❣: 17

807 110 74
                                    

Aku dan Minji pulang semula di tempat kami sambil membawa daun pokok pisang.

Kitaorang terpaksa berperang tadi dengan group lain untuk dapatkan daun pisang tu.

Nasib kami dapat. Hehehehe😁

"Woahhh!!! Cantiknya!!" Kata Minji kagum.

"Woahh dah macam Law of the junglelah! Byungman ada singgah ke tadi?" Kataku sambil melihat sekeliling pondok yang dibina oleh Bomin dan Sunwoo.

"Hebatkan" kata Sunwoo bangga.

"Korang letak daun pisang ni. Biar aku cuba hidupkan api" kata Minji yang teruja ingin hidupkan api.

"Yela. Pergilah" kataku lalu tolong Sunwoo dan Bomin susun daun pisang di bahagian atap.

Sambil aku susun daun pisang itu, aku memerhati Minji yang tidak dapat hidupkan api dari tadi. Kesian pulak aku tengok.

Mata aku automatik mamandang Bomin. Ini peluag untuk Minji!

"Bomin" panggilku.

Bomin terus memandang aku dengan senyuman.

"Boleh tak tolong Minji hidupkan api. Kesian pulak saya tengok dia buat tak jadi-jadi" mintaku.

Tanpa banyak alasan, Bomin terus setuju lalu pergi ke arah Minji.

Bomin mencangkung di tepi Minji.

Minji terkejut dengan kedatangan Bomin. Habis merah wajah Minji apabila Bomin memegang tangan Minji untuk menolongnya membuat percikan api.

"Tengok tu. Romantikkan" kataku pada Sunwoo yang sibuk susun daun pisang.

Sunwoo berhenti mengurus daun pisang itu lalu bercekak pinggang memandang aku.

"Kau bahasakan aku, 'kau aku'. Kalai dengan Bomin, kau bahasakan 'saya awak'. Bukan ke kita berdua dah tunang?" Soal Sunwoo tidak puas hati.

"Jadi apa masalahnya kalau kita dah tunang. Suka hatilah aku nak bahasakan diri aku dengan kau. Lagipun gelilah aku nak panggil kau 'awak' eiiii" Aku goyangkan badan aku tanda geli.

Sunwoo mencebik lalu sambung uruskan daun pisang itu.

Aku pula sambung melihat scene romantik yang dibuat oleh Bomin dan Minji itu.

•••

Sebelum hari menjadi gelap, Sunwoo, Bomin dan Minji turun ke laut mencari makanan.

Tinggalah aku seorang diri di pondok. Bukan aku tak nak join diorang, tapi aku tak pandai berenang.🙁

Aku dah banyak kali cuba belajat berenang, tapi tidak pernah sekali pun terapung di air.

Asyik tenggelam je. Aku pelik dengan orang yang pandai berenang ni. Macam mana diorang boleh terapung atas air eh?🤔

Tambah lagi pelik apabila orang yang berbadan besar turut boleh terapung di atas air. Hmm...

"Oi! Younghee. Kau termenung apa tu?" Soal Wooyoung dari group 2.

"Sibuklah kau. Suka hati akulah nak termenung apa" balasku.

"Woah!! Cepatnya korang dirikan pondokkkk" kata San teruja sambil mengoyangkan pondok kami.

"Yah! Yah! Runtuh nanti" marahku sambil memukul tangannya.

"Mana yang lain?" Soal Wooyoung sambil bertengek di tepi pondok aku.

"Turun ke laut"

"Ouhh..."

"Ha! Yang korang ni buat apa dekat sini?" Soalku sambil menyilangkan tangan.

"Saje. Jalan-jalan."

"Jalan-Jalan? Sempat lagi kau jalan-jalan. Bukan ke pondok korang belum siap?"

"Tak perlu risau. Woona dengan Saemi tengah bina pondok kami" kata San tidak bersalah.

"Wow. Sampai hati korang biarkan ahli yeoja korang bina pondok. Nasib baik aku tak satu kumpulan dengan korang"

"Ala kalau kau satu kumpulan dengan kitaorang, kitaorang akan tolong kau punya."

"Yela tu..."

"Betullah. Kau kan Crush aku" kata Wooyoung sambil lemparkan senyuman pada aku.

Ingat aku cairlah tu.

"Ingat aku tak tahu. Aku dah kenal kau dari sekolah rendah lagi. Kau tu Playboy"

"Alamak. Kau tahulah. Heheheh. Okeylah, Kitaorang pergi dulu. Bye!"

•••

"Woah!! Walaupun korang cuma dapat tangkap 2 ekor ikan, tapi boleh tahan besarnya" pujiku.

Mereka bertiga hanya tersenyum bangga.

"Jadi...siapa yang nak siang ikan ni?" Soalku teragak-agak.

Aku dan Sunwoo saling pandang antara satu sama lain. Kami teringat akan kejadian di rumah semalam.

"Biar aku yang siang" pelawa Minji.

Terus bersinar mata aku.

"Jinjja?! Kau nak siang?"

"Yela. Senang je"

"Terbaiklah kau!" kataku sambil memeluk bahunya.

Minji hanya mengelengkan kepalanya. Dia memang dah tahu aku tak pandai masak. Hehehehe😁.

•••

Selepas Minji pergi siang ikan di tepi pantai, tinggallah kami bertiga di pondok.

Aku memandang Sunwoo yang tiba-tiba mencuit bahu aku.

Sunwoo memberi isyarat kepada aku dengan menggunakan matanya.

Matanya menunjuk ke arah Bomin yang sedang letak kayu di api.

Aku yang tidak faham dengan isyarat Sunwoo, memandang Sunwoo menjengkelkan.

Begitu juga dengan Sunwoo. Sunwoo sedikit bengang melihat aku yang tidak fahami isyaratnya.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membisik di telinga aku.

"Minji dah tak ada. Pergilah cakap dengan Bomin tu" bisik Sunwoo.

Barulah aku faham isyarat yang dihantar oleh Sunwoo tadi.

"Ouhh..." Aku tersenyum kecil apabila faham apa yang dimaksudkan Sunwoo.

Sunwoo mengeluh kecil lalu mengelengkan kepalanya. Sunwoo pergi meninggalkan kami berdua di pondok bagi memberi ruang kepada aku untuk beritahu perkara sebenar.







TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now