Chapter 14

2.2K 404 182
                                    


***********

Semua pelajar yang terlibat dalam Maple Camp sudah berhimpun di dataran sekolah mewah itu. Mereka terlalu teruja sehingga ada yang membawa barang barang yang tidak perlu seperti bantal peluk bersaiz manusia, kuali, makeup (sahaja) 7 beg dan sebagainya.

Riuh rendah jadinya bila Eunhyuk saem dan kekasih bayangannya iaitu Mina saem yang terpaksa menguruskan mereka.

Sementara Do Yun Jae, gadis yang sentiasa peka memerhati Kim Taehyung dan Park Jimin. Ini disebabkan salah faham yang dia sendiri reka. Bibirnya muncung sedepa, kening berkerut sentiasa. Masih tidak mampu menerima kenyataan yang dia bina.

"Okay sekarang ni barang dah masuk dalam bas. Lepas ni saem nak korang bawak keperluan dalam list yang saem bagi je. Faham tak?!" bebel Eunhyuk saem seraya menyeka peluh di dahi.

"Nae~" jawab mereka malas.

Mina saem menyambung, "Baiklah semua. Sebelum kita naik bas, kalian semua akan diberi pasangan. Duduk bersama dalam bas dari kita bertolak dan balik. Jadi ingat pasangan masing masing."

"Gurae, pasangan korang jugak akan tetap sampailah masa kita camping nanti. Arraseo?" ujar Eunhyuk saem.

Mereka semua sudah berbual bual mencari pasangan antara satu sama lain.

Yunjae terus menyergah tengkuk Taehyung dari belakang lalu menariknya kuat sehingga lelaki itu tersentak.

"Yah Kim Tae, saya nak pasangan dengan awak okies?!"

Taehyung memapar riak wajah jijik seraya menolak bahu gadis itu, "Pikyeo."

Jantung Yunjae berdegup laju lagi. Nampaknya Taehyung tak suka pasangan dengan dia. Ni mesti nak pasangan dengan buah hati kesayangan dia Park Jimin! Itulah yang bermain di fikiran Yunjae.

Tanpa mereka sedar, Jimin cuma memerhati dengan senyuman kecil. Sedikit cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Alangkah indah sekiranya dia Kim Taehyung. Dia selalu terfikir kalau dia dapat ganti tempat lelaki tu dan jadi kawan rapat sejak kecil Yunjae.

"Dengar dengar! Yeorobeun-deul! Pasangan bukan korang yang pilih! A a a a~" usik Eunhyuk saem sesambil menggerakkan jarinya.

"BWO? Andwae saem~"

"No.. hajimaaaa!"

Mina saem tertawa, "Okay kita akan ikut list yang saem pegang. Bila dengar nama terus masuk bas. Arrachi?"

Mereka semua merungut, tidak mahu berpisah dengan rakan masing masing. Yunjae lagilah, meletakkan harapan yang setinggi gunung agar nama dia bersebelahan Taehyung. Dia tak mahu lepaskan peluang.

"Baiklah pasangan seterusnya, Sowon dan Min Jung."

"OYEH!" mereka berdua bertuah kerana jarang orang dapat member sendiri. Sowon dan Min Jung melambai Yunjae dengan gaya mengusik sebelum naik ke bas.

"Siut betul. Tak boleh jadi, saya kena pasangan dengan awak!" bisik Yunjae.

"Okay, daeum.. Jimin Taehyung. Masuk bas."

Rahang mereka bertiga jatuh. Ini bukanlah yang mereka harapkan. Musuh duduk bersama? Tak mungkin.

Tapi lain pula dalam fikiran Yunjae, gay duduk bersama? Indah ya.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now