37🌼

35.1K 1.5K 70
                                    

Special Raya Korban😉

"Adam....nanti singgah kat mall tu sekejap nak tealive boleh?" Pinta Nia sambil tersenyum cantik kat Adam yang tengah bawak keta.

"Boleh makan ke dalam pantang?" Adam tanya balik. Dorang otw nak balik rumah bonda ni. Esok dah nak raya korban wehhh

Nia buat muka kesian. "Alah...awak boleh la? Lagipun harini je kan, esok saya dah bebas!!!" Dia pun tak tau boleh ke tak cuma teringin hohoho.. alah setakat sehari okay la kan.

"Kejap aku google dulu" Adam sanggup la berenti tepi jalan sebab nak search pasal semua ni. Patut bagi anugerah lelaki...eh tak, suami terbaik tahunan dah kat dia.

"Baby, dia cakap air teh tak boleh sangat sebab berangin and dia punya caffeine pun tak berapa elok. Kecuali kalau kau minum teh herba la which is not la kan...." dia pandang Nia kat sebelah nak tengok reaksi. Mulut Nia memuncung.

"Tapi sikit je takpe kan? Boleh la?.."

"Kau nak air ape?"

"Nak boba milk tea?"

"Jap..." Dia buka balik phone. "Boba kau nak tu ada ais kan Nia? Tak boleh la... Dalam pantang tak boleh minum ais sebab sejuk. Lain kali eh?" Bukan taknak bagi tapi tak elok untuk Nia. Takut mudarat nanti apa dia nak jawab kat bonda. Mau kena sula dia nanti kang ha...

Muka Nia muram je sebab Adam tak bagi. Adam sentuh bahu Nia tapi dia elak.

"Nia...jangan la cam ni?"

Nia diam lagi.

"Baby? Dah taknak pandang aku?"

Nia geleng kepala. Adam dah huiishh berat nih,

"Sayang.... Kau tau kan sebab ape aku tak kasi kau minum ni?" Lembut je Adam tanya. Dia nak Nia faham.

"Tau...."

"Then? Jangan la merajuk ye? Okay, aku janji lepas je kau habis pantang esok aku belikan kau segala mak nenek boba ha. Kau nak ape semua pun boleh janji tak melampau la. Aku taknak la sayang aku nanti obes ke, kena diabetis ke. Aku nak hidup lama lgi dengan kau tau. Nanti tak pepasal aku jadi duda handsome laku keras"

Asap dah keluar kat telinga Nia. Memintak laki aku ni...

"Auwww sakittttt~" Adam mengaduh sambil gosok lengan dia. Kena penampar sedas. "Mengarut la lagi!"

"Dah okay? Tak merajok?"

"Dah, tapi janji eh lepas je habis pantang Nia nak ape je awak kena belikan?" Nia mintak kepastian.

"Sure baby..."tangan Nia dicium macam berjanji. Takkan la dia nak tipu lak kan.

_________

"Selamat hari raya awak, mintak maaf zahir batin sekali lagi even ni bukan raya puasa" Nia salam cium tangan Adam. Ada ke orang mintak maaf bagai raya korban ni? Ahhh lantaklah janji takde dosa dah.

"Pelik pelik je kan kau baby? Raya korban pun kau nak buat sesi bermaafan ye? Yelah, aku maafkan semua salah kau yang memang takde tu. Aku sentiasa maafkan kau Nia..." Adam cium dahi Nia lama. Kemudian rasa air hangat di dahinya. Nia tarik kepala ke belakang. "Eh? Kenapa ni?"

"Aku mintak maaf Nia, aku salah banyak sangat dengan kau. In fact aku sebabkan kau merana dulu. Tapi aku janji aku akan berubah, untuk kau dan untuk aku jugak. Maafkan aku ya sayang?" Hidung dan seluruh muka Adam merah menahan tangis. Segan jugak menangis depan isteri sendiri ni tapi bukan maksudnya suami tu dayus ye? Tapi maksudnya suami tu berhati lembut and sayang kau sangat-sangat tau?

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now