43🌼

27.2K 1.2K 103
                                    


Adam masuk ke dalam bilik menempatkan Nia.

"Kenapa kau tak bagitau aku?"

Entah kenapa..

Nampak je Nia dia terus rasa nak marah sebab Nia sorokkan pasal Aisya. Padahal tu bukan tujuan dia masuk, dia nak tengok and jaga Nia sebenarnya.

Nia berpusing menghadap Adam. "Bagitau apa?" Tanyanya hairan dengan kening terjongket sebelah.

Adam merenggus. Urat lehernya timbul. "Kau selalu kan play innocent macam ni? Kenapa kau selalu nak buat aku marah?"

"Apabenda awak ni Adam? Tetiba nak marah marah. Cuba cakap apa yang awak tak puas hati lagi?" Tak nampak ke aku terlantar kat sini? Cuba prihatin sikit.

"Ish dahla kau!" Adam menghempas pintu semasa keluar. Nia ditinggal terkulat kulat.

Tak sampai seminit pintu kembali dibuka. Nia yang tengah menangis memandang ke arah pintu. Bonda di depannya dengan wajah risau.

"Nia okay?" Bonda datang menggenggam lengan Nia sambil bertanya lembut. Mata Nia makin berkolam.

"Bonda... Nia tak tau..." Dia menggeleng kepala tanda tak faham dengan sikap Adam kepadanya.

"Dah, dah jangan nangis. Bonda tau lumrah rumah tangga, ada masa pasang ada masa surut. Biasa la tu kekadang tersalah faham.."bonda menenangkan Nia. Tapi dia pun terasa tak sedap hati. Seakan ada yang tak kena pada mata seorang ibu...

"Bonda dah lama sampai? Eh, sorang je ke?" Nia kesat air mata dan salam bonda. Tercari wajah bapa mertuanya. Jarang bonda datang sorang. Ayahanda selalu temankan bonda ke mana mana kalau ada kelapangan. Kata ayahanda nak eratkan hubungan suami isteri sambil spemd time together.

"Baru je, bonda dengan ayahanda. Terus datang bila Adam call yang Nia warded. Nia kenapa sampai pengsan ni? Adam tak jaga Nia betul betul ke? Dia bagi Nia stress?" Macam peluru bonda tanya. Nia garu kepala kejap.

"Takdela bonda, penat sikit kot. Takde ape pon yang serius.. bonda duduk la, kenapa berdiri?" Nia terus turunkan kaki dia dari katil dengan niat nak tarikkan kerusi kat bonda. Skirt kelabu yang dia pakai terselak sedikit.

"Ya Allah...Nia? Kenapa lebam lebam kaki Nia ni? Adam pukul Nia ke?" Bonda terkejut bila nampak kesan lebam kebiruan dan ada jugak yang kehitaman seakan dah lama sikit. Cepat dia menyentuh buatkan Nia berdesis sikit.

"Cakap dengan bonda, Adam ke yang buat?" Bonda pandang mata Nia tepat menunggu jawapan. Kalau betul anak dia punya kerja, siap dia sekolahkan nanti. Apa? Ingat bini ni punching bag ke ha?

Tangan Nia naik sambil kepala menggeleng laju.

"Eh, tak bonda. Adam takde pukul Nia pun" dia menafikan.

"Habis, lebam ni semua datang mana?" Bonda masih tak percaya sepenuhnya.

"Betul bonda. Adam takde naik tangan ke apa kat Nia. Lebam semua ni Nia pun tak sure. Dah beberapa hari ada lepas bangun tido. Setiap kali bangun je mesti ada yang baru. Maybe Nia tersepak bucu katil ke masa tido kot" Nia beri alasan yang kurang munasabah sebenarnya. Logiknya mana mungkin dia nak berpusing masa tido sampai berlaga bucu katil kan.

"Uish, pelik ni Nia.. Nia dah cek dengan doktor ke, mana tau simptom penyakit ke?" Risau pulak dia mendengarnya.

"Insyaallah takde ape bonda. Jangan la risau" dia sendiri pun belajar perubatan jadi dia tau ni bukan masalah yang serius walaupun sekarang dia bukan bekerja sebagai doktor. Dia lebih senang uruskan perniagaan arwah babah. Masa kerja jugak flexible.

"Yelah kalau gitu... Nia nak makan? Bonda ada belikan bubur nasi tadi. Maafla bonda tak sempat nak masak, rushing datang sini tadi. Esok bonda bawakkan makanan Nia nak eh? Nia cakap nak bonda masak apa" dan seperti biasa, bonda sangat baik dan penuh dengan sikap keibuan. Sangat lembut dalam bertutur tapi tetap terselit tegas.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now