Chapter 21

2.2K 423 311
                                    


***********

Hari ni tak tahu nak gambarkan macam mana. Taehyung tak datang, tak pasti ke mana apa yang aku risau dia tak cakap apa apa. Lepas je dia bagitahu tak dapat datang handphone dia terus mati. Dia tak fikir ke yang aku ni risau macam apa. Semakin lama semakin lemah langkah kaki menuju ke kelas, keluhan berat dihela.

"Maksud kau dia tak datang lah?!" jerit Sowon yang terkejut selepas mendengar cerita dari aku, hampir menarik perhatian pelajar pelajar yang bersidai di koridor. Cepat cepat Min Jung tampar bibir perempuan tu.

"Eung. Saya tak tahulah kenapa tapi, mungkin dia ada hal yang mendesak. Lagipun Kim Tae tak pernah macam ni. Saya kenal dia. Seratus peratus."

Min Jung memeluk bahu aku dari sisi, "Gwaenchana. Kau percaya Taehyung kan? Teruskan percaya dia sampai dia bagitahu kau perkara sebenar. Ala kau tak payah sedih dulu, mungkin betul yang dia terdesak tak boleh datang." pujuknya hampir meredakan perasaan aku kembali tenang.

Sedang kami bertiga ingin memasuki kelas, langkah kami terhenti serentak. Tak tahu ini kelas ke atau ada birthday party sebab ramai gila orang.

"Yah, aku rasa budak baru tu melampau lampau ah famous dia." kata Sowon seraya berpeluk tubuh, bibir dimuncung sedepa tanda tidak berpuas hati.

"Geuji?! Aku menyampah ah pulak, tak henti henti orang kerumun dekat dia. Aku bukan jealous masalahnya semak au semak." sambung Min Jung si gadis yang agak kasar perwatakannya ini.

Aku pun kadang kadang rasakan hal yang sama. Asumi tu memang cantik tak pelik pun kenapa ramai orang suka dia. Baru masuk berapa hari dah popular. Mana taknya, berita dia masuk Maple pun budak sekolah lain tahu. Pergi mana mana semua orang ikut, lalu tepi kantin pun orang terus selera nak makan. Ahjumma ahjumma dekat kantin tu pun belanja dia makanan. Peh melampo. Hukhuk nak jadi cantik lah jugak.

Tapi dah terlanjur huduh.

"I dengar dia sekolah pandai dekat Jepun dulu. Bullshit, why dia kena jadi pesaing tambahan?"

"KAMCHAGIYA!"

Kami terus berpaling ke arah sebelah Sowon yang tadinya kosong sekarang muncul Lee Hyora dengan lagaknya yang turut sebal. Terkumat kamit mulut memaki hamun si Asumi. Sekarang aku dah faham macam mana boleh popular-nya si budak baru tu. Dah kalau cantik, pandai. Siapa je tak berebut? Kalau aku lelaki mungkin aku pun tergoda, tapi baguslah aku perempuan. Haohao.

"Serius ar? Tapi aku rasa dia masuk sini sebab Maple pun antara sekolah yang tertinggi pointer akademik dengan koko an?" tutur Sowon yang penuh dengan fakta.

"I don't care. I hate her." Hyora menghentak hentak kakinya meredah kerumunan manusia dengan menjerit, "GET OUT BIJ." serentak makian mereka langsung berpusu pusu memberi laluan khas kepada gadis itu kerana memperlihatkan anginnya yang sudah tidak berapa elok.

*************

Selesai tamat latihan bersama ahli Dream Club Yunjae menjadi orang yang terakhir meninggalkan tempat tersebut. Dia mengunci bilik itu, tali beg yang hampir melorot dia raih semula masih dalam keadaan yang lemah gemalai. Mungkin perasaan kesal bercampur baur dengan letih.

Yunjae buat keputusan untuk singgah gelanggang basketball. Selalunya dia akan tunggu Taehyung habis latihan ataupun lelaki tu akan tunggu dia. Tapi, sekarang dah berubah.

Sunyi sepi.

Bola yang tepat berada di kaki tiang gol itu dia ambil. Beberapa langkah diundur ke belakang sebelum membidik bulatan yang agak tinggi lampai. Tangan didepang separa sebelum melontar sedikit kuat, melepaskan amarah terpendam seiring kata kata.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now