7🌼

36.6K 1.9K 120
                                    

[Adam POV]

Mana Dania ni? Kata balik pukul 5, tapi tak dengar pun suara dia? Aduhh...

Aku mengetuk pintu bilik Dania dengan harapan dia ada la. Ish, tak jawab pun? Bukak lah!

"Dania!"

"Opocot mak kau!" Dania melatah kuat. Aku rasa nak tergelak pun ada, kesian pun ada jugak. Last2 aku gelak.

"Haah, nak ape terjah bilik orang ni?"

"Kau pahal aku panggil tak sahut? Puas aku ketuk" alah propa je lebih, padahal ketuk sekali je. "Orang pasang lagu la, mana dengar. Nak ape?" Kasar dia bertanya, melawan bunyi lagu yang bingit.

"Aku lapar la..." Perut aku usap acah2 lapar sangat. "Pegi la makan kat bawah, Mak Nah tak masak ke?"

"Tak...dia tak masak" tipu aku. Aku yang tak bagi masak actually, nak Dania yang masakkan. Tapi bau bilik dia wangi eh? Bau macam bunga...

"Eh pelik, tak pernah pun mak nah tak masak tinggal..." Dania bersuara kehairanan.

"Alah tak kisah la...sekarang ni kau masak la cepat. Aku lapar ni"

"Ish dia ni! Ha, nak makan ape?" Terdengar bunyi kaki menghampiri aku. Aku dapat rasakan Dania berjarak lebih kurang satu meter di depanku.

Aku sengih. Masa ni la nak buat perangai mengada kan?

"Aku teringin nak makan nasi ayam dengan acar timun. Kau buatkan?"

"Amboiiii Tengku Adam Fawwaz... Mintak macam kat kedai kan? Kenapa tak order je?"

"Taknak, aku nak yang homemade. So buatkan untuk aku ye? Terima kasihhhh!!!!"

Aku cepat2 angkat kaki sebelum Dania menjawab lagi. Hehehe...

End POV

Dania termanggu sorang2 di dapur. Apa dia nak tadi?

"Aku teringin nak makan nasi ayam dengan acar timun. Kau buatkan?"

Ya Tuhan....

Sekarang dah petang, pukul 6 dah pun. Mana nak cari bahan masak ni? And... Aku mana tau nak masak macam mana? Setakat nak simple2 macam sambal ke, masak kicap ke tau la. Aduhhh Adam!!!!

Dania menggigit bibir. Peti sejuk dua biji sebesar alam dibuka. Matanya terbuntang melihat semua bahan masakan duduk setempat. Macam dah memang disediakan awal2 nak masak

Hurm... something fishy here...

Ape2 lah, nak buat cemana lagi, google la resepi. Harap sempat la masak sebelum maghrib masuk.

"Janji eh, kalau tak sedap pun makan jugak. Saya memang tak reti masak nasi ayam tau?" Dania awal2 berpesan. Adam teguk air liur. Bau dah okay, cuma....

Dania kata dia tak reti masak nasi ayam, ni...jadi ke nasi ayam? Ke jadi benda lain? Yelah, selalu kan kalau dalam tv, yang tak pandai masak tu memang tak pandai sungguh. Masak air pun meletup cerek ha.

"Ye..selagi aku tak admitted emergency ward lepas makan ni, everything will be okay"

Dania jeling. Apa kau ingat aku teruk sangat ke ha?

"Awak nak part mana ayam?"

"Emm.... Nak thigh ada tak?"

Dia cedokkan thigh untuk Adam.

"Sup nak?"

"Nak sikit je, bagi ala2 basah manja je. Aku taknak sampai berkuah, boleh mandi sangat"

Isy, menjawab tu...pandai je kan?

"Sos? Kicap?"

Adam angguk. "Letak atas ayam. Acar timun ade?"

"Ade...kejap" dia cedok sikit dalam pinggan Adam. "Okay done, jom baca doa dulu"

Adam menurut, dia bacakan doa buat dia dan Dania. Suapan pertama. Adam terhenti kunyahan selepas beberapa saat. Ditelan terus makanan yang disuap.

Dania dah gelisah macam cacing kepanasan. Pehal reaksi dia camtu doh? Apa pelik ke rasa nasi ayam tu?

