1🌼

81K 2.5K 530
                                    

Thanks again shrlnadrn for the cover page!!!!😘😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thanks again shrlnadrn for the cover page!!!!😘😘



"Aku terima nikahnya Tengku Aisya Dania binti Tengku Annuar dengan mas kahwin 7 ribu ringgit beserta alat kelengkapan solat dibayar tunai"

Jelas dan lancar suara Tengku Adam melafazkan akad. Air mata Nia turun. Sebak kerana telah menjadi isteri kepada manusia yang dia tak suka. Kalau bukan sebab permintaan babah, jangan harap dia nak kahwin dengan si Adam tu.

Huhu apa nak buat? Dah terkahwin dah pun dengan pak cik ni.

"Dania... Adam request taknak buat adat sarung cincin depan tetamu. Dia nak sarung dekat dalam bilik korang. Dania okay tak?" Mak mertua dia, bonda Husna berbisik di telinganya.

Dia mengangguk. Macam la aku nak sangat salam cium tangan and cium dahi bagai kan?

"Nia jom? Bonda bawakkan ke bilik korang" dia mengikut bonda. Adam akan masuk lepas selesai solat sunat nanti.

Dia garu kepala. Habis senget veil bagai ni. Nak buat apa sekarang. Tinggal aku sorang je?

Sedang mengelamun, pintu dibuka. Adam masuk perlahan menuju katil. Dania duduk diam2 di sofa.

"Kau dekat sofa ke?" Adam menyoal.

"Iye"

"Aku nak cakap sikit. Kau dengan aku, walaupun dah kawin tapi kita still strangers. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Clear?"

Dania tak menjawab. Sambil Adam bercakap dia melangkah pelan-pelan ke katil. Dia pastikan tanpa bunyi sebab taknak Adam perasan. Bila sampai, dia lambaikan tangan depan muka Adam.

Adam berdecit.
"Tsk...aku memang tak boleh nampak la. Takyah nak uji sangat"

"Eh? Kalau tak nampak kenapa boleh tau saya lambai depan awak? Cemana tau saya depan awak?"

"Aku buta je perempuan, bukan pekak, bukan tak boleh hidu. Kau jalan macam gajah terlepas kandang. Dah la minyak wangi macam bau muntah itik!"

Dania menyumpah tanpa suara. Mulut terkumat kamit membebel. Kurang asam panggil aku gajah and muntah itik?!!

"Apa awak pernah bau ke muntah itik ha?!"

"Baru kejap tadi aku bau.."

Dania mengangkat tangan gaya nak cekik je leher si Adam. Nak cari gaduh betul kan?

"Berapa ayahanda aku upah kau suruh kawin dengan aku?" Tangannya membuka songkok. Dania meneliti. Muka Adam sedikit merah kepanasan. Biasa le, kan putih melepak, panas sikit pun nak merah. Dasar manja!

"Ingat saya hadap sangat ke duit awak hah? Saya kawin sebab amanah babah saya tau? Kalau tak, takdenya saya hingin nak bersuamikan awak ni"

Adam diam. Senyum nipis sedikit tersungging di bibir. " Aku tau... Sape je kan nakkan aku? Buta kan? Nak buat cemana, kau yang tak bertuah sangat menikah dengan aku. So, deal with it la Puan Dania?"

Dania yang mulanya rasa nak kesian, terus nak terkam buat WWE dengan Adam. Mulut dia ni kan... Memang takde insurance langsung.

"Dah, takyah nak acah2 belasah aku dalam diam. Aku tau ape kau buat walaupun tak nampak. Ni ambik" dia hulurkan sebentuk cincin platinum yang simple but nice. Sepadan dengan cincin di jarinya. "Nak buat apa ni?" Soalan bodoh keluar.

"Ambik ni pastu kejap lagi kau ambik air, telan. Memang cincin guna dia buat letak dalam perut pun"

Berapi lagi mata Dania.

"Awak ni kan! Tak sampai sejam kawin pun dah macam2 kan? Tu yang kat bawah hidung tu mulut ke laser? Ke bom nuclear? Pedas ya ampun!!!"

"Sape suruh kau tanya soalan bodoh? Dapat jawapan pun tahap kecerdikan kau je lah. Dah, pakai cincin tu. Kejap lagi takut bonda tanya. Pakai je, jangan nak gi gadai pulak!"

