekalkan alam sekeliling.

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, korang tidak boleh membawa makanan dari rumah atau dari luar. Jika korang ingin makan, korang perlu masuk ke dalam air atau berjalan masuk ke dalam hutan untuk mencari makanan.

Kamu semua perlu bertahan sehingga hari yang terakhir. Kumpulan yang berputus asa akan disingkirkan serta merta. Kamu semua faham?" Terang Saem Jinyoung.

"NAE!"

•••

[Ahli Group yang terlibat]

•Group 1•
-Younghee
-Sunwoo
-Bomin
-Minji

•Group 2•
-Wooyoung
-San
-Woona
-Saemi

•Group 3•
-Jaehyun
-Joochan
-Jieun
-Jihyun

•Group 4•
-Taehyun
-Beomgyu
-Taeri
-Bora

•••

Selepas selesai sesi check beg yang kami bawa, kami diberi alat-alat seperti parang, pisau, mangkuk untuk memasak, besi untuk buat percikan api, tali dan alat menyelam untuk memudahkan urusan kami sepanjang waktu itu.

"Sekarang kamu boleh mulakan iktiar hidup kami di Pulau ini. Good luck" kata Saem Jinyoung untuk kali terakhir.

Kami semua bersurai dari tempat itu dan mencari tempat sesuai untuk berteduh.


•••

Kami berempat berjalan sama-sama sambil mencari tempat yang terbaik.

"Oh? Aku rasa dekat situ okey kot" kataku sambil berlari ke arah tempat yang aku maksudkan.

Kalau tak pergi cepat, nanti kena kebas pulak.

"Okey juga tu. Tanah dekat sini rata" kata Minji setuju.

Bomin dan Sunwoo hanya menganggukan kepala, setuju dengan pilihan aku.

"Kalau macam tu, kita dah boleh buat tempat kita tidur malam ni"

"Okey. Kita letak barang kita dekat sini lepastu kita kumpul semua kayu-kayu." Arah Sunwoo.

Kami semua menganggukan kepala tanda faham.

Aku dan Minji bersama-sama mencari kayu. Manakala Bomin dan Sunwoo mencari kayu mengikut haluan masing-masing.

"Mesti kau suka kan sebab satu kumpulan dengan Tunang sendiri" kata Minji sambil mengutip ranting-ranting kayu.

"Bolehlah daripada satu kumpulan dengan orang tak kenal. Tapi kau pun apa kurangnya. Dapat satu kumpulan dengan lelaki pujaan hati kau" balasku.

Minji tersenyum-senyum malu apabila nama Bomin disebut.

"Mestilah. Siapa je yang tak suka"

Aku tersenyum kecil lalu sambung mengutip kayu-kayu yang berada di sekeliling aku.

•••

Semua kayu yang dijumpa dilonggokkan di satu tempat.

"Korang ada cadangan ke nak buat tempat tidur kita macam mana?" Soalku.

"Aku ingatkan nak buat macam pondok. Atap pondok dengan tempat alas kita gunakan daun pokok pisang. Kalau tak jumpa kita guna daun-daun yang besar" cadang Bomin.

"Okey juga tu. Kalau macam tu, Sunwoo dengan Bomin buat pondok. Kitaorang berdua pergi ronda masuk dalam hutan cari daun pokok pisang dengan makanan" arahku.

Mereka semua menganggukan kepala tanda faham.

"Younghee, hati-hati" nasihat Bomin pada aku.

Minji memandang aku pelik.

Aku dan Sunwoo saling pandang antara satu sama lain.

"Em. O-Okey" balasku kekok.

Aku dan Minji bawa beberapa alatan bersama lalu masuk ke dalam hutan.

Kami tidak berapa risau jika sesat sebab pulau yang kami berada sekarang tidak terlalu besar.

"Younghee-ah"

Aku memandang Minji yang berada di sebelah aku.

"Wae?" Soalku.

"Aku rasakan, Bomin suka kau lah"

😰

"Ke-Kenapa kau...cakap macam tu?"

"Tak adalah. Aku rasa je. Sebab aku perhatikan Bomin tu, dia asyik ambil berat pada kau"

"Ala...Bomin ambil berat dekat aku pun sebab kitaorangkan kawan"

"Tapi... kenapa tadi dia cuma cakap hati-hati pada kau je? Akukan ikut kau sekali masuk hutan"

Aduhaiiii apa aku nak jawab ni?😓

"Emm...Dia nak cakap dengan kau sekali, Tapi dia segan dengan kau tu. Biasanyakan kalau orang segan dengan kita, orang tu suka kita"

"Yeke?"

"Yee..kau percayalah pada aku. Kau janganlah fikir bukan-bukan. Lagipun aku tak minatlah lelaki macam Bomin tu. Ramai sangat peminat." Kataku cuba untuk yakinkannya.

Younghee menganggukan kepala tanda faham.

"Tapi, kalau dia suka kau pun apa aku boleh buat. Dah jodohkan" kata Minji dengan senyum.

Aduahiii kenapa dia buatkan aku bertambah rasa bersalah niii. Janganlah cakap macam tu Minji oiii.😣

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now