Chapter 23

2K 434 289
                                    


**********

Dengan langkah yang laju bersama riak wajah yang tak tertahan itu menarik perhatian manusia di sekeliling. Entah kenapa hati dia membuak buak marah. Ada yang menahan bahunya namun dia tidak mengendah tetapi meneruskan langkah. Lelaki itu masuk ke dalam bilik persalinan lelaki, pintu dikuak kasar. Beberapa pelajar di dalamnya tersentak dek kerana bunyi yang kuat. Namun ada seorang yang tidak menghirau.

Jimin meluru ke arah si tidak menghirau itu, dia menolak bahunya kasar. Selalunya dia yang diperlakukan sebegitu, tetapi kali ini giliran Taehyung.

"Woo woo apa ni?" sampuk salah seorang pelajar lelaki di dalam bilik persalinan tersebut. Taehyung yang masih tenang cuma mengangkat tangannya tanda dia tak apa apa. Sejurus itu mereka yang tidak berkaitan terus keluar meninggalkan mereka berdua.

"Bwo?"

Jimin berdecit, "Bwo? Apa yang racun otak kau ni? Sebelum ni kau marah aku reject Yunjae. But now? Kau yang buat macam tu? Kau tengah berseronok ke Kim Taehyung?"

"Jangan masuk campur urusan aku."

"Kau tak ada hak cakap macam tu sebab sebelum ni kau yang masuk campur urusan aku. Huh, jangan pernah sakitkan Yunjae? Sekarang siapa sakitkan siapa? Bercinta dengan Asumi," Jimin tertawa palsu, "Kau memang tak guna."

"Dah habis?"

Jimin memejam matanya rapat, sebal dengan perangai Taehyung jadi dia buat keputusan untuk duduk seketika, "Kau tahu tak dia tunggu kau?"

"Tahu."

"Habis tu? Kau tak ada perasaan langsung?"

"Kau tak akan faham." ujar Taehyung masih dengan nada tenang yang sama. Dia menyambung mengemas lokar miliknya. Tiada siapa tahu apa yang dia pendam. Tiada yang akan faham. Itulah sifat dingin lelaki itu yang tak ada siapa boleh ubah persepsinya.

"Geumanhae." kata Jimin seraya menguak rambutnya ke belakang, "Berhenti bagi harapan palsu. Berhenti sakitkan hati orang. Aku tak suka tengok Yunjae macam tu."

Taehyung cuma mendiamkan diri. Tangannya menggeletar dari dalam lokar, tidak mahu dilihat lelaki di belakangnya. Dia cuba menahan perit dalam diam tanpa bersuara. Memandangkan Taehyung masih membeku di situ, Jimin mengambil keputusan untuk beredar dari tempat tersebut. Tak ada guna dia cakap panjang lebar.

Sebaik sahaja dia ingin menutup pintu bilik persalinan itu, sempat Jimin memesan untuk kali terakhir.

"Berhenti.. pentingkan diri sendiri."

*************

Sekarang merupakan waktu untuk melakukan aktiviti sukan. Tetapi disebabkan Eunhyuk saem cuti, mereka langsung tak dibimbing dan buat hal masing masing. Ada yang ambil peluang untuk belajar, contohnya Hyora dan Asumi. Pelajar lelaki biasalah sudah tentu pergi main bola. Manakala geng Yunjae cuba untuk memikirkan sesuatu yang seronok.

"Yah kita nak main apa ni? Bosanlah."

"Emmm main cop tiang jom?" ajak Sowon namun digeleng oleh Min Jung yang tidak bersependapat.

"Cop tiang kena 5 orang. Kita bertiga je, nak ajak Hyora? Kalau rasa nak makan carut, pergilah try ajak." ujar Min Jung. Sowon terus memandang Hyora yang sedang tekun, kemudian dia terketar ketar menggeleng laju.

"Tak naklah. Menakutkan. Hah Yunjae, ada idea?"

"Jom main police and thieves? Dah lama lah tak main. Rindu! Siapa kalah belanja makan siang!" cadang Yunjae.

"Maple ni bukan kecik, sampai esok pun tak settle main game ni." bangkang Sowon tegak tanpa belok belok. Namun dahinya terus ditunjal oleh Min Jung.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now