"Ya tuhan..... Apa masalah awak ni ha? Ni la kot kan sebab girlfriend awak tinggal awak? Sebab mulut tak tau jaga. Sebab ni jugak la berpuluh maid resign and ayah bonda awak kelam kabut nak kawinkan awak kan? Sebab awak ni bebal, tak boleh nasihat" dia lepaskan semua yang dia tahan selama ni.

Riak Adam bertukar muram walaupun dia masih senyum kecil.
"Ha'ah.... Sebab aku memang susahkan semua orang. Sekarang ni aku akan susahkan kau pulak kan? Hahahah...kenapa la aku tak mati je dua tahun lepas?"

Dania serba salah. Dia hanya nak balas balik apa yang Adam cakap. Takde niat pun nak jadi kurang ajar dengan suami.

"Adam... saya tak-"

"Dah la Dania. Aku pun rasa aku ni menyusahkan... Jangan risau, macam aku cakap tadi. Kau buat hal kau, aku dengan hal aku. Aku takkan susahkan kau. Dan kalau nanti bila kau tak tahan sangat, bagitau aku. Aku akan lepaskan kau."

Dia terkedu. Dalam masa sehari menjadi isteri, Adam dah bercakap tentang cerai. Dia tak tau, nak nafikan ke tidak. Mereka kawin bukan atas dasar cinta. Entah la... Berserah je la apda takdir. Biar masa yang menentukan semuanya.

Pintu bilik mereka diketuk. Tangan Dania direntap ke Adam. Jatuh di atas riba Adam. Dania terpaku. Eh?

"Duduk diam2. Berlakon sikit. Senyum jangan lupa"

"Adam? Dania? Kami masuk boleh?" Suara bonda memanggil.

"Ye, masuk la bonda. Adam tak kunci pintu pun." dia ketatkan pegangan bila Dania meronta nak bangun. "Duduk diam la ayam. Aku tolak jatuh bawah kang!"

"Ish!"

"Amboi Adam... bukan main eh dengan Dania? Siap beriba lagi?"
Tengku Hazim, abang sulung Adam mengusik. Merah muka Dania.

"Hahahahahaha....biasa la along. Baru kawin kan? Ayahanda dengan bonda pun camni la muda2 dulu kan?"

"Eh mestila Adam! Ayahanda dulu bukan riba je, siap timang2 lagi bonda kamu ni ha" Tengku Husna menepuk lembut bahu suaminya. Segan dengan anak menantu.

"Congrats Dam...kawin dulu kau dari along dengan angah kan? And welcome to our family Dania" abang kedua Adam, Tengku Hakim pula mengucap selamat. Dania mengucapkan terima kasih. Hormat la sikit abang ipar kan?

Kalau tengok kan, along dengan angah muda lagi. Segak bergaya pulak tu, dengan tingginya. Fuhhh... Habis sawan anak dara tengok. Dikerling pula Tengku Adam. Apa kurangnya, muka mengalahkan model CK. Eh?
Cuma nikmat penglihatan dia ditarik. Dia tak boleh melihat dengan jelas, hanya sekadar nampak cahaya saja. Semua berlaku akibat kemalangan 2 tahun lalu kata bonda.

Pernah dia tanya bonda, ada chance ke Adam nak fully recover. But jawapan bonda mereka pun tak pasti. Result nak determine how worse the damage belum keluar. Lagi dua bulan baru boleh tau berapa percebt peluang Adam nak sembuh.

And baru aku perasan, Adam dari tadi pakai spek hitam asal? Memang habit ke ape? Then aku rasa nak tepuk dahi dalam hati. Maybe sebab dia tak nampak kot kan. Either nak cover mata or dia silau bila terpandang source of light. Mata dia cemana eh? Curious aku...

"Amboi Nia...tengok Adam macam nak telan je tu?" Babah mengusik anak tunggalnya.

"Eh Nia tak sabar ke? Tak menyempat kan nak mengorat Adam pun. Takpe nanti kita kenal2 lagi ye Nia sayang? Adam tak sabar nak borak dengan Nia"

Dania tanpa pilihan mengangguk sambil tercekik air liur. Ahhh mampus aku lepas ni!

Tbc

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now