"..... Dania......" Panggilnya.

"Ye? Tak sedap ke? Ya Allah...sorry sesangat, tula saya dah bagitau saya tak pernah masak, awak paksa jugak."
Kalut dia tuangkan air untuk Adam.

Adam sembunyikan senyum. Mukanya dikerut sikit. Saja nak usik, padahal bapak sedap nasi ayam nih!

"Tak, tak kau kena rasa dulu...serius2"

"Ish, tak payah makan la kalau pelik. Dah2, minum air ni" gelas dihulur dekat Adam. Adam menahan tangannya. Isi ayam dicubit sikit dan dihulur kepada Dania. "Rasa..."

Terpempan kejap Dania. Adam nak suap dia? Oh my gosh! Cinca? Babah... ai blushing ni!

"Errrkkk...kejap lagi la saya makan"

"Tak, rasa dulu" Adam mendesak. Akhirnya Dania mengalah. Tangan Adam ditarik ke mulutnya. Kunyah, kunyah, telan. Eh?

Sedap je? Rasa madu sebab dia ganti gula dengan honey.

Adam gelak kuat. Baru dia faham, si Adam kenakan dia rupanya...

"Sumpah lawak kau kelam kabut. Comel je"

Blushing lagi si Dania.

"Dah, memain je kan? Makan!"

Mereka makan dengan tenang selepas tu. Dania masih terasa-rasa hangatnya suapan tangan Adam ke mulut dia. Menipu kalau dia kata dia tak suka. Bapak crush lama suapkan kot? Kau ade? Hahahhaa....(gelak dalam mode single)

Tersenyum-senyum dia sambil makan. Hai la Dania...mimpi indah kau malam ni.

__________

"Dania!"

Dania berhenti berjalan. Kepala yang dari tadi menunduk baca nota kuliah diangkat.

Ziyad datang menghampirinya.

"Kejap la Dania...asal laju sangat awak jalan ni?" Dia tersengih-sengih di depan gadis pujaannya. Muka Dania masam saja, "awak nak apa Ziyad?"

"Saya nak cakap sikit dengan awak boleh? Bila awak free?"

Dahinya berkerut-kerut.
"Nak cakap apa? Cakap je la sekarang. Saya banyak kerja ni"

"Alaa... Tak special la kalau cakap sekarang. Apa kata lepas kelas nanti kita keluar pegi kafe? Coffee maybe?"

Kepalanya digeleng, "thanks, but no thanks. Kalau takde apa, saya pergi dulu." Dania berjalan laju meninggalkan depan library.

Muka Ziyad merah menahan marah.


[KLIA]

Dania masih memeluk babah dengan linangan air mata. Sedih babah takde sepanjang puasa dan raya.

"Nia...dah la tu. Nanti babah balik la eh?" Tengku Annuar menepuk belakang Dania perlahan. Air mata lelakinya juga tumpah setelah anaknya menangis. Tapi dikuatkan hati untuk pergi juga.

"Adam...jagakan anak babah ye?" Dia berbisik sewaktu memeluk menantunya. Adam mengangguk. "Babah pun jaga diri kat sana, kami sentiasa doakan yang baik2 untuk babah"

"Yelah...aku pergi dulu ya" tengku Annuar berpamitan dengan besannya pula.

"Iye, kau jangan risau pasal Nia. Insyaallah kami semua tengokkan dia. Kau tu, jaga kesihatan. Jangan lupa call kami"

Dania sayu melihat babah memasuki ruangan pelepasan. Dia melambai sedih. Bahunya terasa digosok.

"Jangan sedih, aku ada"  suara Adam cukup menenangkan hatinya. Dia kesat air mata. Malu ayahanda dengan bonda pandang.

"Nia jangan nangis ye, nanti babah dah sampai mesti dia call punya ye?" Bonda pula memujuk.

Dania mengesat air mata, cuba senyum. "Baik bonda."

"Dah jom kita balik. Ni Adam, balik istana besar dulu ye, bonda dah suruh preparekan lunch. Kita makan sesame"

Adam angguk. Mereka bergerak pulang dengan kereta beransingan.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now